[16 Gambar] Musim Mangga Pakistan di Musim Panas 2013 | Gerai Berwarna-Warni, Karachi Co. G9 | Islamabad, Pakistan

Di antara perkara yang positif dan menarik berkenaan Pakistan adalah musim buah-buahan nya. Pakistan adalah satu negara yang hanya mengimport sedikit sahaja buah-buahan mereka. Kebanyakkan daripada buah-buahan yang diperolehi di sini adalah buah-buahan tempatan. Negara ini adalah negara empat musim yang sungguh kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Di sini ada kesemuanya, sebutkan sahaja. Mereka ada mangga, pisang, betik, tebu, epal, aprikot, peach, anggur, tembikai dan banyak lagi. Hanya buah-buahan tropika seperti durian, rambutan dan manggis sahaja yang tiada di sini. Selainnya memang ada banyak yang ditanam di sini.

[ 1 ] Buah Mangga Jenis Sindhri Yang Masak Ranum | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saya suka dengan warna kuning mangga-mangga di sini. Terdapat berjenis-jenis mangga di sini. Mungkin melebihi 50 jenis rasanya. Di antara mangga-mangga yang terkenal adalah Chaunsa, Sindhri, Anwaretool, Langhra dan sebagainya. Setiap tahun saya akan ke Hotel Marriott di Islamabad untuk menyaksikan pameran buah mangga (beserta nama-namanya sekali). Musim mangga memang sedap kalau dapat minum jus mangga segar atau yang telah ditambah dengan susu dikenali sebagai lassi mangga. Ditambah pula bila diminum ketika musim panas membahang 48’c, umpama syurga dunia lagaknya!

[ 2 ] Jenis Mangga No 1 di Pakistan, Dikenali Juga Sebagai Anwaratool | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Musim panas adalah musim mangga di sini. Mangganya amat manis. Sampai ke tekak terasanya. Pemandu saya, Shaheen Akhtar memberitahu saya bahawa mangga Pakistan adalah mangga no 1 di dunia. Selepas beberapa tahuan saya menetap di Pakistan, memang saya akui mangganya sungguh manis dan istimewa. Malah mangganya lebih sedap daripada mangga Thailand dan mangga Harumanis Malaysia. Mangga di sini amat manis dan hanya akan masak ranum ketika musim panas yang akan mencecah 48’c di Islamabad. Sungguh panas. Berlengas!

[ 3 ] Aprikot Kuning Yang Masih Boleh Didapati di Pertengahan Musim Panas di Islamabad | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di sini juga terdapat aprikot. Bila dah sampai ke Pakistan baru saya tahu yang terdapat pelbagai jenis aprikot sebenarnya di dunia ini. Namun yang paling terkenal adalah aprikot kuning. Biasanya aprikot ditanam di kawasan Utara Pakistan. Aprikot memang sedap berbanding buah peach. Ianya rangup macam epal. Di sini juga ada jem aprikot dan sungguh enak dimakan dengan roti bakar (roti gardenia tiada di sini).

[ 4 ] Kemas Dan Menarik Susunan Buah-buahan Di Sini. Bermacam Warna! | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Buah Plum Yang Berwarna Merah Hati Sedang Masak Ranum | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Buah plum manis yang berwarna ungu atau merah kehitaman. Memang sedap buah plum di sini. Di rumah saya juga ada ditanam dengan pokok plum. Ketika musim bunga pokok plum akan mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna putih yang harum. Kalau rasa-rasa teringin untuk merasai suasana musim bunga dengan pokok plum, bolehlah ke kawasan kebun buah-buahan di Bhurban. Perjalanan dari Islamabad hanya mengambil masa dalam 1-2 jam sahaja. Bolehlah menginap di hotel Pearl Continental Bhurban atau mana-mana hotel dan rumah rehat di sana.

