[14 Photos] Boom Boom Afridi Tewas, Sachin Tendulkar Memang Hebat & Pengalaman Menyaksikan Kriket Piala Dunia 2011 | Spring 2011 | Marvi Rd & Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Akhirnya pasukan kriket Pakistan tewas jua malam tadi. Perlawanan yang bermula jam 2 petang memang agak menarik. Cuaca sungguh panas di Stadium Mohali. Tidak, aku tidak singgah ke Stadium Mohali. Aku hanya menyaksikan perlawanan di antara Pakistan dan India semalam di kaca TV sahaja. Kerajaan Pakistan telah mengumumkan cuti umum seluruh negara separuh hari semalam. Perdana Menteri Pakistan bersama 51 orang jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan Pakistan bertandang ke Stadium Mohali bagi menyaksikan perlawanan getir kedua-dua negara semalam.

[ 1 ] Cricket Decorated Cake from Rahat Bakery | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Selepas habis bekerja, aku terus bergegas balik rumah. Perut sudah berkeroncong. Kena makan nasi gamaknya. Terus balik dan mengarahkan tukang masak memasak nasi. Berlaukkan sambal sotong, aku melahap nasi putih yang panas. Aku tukar segera kepada channel PTV yang menunjukkan perlawanan akhir India vs Pakistan Piala Dunia Kriket 2011. Kedua-dua pasukan masuk ke padang dengan megah sekali. Nampak jersi India agak menarik. Kena cari dan beli nanti.

Pasukan Pakistan yang diketuai oleh Boom Boom Afridi melangkah dengan bergaya. Lagak pemenang agaknya. Selesai sahaja lagu dimainkan, kedua-dua Perdana Menteri turun padang bersalaman dengan kesemua pemain kedua-dua pasukan. Beginilah kriket (malah sukan lain juga) dapat menyatukan kedua negara yang senantiasa berselisih faham ini. Ada sahaja yang tidak kena akan kedua-dua negara setiap kali mereka berbincang di meja rundingan. Banyak isu yang terbengkalai dek kerana trust deficit sesama mereka. Namun tidak ketika perlawanan kriket. Mereka nampak mesra. Kedua-dua negara memang handal bermain kriket, inilah peninggalan British sewaktu menjajah kedua-dua negara dahulu.

[ 3 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 4 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di stadium utama di Islamabad, Lahore & Karachi di pasang skrin gergasi untuk memudahkan rakyat Pakistan menyaksikan perlawanan kali ini. Masuk adalah percuma dan sudah pastilah berduyun-duyun rakyat mereka membanjiri stadium berkenaan. Terasa seperti mahu pergi ke Stadium di Islamabad, namun saya tidak berani pula. Takut juga jika ada apa-apa berlaku nanti, sukar untuk bergerak keluar dari stadium yang penuh dengan manusia sebegitu. Mungkin saya akan hanya singgah di Jinnah Park F9, Jinnah Super atau Blue Area sahaja malam ini.

India melengkapkan batting mereka dengan 260 runs. Suatu jumlah yang sungguh banyak, namun tidak mustahil untuk dikejar oleh Pakistan nanti. Sachin Tendulkar memang betul-betul hero mereka semalam. Acapkali beliau hampir-hampir terkeluar, memang sungguh bernasib  baik Tendulkar semalam. Walaupun Pakistan mampu menghalang Tendulkar daripada mendapatkan 100 runs, namun Pakistan tewas jua akhirnya.

[ 5 ] The Crowd at Jinnah Avenue, Blue Area | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 6 ] The Crowd at Jinnah Avenue, Blue Area | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Aku menyaksikan kesemua acara batting India di TV di rumah sahaja. Keadaan di luar sana agak panas. Nak juga rasanya singgah ke Jinnah Super, Taman F9 atau Blue Area melihat gelagat penyokong kriket tempatan, namun cuaca agak panas. Aku sebenarnya menunggu cuaca redup sedikit dan akan keluar menyaksikan aksi perlawanan akhir semasa pasukan Pakistan mula batting nanti. Kadang-kadang semasa menyaksikan India batting tadi, aku terasa yang mereka sebenarnya mampu untuk mencapai angka 300 runs. Tidak mustahil bukan? Kalau India dapat 300 runs tersebut, alamat susah la batsman Pakistan nanti. Maafkan aku jika banyak terma-terma dan perkataan kriket yang tersilap di dalam catatan ini. Inilah pertama kali aku mengulas berkenaan perlawanan kriket, suatu permainan yang sungguh asing bagi aku di bumi Malaysia dahulu.

[ 7 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 8 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Dalam jam 6 petang, cuaca agak redup dan agak kelam, aku bersama pemandu berkira-kira untuk keluar rumah. Kami ke Jinnah Super dahulu. Keadaaan agak tegang di sana. Sungguh ramai manusia. Aku mengarahkan pemandu memberhentikan kereta di sebelah Stesen Minyak PSO dan kami berjalan ke arah skrin besar di tengah-tengah Jinnah Super. Tiada kawalan keselamatan yang terperinci di lakukan di sini. Polis hanya memasang kain rentang untuk menghalang beberapa jalan masuk ke ruang tengah Jinnah Super. Terdapat sedikit sahaja kawalan keselamatan. Kami perlu berhati-hati kerana sedikit sahaja kesilapan, buruk padahnya.

