Category Archives: Pakistan

[1 Photo] Pokok Bunga Gerbera Kuning Sedang Mekar & Kumbang Merayap Di Pagi Hari, Di Laman Seri | Islamabad, Pakistan

Pagi tadi masa tengah sibuk-sibuk nak bersiap nak bersarapan, terperasan yang pokok-pokok gerbera kuning dan oren di laman dah mula berkembang mekar. Tak banyak lagi, ada la dalam 6-7 kuntum yang sedang mekar. Bila nak ambil gambr dengan iPhone terperasan juga dah banyak ladybirds berkeliaran merayap-rayap di taman kali ni. Memang musim bunga dah kembali. Sekejap je musim bunga ni, lepas ni masuk plak musim panas 48’c. hehe 🙂

Tetiba juga teringat bait-bait dalam lagu Dato’ Sheila Majid melalui lagi beliau Hitam Putih Kehidupan – “Lihatlah sekitar alam, dunia luas terbentang, langit tinggi kebiruan, pohon-pohon kehijaun. Hembusan bayu yang menyegarkan”. Best kan lagu ni. Bila tengok balik bunga-bunga ni teringat kepada keindahan alam ciptaan Ilahi. Kita tak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Cukup dengan meneliti keindahan di sekeliling kita sahaja.

Loading

[12 Photos] Tukang Gunting Rambut Bawah Pokok Paper Mulberry, Ala-Ala OldSkool Gitew! | Spring 2012 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan

Anda pernah gunting rambut bawah pokok? Mungkin suasana sebegini agak janggal di Malaysia, namun di Pakistan ianya adalah suasana yang begitu klise di mana-mana jua. Di mana sahaja ada pokok yang rendang dan redup, pasti akan ada tukang gunting rambut di bawahnya. Jom gunting rambut! Kos dalam Rs.30-50 rupees sahaja (RM1=Rs.30). Murah kan! Suasana sebegini memang biasa di sini. Kadang-kadang saya juga akan gunting rambut di sini. Hanya gunting rambut tanpa cukur ya. Dulu di Kuala Kangsar, Perak memang ada satu tukang gunting rambut bawah pokok pada awal tahun 90an. Tak sangka pula saya akan ketemu lagi dengan keadaan sebegini di sini.

[ 1 ] Barber Under the Paper Mulberry Tree | Spring 2012 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 17 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Barber Under the Paper Mulberry Tree | Spring 2012 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 17 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pagi ini secara tetiba penulis ingin merakamkan suasana persekitaran tukang gunting rambut bawah pokok di Perkampungan Saidpur yang popular di Islamabad ini. Bersama beberapa orang rakan, penulis singgah ke salah satu daripada “kedai” gunting rambut di bawah teduhan pokok mulberri yang ketiadaan daun dek kerana musim dingin. Tidak ramai pelanggan pada pagi ini. Hanya ada seorang pelanggan. Baru sahaja sebentar tadi seorang budak berlalu pergi meninggalkan kedai ini. Penulis gagal merakamkan aksi budak tadi digunting rambutnya. Mungkin lain kali 🙂

[8 Photos] Bunga-Bunga Peach & Pear Hijau Berkembang Mekar Bak Sakura di Musim Bunga Jepun | Spring 2012 | Perkampungan Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Pakistan adalah negara empat musim. Suhu di musim sejuk boleh mencecah sehingga ke -20’c terutamanya apabila berada di Bahagian Utara Pakistan. Bila ada empat musim, pastilah akan ada Musim Bunga. Musim Bunga di sini agak pendek tapi cantik sekali. Sepanjang empat tahun saya berada di Pakistan, inilah kali pertama saya berjaya merakamkan gambar-gambar keindahan Musim Bunga di Pakistan. Bak sakura cantiknya. Berikut adalah bunga-bunga pokok peach yang berwarna merah jambu dan bunga-bunga pokok pear hijau yang berwarna putih. Saya hanya perlu memandu selama dua jam sahaja untuk menikmati pemandangan sebegini. Pokok-pokok sebegini memang banyak di perkampungan Bhurban di Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa, Pakistan.

[ 1 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Bunga-bunga indah ini memang agak singkat mekarnya. Kalau terlepas merakamkannya, alamatnya kenalah tunggu pada tahun hadapan pula. Di Pakistan yang mempunyai 4 musim, memang agak mudah untuk kita ketemu dengan suasana musim bunga yang indah terutamanya di sebelah Utara Pakistan. Saya memang bercita-cita untuk bercuti ke Utara Pakistan pada musim bunga di sekitar Mac-April setiap tahun. Namun masih lagi tidak berkesampaian nampaknya. Kadang-kadang masa yang mencemburui saya, kadang-kadang keadaan politik dan situasi semasa yang menggagalkannya.

Peach Flowers In Full Bloom | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

Perghhhhhh tak pernah rasanya dapat tengok bunga yang ala-ala Sakura ni kan. Ni bukan di Jepun, bukan juga di Korea. Tapi di Pakistan! Inilah dia pokok buah peach yang tengah rancak berbunga warna merah jambu. Memang seperti sakura lagaknya kan. Kat Utara Pakistan lagilah berlambak pokok bunga macam ni. Sekarang tengah kemuncak musim bunga. Bunga pokok apricot pun dah gugur ke bumi. Sekarang giliran bunga peach dan ceri. Lagi 2 minggu giliran pokok epal pula untuk berbunga!

Loading

[18 Photos] Pengalaman Memberikan Gambar-Gambar Pada Kanak-Kanak Afghanistan di Kawasan Setinggan | Spring 2012 | Aghan Camp, Near METRO I10 | Islamabad, Pakistan

Pada pertengahan tahun lepas saya telah singgah ke kawasan setinggan penduduk Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak Afghanistan (Afghan) dan merakamkan aksi-aksi mereka di hadapan rumah-rumah setinggan mereka. Mereka memang amat miskin, lihatlah sahaja akan rumah-rumah mereka yang diperbuat daripada tanah. Bekalan air dan elektrik sememangnya tidak cukup di sini. namun keadaan yang daif ini tidak bermakna mereka tidak boleh menikmati kehidupan dengan baik dan gembira. Mereka ada cara mereka yang tersendiri untuk bermain dah menghiburkan hati masin-masing.

[ 1 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya sempat merakam beberapa gambar dan kanak-kanak ini memberikan kerjasama yang baik dengan saya. Keluarga mereka juga ada bersama ketika itu. Bukan main berposing lagi mereka di hadapan lensa kamera tengah hari itu. Seronok melihat telatah dan gelagat mereka menyaksikan seorang asing seperti saya yang tidak boleh berbahasa Urdu atau Pashto seperti mereka. Entah mengapa bagi saya, memang sedap mendengarkan mereka bertutur di dalam Bahasa Pashto ini.