Tahun baru di Islamabad disambut dengan Perarakan Mega oleh Dr. Tahirul Qadri dari Persatuan Tehreek-e-Minhajul Quran #TUQ. #LongMarch yang dianjurkan disusuli pula dengan #QadriDharna. #Dharna adalah sit-in atau duduk dengan tempoh yang lama di atas jalanraya, di padang hatta di mana-mana sekalipun. #Dharna biasanya disusuli dengan suatu usul atau tuntutan, di dalam kes #QadriDharna ini, Dr. Qadri menuntut supaya kerajaan dijatuhkan dan pilihanraya yang adil dan telus dilaksanakan secepat mungkin di Pakistan.

[ 1 ] Perarakan oleh Dr Tahirul Qadri Di Televisyen Pakistan | Winter 2013 | Jinnah Avenue | Islamabad, Pakistan | 14-15 01 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
#LongMarch bermula dari Lahore menuju ke Islamabad melalui jalanraya terpopular yakni Grand Trunk (GT) Road. GT Road ini adalah jalanraya yang menghubungkan India ke Afghanistan melalui Pakistan. Biasanya saya akan melalui Motorway (lebih kurang macam PLUS Highway di Malaysia), GT Road agak bahaya kerana terdapatnya banyak truck dan kenderaan keluar masuk. Strategi untuk #LongMarch melalui GT Road adalah agak bagus kerana dapat mengumpulkan ummat manusia dengan lebih ramai lagi. Dr. Qadri nampaknya perlukan momentum dan jumlah yang besar sebelum beliau memasuki Islamabad pada Isnin (14 Januari 2013) nanti.