Kami menuju ke bahagian tengah di Jinnah Super. Lautan manusia membanjiri skrin besar di sana. Memang ramai manusia, tidak pernah aku nampak begitu banyak lautan manusia di Jinnah Super sebelum ini. Seperti yang aku bagitahu sebelum ini, mereka memang gila kriket. Sorakan bertalu-talu diberikan kepada Pasukan Kriket Pakistan ketika mereka batting. Bunyi hon, sorakan, tempikan dan pelbagai lagi alat bunyi kedengaran dengan bising sekali di sini. Mereka mewarnakan rambut, muka dan tangan mereka dengan warna hijau dan putih (warna bendera negara) dan berteriak menyokong pasukan mereka. Aku berada di Jinnah Super selama lebih kurang 20 minit. Setelah puas mengambil gambar, kami mula beredar dari Jinnah Super. Tidak boleh lama di sini. Segalanya berkemungkinan di sini. Mereka ini bila dah ramai-ramai sebegini, akan tidak terkawal. Terdapat segelintir mereka yang sudah mula membakar mercun dan bunga api. Ramai juga yang membaling botol-botol minuman ke udara. Mujur aku memakai topi ketika itu.

[ 9 ] The Crowd at Jinnah Avenue, Blue Area | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Cricket Decorated Cake from Rahat Bakery | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kami beredar ketika Pakistan sudah mendapat 40 runs ketika itu. Masih banyak lagi yang perlu dikejar. Mereka perlu membuat 261 runs untuk menewaskan India kali ini. Suatu jumlah yang tinggi namun tidak mustahil. Kami pergi pula ke kawasan Blue Area. Polis telah menutup jalan di Jinnah Avenue. Aku menyuruh pemandu berpatah balik ke rumah, memandangkan Menara ISE adalah berdekatan dengan rumahku. Pemandu memandu kembali balik ke rumah. Dalam jam 7.30 malam, kami berjalan dari rumahku berdekatan Menara Saudi Pak menuju ke Menara ISE. Kami melangkaui sekatan jalanraya yang dibuat di Jinnah Avenue. Aku memuji polis mereka kerana bertindak bijak menutup sahaja Jinnah Avenue malam itu.

[ 11 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 12 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Sampai sahaja di Menara Islamabad Stock Exchange (ISE) di tengah-tengah Jinnah Avenue, berhadapan dengan Blue Area, aku perhatikan ada skrin gergasi di Menara ISE. Skrin yang agak besar dan gambarnya agak terang berbanding dengan gambar di skrin di Jinnah Super sebentar tadi. Aku tercari-cari kawasan berdiri yang agak selesa untuk menonton perlawanan kriket kali ini. Lautan manusia sekali lagi betul-betul berada di hadapan aku. Kali ini lebih ramai daripada di Jinnah Super. Mereka memang betul-betul gila akan kriket di sini. Suasana lebih bahaya di sini. Terdapat beberapa penunggang motosikal yang menunggang dengan bahaya motosikal Hero Honda mereka. Terdapat juga mercun dan bunga api di sini. Mereka bersorak, mengibar bendera, menjerit-jerit dan melaungkan Pakistan Zindabad setiap kali pasukan mereka dapat boundaries atau berjaya melakukan batting.

[ 13 ] The Crowd at Jinnah Super Market F7 | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Dimana-mana sahaja kedengaran anak-anak muda Pakistan menjerit-jerit dari dalam kereta mereka. Ada yang memasang bendera di kereta. Berdiri dari dalam kereta dan menjerit Pakistan Zindabad! (Hidup Pakistan!) dengan lantangnya. Beberapa kenderaan membunyikan bunyi hon bertalu-talu. Ramai juga yang tidak dapat menyaksikan di skrin TV, membuka radio dan mendengar siaran langsung perlawanan akhir malam tadi. Pengawal-pengawal yang berkawal di sekitar kawasan rumah aku juga mendengar melalui radio sahaja. Aku faham akan perasaan mereka. Kalau kita di tempat mereka pun kita akan melakukan perkara yang sama, siapalah yang tidak berbangga jika pasukan negara melangkah ke separuh akhir piala dunia kan.

[ 14 ] Cricket Decorated Cake from Rahat Bakery | Celebrating the Semi Final Game, Cricket World Cup 2011 Between Pakistan vs India | Jinnah Super Market Area, Blue Area Near ISE Tower & Cricket Cake from Rahat Bakery | Islamabad, Pakistan | 30 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Perut terasa lapar pula dek kerana makan malam awal, seawal jam 6 petang tadi. Kami membeli aiskrim daripada penjual aiskrim Walls bergerak di sini. Pekikan warga Pakistan masih lagi bergema di sini. Kadang-kadang suasana seperti tidak dapat dikawal. Setelah melakukan 100 runs, aku rasa bosan pula. Tiada sound system di sini. Hanya bunyi-bunyi suara manusia dan alat muzik yang dimainkan sahaja. Menyedari akan tiada harapan untuk Pasukan Pakistan mengejar 260 runs Pasukan India, aku bergegas berjalan kembali ke rumah berdekatan Menara Saudi Pak. Walaupun apa pun keputusan pada malam ini, adalah suatu langkah tidak bijak berada di tengah-tengah lautan manusia di Islamabad ini. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Segalanya berkemungkinan.

– – – – — – – – –

Keputusan terkini : Pakistan tewas kepada India dengan 29 runs, India melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Kriket 2011 bertemu Sri Lanka Sabtu ini di Stadium Mumbai. Sachin Tendulkar dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan kali ini. Boom Boom Afridi meminta maaf kepada rakyat negaranya. Segelintir mereka di sini menyalahkan Misbah-ul Haq kerana kekalahan semalam. Namun bagi aku, ianya permainan berpasukan, tiada siapa yang perlu disalahkan.

Tahniah India!

Cuba lagi untuk Pasukan Pakistan.

Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku di Islamabad & Lahore malam tadi.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “[14 Photos] Boom Boom Afridi Tewas, Sachin Tendulkar Memang Hebat & Pengalaman Menyaksikan Kriket Piala Dunia 2011 | Spring 2011 | Marvi Rd & Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.