Tag Archives: jinnah super

[4 Photos] Mereka Memang Gila Kriket Di Sini, Boom Boom Afridi & Pakistan Zindabad ! | Spring 2011 | Marvi Rd & Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Tatkala saya menaip coretan di malam hari ini, pasukan kriket Sri Lanka telah pun melangkah ke perlawanan akhir kriket Piala Dunia 2011. Sri Lanka menewaskan New Zealand di dalam satu perlawanan yang cukup sengit. Perlawanan berlangsung dari jam 2 petang sehingga hampir ke jam 10 malam. Bagi saya New Zealand memang telah mempamerkan permainan terbaik mereka. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka kali ini. Seperti Australia yang tewas kepada India di perlawanan suku akhir tempohari.

Daripada suratkhabar online tribune.pk – klik di sini

Esok Pakistan akan bertemu dengan musuh tradisi mereka, India. Ini adalah perlawanan yang dinantikan oleh kesemua peminat kriket seluruh dunia. Perlawanan yang dijangka akan sengit dan sukar bagi kedua-dua negara berjiran ini. Saya perhatikan di mana-mana sahaja di Islamabad, malah di seluruh negara ini, rakyatnya memang tergila-gilakan kriket. Di mana-mana sahaja anda akan ketemu dengan warga Pakistan yang asyik bermain kriket. Mereka akan bermain kriket sambil bersalwar khameez (pakaian kebangsaan) mereka. Sarung sahaja kasut sukan, dan anda telah bersedia untuk bermain kriket di mana-mana. Tidak kira tua muda, miskin kaya, semuanya memang gila kriket di sini. Tidak kira di padang kriket sebenar, di jalanraya, di tepi jalan, di tepi kawasan lapang berpokok, depan rumah, malah depan kedai di Jinnah Super sekalipun mereka akan bermain kriket. Pernah juga bola kriket mereka hampir-hampir terkena saya ketika aku sedang membeli barangan runcit di kedai di Jinnah Super tahun lepas.

[11 Photos] Hail Storm Hit Islamabad – Peribahasa “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri…” Dah Tak Boleh Pakai di Bumi Islamabad Malam Ni | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super market F-7 | Islamabad, Pakistan

Anda mesti biasa dengar pasal peribahasa “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri” tu kan.

Kali ini memang dah tak boleh pakai la peribahasa tu sebab hujan batu bukan sahaja turun di negara sendiri.

Malah turun jugak di negara orang, hujan batu dah melanda bumi Islamabad tadi.

Ni memang betul-betul hujan batu ya!

[ 1 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Daun pokok neem pun jatuh juga malam ini | Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sedang saya sedap-sedap mentelaah pelajaran, Haha. Tengah bloghopping tetiba angin bertiup dengan kencang. Saya terkasima, lantas ketakutan seketika, terdapat bunyi-bunyi pelik di celahan dedaunan di belah bawah rumah. Apa kes ? Takkan ada orang main baling-baling batu malam-malam ni kan. Hujan pula turun dengan lebat. Saya buat derk sahaja, walaupun dalam hati gundah gulana. Ni apa cerita hujan dan ribut malam-malam ni kan. Memang kebiasaannya di Islamabad, masa pertukaran musim akan hujan dengan lebat, kurang-kurang pun selama seminggu.