Tag Archives: kamran akmal

[14 Photos] Boom Boom Afridi Tewas, Sachin Tendulkar Memang Hebat & Pengalaman Menyaksikan Kriket Piala Dunia 2011 | Spring 2011 | Marvi Rd & Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Akhirnya pasukan kriket Pakistan tewas jua malam tadi. Perlawanan yang bermula jam 2 petang memang agak menarik. Cuaca sungguh panas di Stadium Mohali. Tidak, aku tidak singgah ke Stadium Mohali. Aku hanya menyaksikan perlawanan di antara Pakistan dan India semalam di kaca TV sahaja. Kerajaan Pakistan telah mengumumkan cuti umum seluruh negara separuh hari semalam. Perdana Menteri Pakistan bersama 51 orang jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan Pakistan bertandang ke Stadium Mohali bagi menyaksikan perlawanan getir kedua-dua negara semalam.

[ 1 ] Cricket Decorated Cake from Rahat Bakery | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[4 Photos] Mereka Memang Gila Kriket Di Sini, Boom Boom Afridi & Pakistan Zindabad ! | Spring 2011 | Marvi Rd & Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Tatkala saya menaip coretan di malam hari ini, pasukan kriket Sri Lanka telah pun melangkah ke perlawanan akhir kriket Piala Dunia 2011. Sri Lanka menewaskan New Zealand di dalam satu perlawanan yang cukup sengit. Perlawanan berlangsung dari jam 2 petang sehingga hampir ke jam 10 malam. Bagi saya New Zealand memang telah mempamerkan permainan terbaik mereka. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka kali ini. Seperti Australia yang tewas kepada India di perlawanan suku akhir tempohari.

Daripada suratkhabar online tribune.pk – klik di sini

Esok Pakistan akan bertemu dengan musuh tradisi mereka, India. Ini adalah perlawanan yang dinantikan oleh kesemua peminat kriket seluruh dunia. Perlawanan yang dijangka akan sengit dan sukar bagi kedua-dua negara berjiran ini. Saya perhatikan di mana-mana sahaja di Islamabad, malah di seluruh negara ini, rakyatnya memang tergila-gilakan kriket. Di mana-mana sahaja anda akan ketemu dengan warga Pakistan yang asyik bermain kriket. Mereka akan bermain kriket sambil bersalwar khameez (pakaian kebangsaan) mereka. Sarung sahaja kasut sukan, dan anda telah bersedia untuk bermain kriket di mana-mana. Tidak kira tua muda, miskin kaya, semuanya memang gila kriket di sini. Tidak kira di padang kriket sebenar, di jalanraya, di tepi jalan, di tepi kawasan lapang berpokok, depan rumah, malah depan kedai di Jinnah Super sekalipun mereka akan bermain kriket. Pernah juga bola kriket mereka hampir-hampir terkena saya ketika aku sedang membeli barangan runcit di kedai di Jinnah Super tahun lepas.