Keris Valley | Central Karakoram National Park | Baltistan, Northern PAK

Keris Valley | Central Karakoram National Park | Baltistan, Northern PAK

Loading

[9 Gambar] Musim Bunga Menjelma Lagi, Debunga Pokok Paper Mulberry Yang Menyesakkan Ruang Udara | Islamabad, Pakistan

Musim bunga telah kembali ke Islamabad Pakistan. Musim sejuk kali ini agak panjang. Kalau nak diikutkan sepatutnya pada awal bulan Mac, cuaca selalunya akan hujan dan tidak sejuk lagi. Namun tahun ini nampaknya musim sejuk agak panjang di Islamabad. Suhu pada waktu malam masih sejuk walaupun pada penghujung Mac 2013. Agaknya terkesan dengan perubahan suhu di kawasan Siberia agaknya. Di Eropah juga masih sejuk. Cold Spring katanya 🙂

[ 1 ] Bunga-bunga kecil berwarna-warni mula berkembang mekar di musim panas kali ini| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Cantik dedaunan pokok mulberi merah ni. Kalau boleh ulam kan bagus| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kehidupan di negara yang mempunyai empat musim sebegini memungkinkan untuk kita melihat pelbagai spesies bunga yang akan akan bertukar setiap 3 bulan sekali. Penat juga sebenarnya untuk menukar bunga-bunga di taman depan rumah. Bunga-bunga yang ditanam akan hanya dapat bertahan selama beberapa bulan sahaja. Kemudiannya perlu diganti dengan segera mengikut peredaran musim seterusnya.

Menikmati Pemandangan Seluas Mata Memandang | Tasik Kallar Kahar | Punjab Province, Pakistan

Live Update: 31 Mar ’13, 11.42pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

Hampir setiap bulan saya berkunjung ke Lahore melalui Lebuhraya M2. Setiap kali itulah saya akan singgah di RnR Kallar Kahar semasa pulang ke Islamabad. Acapkali juga akan melalui tasik Kallar Kahar ini. Namun sepanjang tiga tahun di sini, inilah kali pertama saya berkesempatan untuk menikmati pemandangan seluas mata memandang ke arah tasik ini. Diberitakan banyak juga burung merak berdekatan tasik ini. Tak jumpa pun tadi!

Loading

[13 Gambar] Memetik Oren Kinnow, Malta dan Musambi di Penghujung Musim Sejuk | Winter 2013 | Ladang Oren Khanpur | Wilayah Punjab, Pakistan

Musim buah oren telah sampai ke penghujungnya di Pakistan. Di sini dua tempat yang sememangnya popular dengan ladang oren ialah di Khanpur (berhampiran Taxila) dan di Sargodha. Kedua-duanya terletak di Wilayah Punjab, Pakistan. Taxila terletak di dalam Wilayah Khyber Pakhtunkhwa. Saya hanya pernah sampai ke ladang oren di Khanpur (1 jam perjalanan dari Islamabad) sahaja. Belum berkesempatan lagi untuk ke Sargodha (3 jam perjalanan dari Islamabad) lagi. Seronok sebenarnya dapat berehat di bawah pokok-pokok limau sebegini. Memang tenang je rasanya. Dalam PKR800 rupees, kita boleh petik sendiri dan bawa balik separuh guni oren-oren ni.

[ 1 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Terdapat pelbagai jenis oren yang ditanam di Pakistan. Di antara yang paling popular adalah Kinnow (Kinoo), Malta dan Musambi (Moosambi). Oren Kinnow adakalanya mempunyai tekstur merah (seakan darah) di dalamnya. Acapkali ianya digelar dengan gelaran bloody kinnow kerana warna merah tersebut. Oren Musambi pula lebih mirip kepada warna kuning. Musambi lebih besar jika dibandingkan dengan Kinnow dan Malta. Kali ini saya ingat nak merasa memetik oren Malta, namun tiada pula pokok oren Malta yang berbuah. Hanya ada oren Kinnow sahaja.

Mammut 150 Years Peak Project: Trango Tower, Pakistan (6286m / 20,623ft) – RC Helicopter Sample Footage

Memang respect dengan depa ni datang ke Northern Pakistan. Sampai ke Trango Towers, lepas tuh snap pics & videos in HD. Memang lawa hasil kerja filem mereka ni! Syabas!

Mammut 150 Years Peak Project: Trango Tower, Pakistan (6286m / 20,623ft) – RC Helicopter Sample Footage from Corey Rich on Vimeo.

This video is sample footage captured from an RC helicopter during the Mammut 150 Years: Peak Project: Trango Tower, Pakistan with David Lama and Peter Ortner, celebrating Mammut’s 150th anniversary. This project is still in post production, please stay tuned for both the television show and short film edit. The amazing RC heli cam work was done by Remo Masina at Dedicam.tv, take a look at their site for more info. And the edit was done by Jason Bosch at NovusSelect.com. Stay tuned for more updates on the project.

To see more from Corey Rich Productions, please take a look at our website and follow us on Facebook.
http://www.coreyrich.com/ https://www.facebook.com/Corey.Rich.Productions

Loading