[11 Photos] Hail Storm Hit Islamabad – Peribahasa “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri…” Dah Tak Boleh Pakai di Bumi Islamabad Malam Ni | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super market F-7 | Islamabad, Pakistan

Anda mesti biasa dengar pasal peribahasa “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri” tu kan.

Kali ini memang dah tak boleh pakai la peribahasa tu sebab hujan batu bukan sahaja turun di negara sendiri.

Malah turun jugak di negara orang, hujan batu dah melanda bumi Islamabad tadi.

Ni memang betul-betul hujan batu ya!

[ 1 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Daun pokok neem pun jatuh juga malam ini | Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sedang saya sedap-sedap mentelaah pelajaran, Haha. Tengah bloghopping tetiba angin bertiup dengan kencang. Saya terkasima, lantas ketakutan seketika, terdapat bunyi-bunyi pelik di celahan dedaunan di belah bawah rumah. Apa kes ? Takkan ada orang main baling-baling batu malam-malam ni kan. Hujan pula turun dengan lebat. Saya buat derk sahaja, walaupun dalam hati gundah gulana. Ni apa cerita hujan dan ribut malam-malam ni kan. Memang kebiasaannya di Islamabad, masa pertukaran musim akan hujan dengan lebat, kurang-kurang pun selama seminggu.

[ 3 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] sejuk beku bila letak kat tangan | Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 | Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sekali saya rasa ini tak boleh jadi ni, lemme find out apa yang berlaku. Saya singgah la ke pintu depan, sekali nampak ketulan-ketulan warna putih sebesar bawang kecil kat bawah pintu. La hujan batu rupanya malam ni. No wonder girls la bunyi bising gila tadi ok. Pasti banyak hujan batu dah menghentam kereta saya kat laman tuh. Jangan sampai pecah cermin kereta cukuplah. Bila tengok betul-betul besar-besar jugalah hujan batu kali ini. Sebesar bawang merah pun ada. Ni kalau kena kat kepala boleh benjol juga ni kan. Memang malapetakalah kalau tengah-tengah jalan kat Jinnah Supermarket, sekali hujan batu melanda negara.

[ 5 ] Bunga-bunga buttercup yang baru dibeli di Nursery berdekatan Pesahawar Mor | Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 | Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Takpe. Lemme tunggu hujan batu neh habis berhenti baru saya keluar. Angin kat luar tuh masih lagi kuat. karang tak pasal-pasal hujan batu masuk telinga. Siapa yang susah nak korek telinga balik? Saya jugak kan. Haha. So saya tungguh hujan teduh kejap, terus ke laman astakona saya di luar rumah tuh.

[ 7 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Besar ya ketulan-ketulan hujan batu kali ini | Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 | Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sehhhhhh semua hujan batu tadi dah cair. Wait seminit bebeh! Tuh apa kemende yang memutih kat laman rumput karpet tuh? Haha banyak giler hujan batu dok terperangkap atas rumput karpet. Yes ! Saya amik digicam dan terus la amik gambar. Tahun 2010 digicam masih terkenal ya. iPhone baru nak terhegeh-hegeh version iPhone tanpa 3G. Amik ko hujan batu berlambak-lambak atas laman kat rumah saya di Islamabad ini.

[ 9 ] Boleh pula ketulan-ketulan hujan batu ni menerjah masuk ke dalam rumah. Sejuk ya! | Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 | Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 11 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Ko dah diterjah dan dimasukkan ke dalam blog pacal yang hina dina ni haha.

So peribahasa yang betul sepatutnya berbunyi begini ok.

hujan emas di negara orang, hujan batu juga di negara orang….” Haha.

Mujo la hujan batu tu taklah sebesar mcm kat sini kan.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 responses to “[11 Photos] Hail Storm Hit Islamabad – Peribahasa “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri…” Dah Tak Boleh Pakai di Bumi Islamabad Malam Ni | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super market F-7 | Islamabad, Pakistan

  1. Pingback: Pingback : Cara terhormat untuk menjemput pembaca berkomen di blog anda. | AzmanIshak.Com

  2. Pingback: Tweets that mention Hail Storm Hit Islamabad – Peribahasa “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri…” Dah Tak Boleh Pakai di Bumi Islamabad Malam Ni — KNizam Artwerk -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.