Iklan Hari Raya PETRONAS 2014 – Ke Pangkuan Bonda

Iklan Hari Raya PETRONAS 2014 – Ke Pangkuan Bonda

Sedap betul lagu dan suara yang mengalunkan kembali lagu raya Anuar & Ellina kali ni. Dengan ukulele yang sungguh acoustic, sungguh nostalgia. Suasana kampung yang memukau, mengimbau kenangan lama. Sungguh indah suasana di kampung halaman dengan ayam berkeliaran, bunga api, lemang, rendang, main bawah rumah. Tidur beramai-ramai memang amalan tahun 80an. Suasana Hari Raya walau di mana pun jua, memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Loading

#Pray4MH17

#Pray4MH17

Loading

[12 Photos] Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”.

Sudah lama sebenarnya saya ingin mengumpul, edit dan paparkan gambar-gambar destinasi percutian yang sungguh menarik dan amat berbaloi untuk dilawati di Pakistan. Sila abaikan apa yang anda tonton di televisyen anda. Gambar-gambar ini anda tidak akan dapat lihat di media massa utama di dunia seperti CNN atau BBC. Saya telah sampai kesemua destinasi di bawah. Penat dan puas mengambil gambar untuk dijadikan kenangan di kemudian hari. Sesuai untuk dijadikan kalendar pada tahun 2014.

Saksikanlah keindahan alam ciptaan Ilahi ini !

[ 1 ] JANUARY – Lower Kachura Lake, Shangrila Skardu Resort | Pagoda Chinese-Tibetan Style Restaurant | Skardu Valley | Summer 2012 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 22 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM).

Gambar yang pertama adalah tasik di resort yang terkenal di Wilayah Baltistan. Diberi nama sebagai Kachura Lake. Ianya menempatkan resort yang diberi nama Shangrila. Ini bukanlah rangkaian Shangrila hotel yang biasa kita ketemu di Kuala Lumpur. Tetapi ianya diambil daripada perkataan dalam Bahasa China. Shangrila bermaksud Heaven on Earth. Memang terasa seperti di syurga bila dapat ke sini. Kali pertama saya singgah di sini ialah pada June 2010. Saya begitu terpesona dengan keindahan dan kecantikan tasik ini dan kawasan sekelilingnya. Bilik-bilik di Shangrila Resort Skardu ini agak run-down dan sesuai untuk back-packers. Sila reserve bilik VVIP jika anda datang dengan family ya. Hot water hanya ada sekitar 2 jam pada waktu pagi dan 2 jam pada waktu petang/malam. Sila plan masa mandi/urusan bilik air anda sewajarnya.

[16 Gambar] Musim Mangga Pakistan di Musim Panas 2013 | Gerai Berwarna-Warni, Karachi Co. G9 | Islamabad, Pakistan

Di antara perkara yang positif dan menarik berkenaan Pakistan adalah musim buah-buahan nya. Pakistan adalah satu negara yang hanya mengimport sedikit sahaja buah-buahan mereka. Kebanyakkan daripada buah-buahan yang diperolehi di sini adalah buah-buahan tempatan. Negara ini adalah negara empat musim yang sungguh kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Di sini ada kesemuanya, sebutkan sahaja. Mereka ada mangga, pisang, betik, tebu, epal, aprikot, peach, anggur, tembikai dan banyak lagi. Hanya buah-buahan tropika seperti durian, rambutan dan manggis sahaja yang tiada di sini. Selainnya memang ada banyak yang ditanam di sini.

[ 1 ] Buah Mangga Jenis Sindhri Yang Masak Ranum | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saya suka dengan warna kuning mangga-mangga di sini. Terdapat berjenis-jenis mangga di sini. Mungkin melebihi 50 jenis rasanya. Di antara mangga-mangga yang terkenal adalah Chaunsa, Sindhri, Anwaretool, Langhra dan sebagainya. Setiap tahun saya akan ke Hotel Marriott di Islamabad untuk menyaksikan pameran buah mangga (beserta nama-namanya sekali). Musim mangga memang sedap kalau dapat minum jus mangga segar atau yang telah ditambah dengan susu dikenali sebagai lassi mangga. Ditambah pula bila diminum ketika musim panas membahang 48’c, umpama syurga dunia lagaknya!

Salam Ramadhan Al-Mubarak | Malaysia |

Salam Ramadhan Al-Mubarak | Malaysia |

Loading