Paragliding at Karakoram Mountain Ranges!

perghhhhhh memang hebat depa ni!

KARAKORAM HIGHWAY. Teaser. from SEARCH Projects on Vimeo.

SEARCH Productions present: KARAKORAM HIGHWAY.

Here is the story of three friends, Thomas de Dorlodot, Horacio Llorens and Hernan Pitocco traveling in the Karakoram mountain range. They flew their paragliders at high altitude and for long distances in their quest for new record flights. Here is the teaser of their incredible story.
Director: Olivier Boonjing, sound: Thibaut Darscotte, Edited by Olivier Boonjing and Adil Nahjari.
World premiere at Coupe Icare 2012.

Loading

Dedaunan Pokok Chinese Tallow Mula Kemerahan di Musim Luruh 2012 | Marvi Road, Jinnah Super F7 | Islamabad, Pakistan

Live Update: 17 Jan ’13, 12.50am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

Saya suka dengan musim luruh dan musim bunga. Mungkin sebab suhu yang agak terkawal dan tidak extreme pada kedua-dua musim tersebut. Musim luruh menjelma lagi di bumi Islamabad. Kebiasaannya musim luruh membawakan watak dedaunan pokok yang berwarna-warni. Jangan tidak tahu setelah hampir tiga tahun di bumi asing ini, barulah saya tahu yang pokok seperti di dalam gambar di atas namanya Chinese Tallow. Pokok tersebut dibawa dan dihadiahkan kepada kerajaan Pakistan oleh kerajaan China pada tahun 1960an.

Loading

Kota Lama Kot Diji Yang Sungguh Luas | Khairpur, Sindh Province, Pakistan

Live Update: 17 Jan ’13, 12.03am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

Walaupun masih musim sejuk di sini namun dek kerana terpaksa menjelajah dengan berjalan kaki di kubu lama ni, berpeluh juga sebenarnya. Kota lama Kot Diji ni memang luas, tak terjangkau dengan lensa kamera iPhone penulis sahaja. Saya perlu datang lagi dengan membawa kamera dSLR pula. Rasa tak puas merakamkan gambar dengan iPhone sahaja. Saya perlukan wide lens untuk memuaskan halwa mata di kota lama sebesar Kot Diji ini.

Loading

Menghirup Udara Kot Diji, Kubu Lama di Khairpur | Sindh Province, Pakistan

Live Update: 16 Jan ’13, 11.43pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

Tidak tahu kenapa, semenjak bekerja di Pakistan, saya lebih berminat akan sejarah, terutamanya sejarah ketamadunan manusia. Dulu masa belajar di sekolah, rasa betul-betul tak minat dengan sejarah. Banyak kena menghafal fakta yang kadang-kadang macam entah apa-apa sahaja. Namun bila saya jejaki bumi Pakistan. Menapak sendiri ke kubu-kubu lama ketamadunan manusia. Rasa teruja pula. Benarlah kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan". Sejarah akan lebih bermakna kita kita sendiri berada di tempat bersejarah tersebut.

Loading

[8 Photos] Tahanan Dalam Rumah Pada 14-15 Januari 2013 | #DrQadriDharna #LongMarch2013 #TUQ | Spring 2013 | Jinnah Avenue, Blue Area | Islamabad, Pakistan

Tahun baru di Islamabad disambut dengan Perarakan Mega oleh Dr. Tahirul Qadri dari Persatuan  Tehreek-e-Minhajul Quran #TUQ. #LongMarch yang dianjurkan disusuli pula dengan #QadriDharna. #Dharna adalah sit-in atau duduk dengan tempoh yang lama di atas jalanraya, di padang hatta di mana-mana sekalipun. #Dharna biasanya disusuli dengan suatu usul atau tuntutan, di dalam kes #QadriDharna ini, Dr. Qadri menuntut supaya kerajaan dijatuhkan dan pilihanraya yang adil dan telus dilaksanakan secepat mungkin di Pakistan.

[ 1 ] Perarakan oleh Dr Tahirul Qadri Di Televisyen Pakistan | Winter 2013 | Jinnah Avenue | Islamabad, Pakistan | 14-15 01 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

#LongMarch bermula dari Lahore menuju ke Islamabad melalui jalanraya terpopular yakni Grand Trunk (GT) Road. GT Road ini adalah jalanraya yang menghubungkan India ke Afghanistan melalui Pakistan. Biasanya saya akan melalui Motorway (lebih kurang macam PLUS Highway di Malaysia), GT Road agak bahaya kerana terdapatnya banyak truck dan kenderaan keluar masuk. Strategi untuk #LongMarch melalui GT Road adalah agak bagus kerana dapat mengumpulkan ummat manusia dengan lebih ramai lagi. Dr. Qadri nampaknya perlukan momentum dan jumlah yang besar sebelum beliau memasuki Islamabad pada Isnin (14 Januari 2013) nanti.