Category Archives: Pakistan

Sakura Blossom @ Apricot Flowers | Spring Is In The Air | Bhurban, Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Tetiba terasa macam mahu ke PC Hotel Bhurban untuk menikmati keindahan bunga-bunga pokok aprikot yang sedang berkembang mekar berwarna putih. Setelah dua tahun penulis di sini, barulah penulis ketahui akan kewujudan pokok aprikot, ceri dan epal di hotel di Bhurban ini. Memang berlambak-lambak pokok epal di perkarangan tempat letak kereta di PC Bhurban.

Pokok ceri memang betul-betul di tengah-tengah perkarangan tempat letak kereta mereka. Tidak perlu ke Lembah Hunza, Skardu mahupun di Utara Pakistan kerana hanya kurang dua jam perjalanan, anda boleh menikmati keindahan bunga-bunga bak “sakura” di Bhurban. 🙂

Loading

[5 Photos] Bunga-Bunga Biji Sawi @ Rapeseed @ Mustard Telah Mula Menguning, Melakar Pemandangan Lanskap Indah | Spring 2012 | Nurpur Village | Islamabad, Pakistan

Pertama kali penulis bersua dengan pokok bunga kuning ini di Pakistan ialah ketika penulis memandu ke Lahore. Bunga-bunga kuning ini ditanam dengan banyaknya di sepanjang jalan dari Islamabad ke Lahore melalui Lebuhraya M2. Penulis sempat berhenti dan bertanyakan kepada petani tempatan akan nama tanaman mereka. Barulah penulis tahu akan perihal tanaman bunga kuning yang dikenali sebagai biji sesawi atau rapeseed atau mustard.

[ 1 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012

Ladang bebiji sawi yang besar pernah penulis singgah bersama isteri pada 2011 di Ladang Chak Shahzad, kira-kira setengah jam perjalanan dari Islamabad. Di sana tanaman bebiji sawinya tidaklah kecil macam gambar di atas. Di sana, bebiji sawinya lebih tinggi daripada penulis. Banyak lebah berkeliaran bekerja mencari madu di bunga kuning tanaman ini.

[7 Photos] Sambutan Ulangtahun Kelahiran di Bumi Ajnabi 4,500km Dari Kuala Lumpur | Spring 2012 | Mirpur Mathelo, Daerah Ghotki | Wilayah Sindh, Pakistan

Penulis akan menyambut hari kelahiran pada 27 Februari 2012. Jam menunjukkan pukul 11.07 malam waktu Pakistan dan pukul 2.07 pagi waktu Malaysia. Penulis tidak pernah mencoretkan akan sambutan ulangtahun kelahiran di blog ini. Kebiasaannya hari tersebut akan berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang coretan di sini. Namun pada kali ini penulis terpanggil untuk mencoretkan sesuatu.

Penulis sempat memasak sendiri lauk sambal sardin di bawah. Agak pedas sebenarnya dengan ramuan cili padi Malaysia dan cili hijau Pakistan. Sambal sardin yang sedap dimakan panas-panas bersama dengan nasi putih beras basmathi Pakistan. Sungguh enak! ini bukanlah pujian untuk diri sendiri, sekadar menyatakan luahan hati. Hehe 🙂

Sambal Sardin Pedas, Sardin Cap 3 Ayam Dari Malaysia!

Hari lahir penulis pada 2012 ini jatuh pada hari Isnin (mengikut kalendar Gregorian). Pada hari Sabtu, penulis terpaksa menempuh 2 jam perjalanan menaiki pesawat ATR PIA dari Islamabad ke Sukkur, semuanya penulis tempuh demi tugas di bumi ajnabi ini. Nampaknya penulis akan menyambut hari lahir 4,500km jauhnya dari bumi kelahiran penulis, Malaysia. Jika tahun lepas penulis bersama isteri menyambut hari lahir di bumi Seoul, Korea Selatan, kini penulis kembali berseorangan di bumi Pakistan. Isteri penulis berada 4,500km jauhnya di Shah Alam, Malaysia.

[9 Video] Puncak Bukit Margalla Diselaputi Salji Setelah Enam Tahun! – Pir Sohawa Bermandi Salji Putih di Pagi Sabtu 7 Januari 2012

Siapa sangka siapa menduga, setelah enam tahun berlalu akhirnya salji turun juga di bumi Islamabad.

Sungguhpun tidak turun di atas jalan-jalan raya di Islamabad, namun sekurang-kurangnya salji meliputi Pir Sohawa, puncak Bukit Margalla.

Bukit Margalla yang diselaputi salji berdiri betul-betul di hadapan saya pada pagi 7 Januari 2012 lepas.

Pada pagi itu, saya dan beberapa rakan dari Malaysia sedang bersiap-siap untuk bermain salji di Pergunungan Murree, Galiyat.

Hujan yang tidak henti-henti di bumi Islamabad pada hari Khamis dan Jumaat memungkinkan untuk suhu turun dengan mendadak.

Salji sungguh tebal kali ini di Pergunungan Murree.

Jika Islamabad hujan, itulah tandanya Murree akan bersalji.

Suatu petua yang boleh digunapakai sehingga kini.

Murree telah bersalji seawal pada hari rabu lagi.

Justeru ketika hujan turun tanpa henti pada Jumaat, bolehlah dianggarkan yang salji akan turun dengan lebat di Murree pada hari Sabtu.

Namun saya tidak menyangka yang salji akan begitu lebat dan menjangkau ke Bukit Margalla pula.

Diberitakan yang salji telah lama tidak turun di puncak Bukit Margalla.

Kali terakhir hanya hujan batu yang turun mencurah-curah di bumi Islamabad pada 2006.

Hujan batu dan salji jauh bezanya ya.

[4 Photos] Percutian Singkat Ke Mall Rd (New Murree) di Kala Musim Dingin Yang Mencengkam | Winter 2012 | View From Hotel in Mall Rd, New Murree | Punjab Province, Pakistan

Musim sejuk adalah musim yang dinanti-nantikan di sini.

Setiap tahun kami rakyat Malaysia di sini akan singgah ke Murree dan Bhurban untuk menikmati suasana musim sejuk yang mencengkam.

Biasanya Winter Trip agak ramai yang sertai.

Kali ini akan disertai oleh 30 rakyat Malaysia di sini.

Nantilah saya akan buat special blog post untuk winter trip kali ini.

Banyak betul gambar-gambar yang saya ambil kali ini.

Beratus-ratus gambar sebenarnya. Kita layan gambar-gambar dahulu ya.

[ 1 ] Rakyat Malaysia di Islamabad. Bergambar Di Hadapan Suruhanjaya Tinggi Malaysia Islamabad. Winter Trip ke Murree dan Bhurban | Winter 2012 | Murree & Bhurban | Punjab Province & Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 7-9 01 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Biasanya kalau dah nama Malaysian, pergi jalan-jalan ke mana-mana pun tetap nak makan masakan Malaysia kan.

Justeru biasanya saya akan memasak masakan Malaysia terutamanya jika dapat berkumpul beramai-ramai sebegini.

Memang riuh-rendah jawabnya suasana apabila kami dapat berkumpul pergi bercuti beramai-ramai sebegini.

Makan pula nasi lemak dan mee goreng.

Owh sungguh heaven rasanya dapat menikmati nasi lemak di bumi asing Islamabad ini.