[ 6 ] Terdapat Bakul-bakul Yang Bergantungan Di Tepi Gerai Ini. Bakul-bakul Ini Akan Digunakan Untuk Membungkus Buah-buahan Ala-ala Hamper Untuk Hadiah Buat Kenalan Taulan | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Tembikai Susu Dan Ceri Juga Masih Ada Di Pertengahan Musim Panas Kali Ini | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Ah tembikai susu juga sedap di sini. Isinya putuh dan rasanya sungguh manis, enak dimakan begitu sahaja di musim panas ini. Buahnya tidak sebesar buah tembikai susu di Malaysia, namun rasanya memang lagi sedap daripada rasa tembikai susu di Malaysia. Selalu juga saya membeli tembikai susu di sini. Pasti saya akan terkenangkan tembikai susu ini jika saya telah kembali balik bekerja di Malaysia suatu hari nanti.

[ 8 ] Niat Dihati Memang Nak Buat Kerabu Mangga, Namun Apakan Daya, Luar Sahaja Hijau, Di Dalamnya Telah Masak Ranum Berwarna Kuning | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Buah Plum Dan Mangga Yang Disusun Cantik Untuk Menarik Perhatian Pembeli | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Pemandu Saya, Shaheen Setia Menunggu Untuk Saya Memilih Mangga-mangga Pakistan Di Sini. Beliau Memang Pakar Tawar Menawar Di Sini | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Diperhatikan buah tembikai pun ada musimnya di sini. Kadang-kadang saya pelik bagaimana buah tembikai pun ada musim di sini? Di Malaysia jika kita nak makan tembikai, kita boleh makan sesuka hati pada bila-bila masa. Namun tidak di sini. Di sini hatta tembikai pun ada musimnya. Tembikai berbiji hitam memang sedap dimakan begitu sahaja mahupun di buat air tembikai. Kalau tidak silap, kesemua tembikai yang dijual di sini adalah jenis tembikai merah berbiji sahaja. Tidak pula saya terlihat mana-mana penjual yang menjual tembikai kuning di sini.

[ 11 ] Pilih Yang Elok-elok Ye. Jangan Ambil Yang Dah Lepuh. Yang Segar Dari Ladang Sahaja Bhai-jan! | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 12 ] Mangga Pakistan Yang Memang Manis, Terbaik! No 1 Di Dunia | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kebiasaannya mangga di sini akan bertahan sehingga ke musim hujan di dalam bulan Julai atau Ogos. Musim mangga akan bermula pada bulan Mei setiap tahun. Jika anda terlepas menikmati keenakkan mangga Pakistan ini, sila tunggu dan bertabahlah sehingga bulan Mei pada tahun depan. Pakistan tidak akan mengimport mangga di sini. Tiada langsung kelihatan kelibat penjual menjual mangga selain daripada musim-musim bermula Mei hingga Ogos setiap tahun. Memang mangga yang terbaik yang pernah saya jamah!

[ 13 ] Mangga Ini Dipetik Ketika Hijau Dan Akan Masak Ranum Semasa Dalam Perjalanan Ke Tempat Untuk Dijual | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 14 ] Peniaga Gerai Buah-buahan Sedang Membungkus Buah-buahan Yang Saya Beli | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 15 ] Buah Mangga, Plum Dan Aprikot Untuk Dijual. Segar Dari Ladang! | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 16 ] Gerai Buah-buahan Berhampiran Dengan Pasar Karachi Co. di Islambad | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

 Nampak tak bakul-bakul yang bergantungan tu? Bakul-bakul ini kebanyakkannya digunakan untuk membungkus buah-buahan yang dibeli sebagai hadiah. Kiranya macam ala-ala hamper buah-buahan di sini. Biasanya saya jarang membeli buah-buahan dengan bakul kerana saya lebih berminat menggunakan plastik sahaja. Kecualilah jika kita beli untuk hadiah, buah-buahan akan dibalut dengan bakul berwarna keemasan tersebut dan disalut dengan plastik.

Kebanyakkan peniaga di sini masih lagi menggunakan alat penimbang lama seperti gambar di atas. Ianya agak old-skool namun menarik perhatian saya. Terdapat batu penimbang yang digukanan untuk mengukur berat buah-buahan yang akan dibeli oleh kita nanti. Jangan tak tau di sini, kadang-kadang nasi briyani juga akan ditimbang di dalam alat penimbang seperti di atas. Ianya digelar “nasi timbang”. Entah-entah buah-buah ini pun dikenali dengan buah timbang.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.