Tag Archives: the best mango in the world

[16 Gambar] Musim Mangga Pakistan di Musim Panas 2013 | Gerai Berwarna-Warni, Karachi Co. G9 | Islamabad, Pakistan

Di antara perkara yang positif dan menarik berkenaan Pakistan adalah musim buah-buahan nya. Pakistan adalah satu negara yang hanya mengimport sedikit sahaja buah-buahan mereka. Kebanyakkan daripada buah-buahan yang diperolehi di sini adalah buah-buahan tempatan. Negara ini adalah negara empat musim yang sungguh kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Di sini ada kesemuanya, sebutkan sahaja. Mereka ada mangga, pisang, betik, tebu, epal, aprikot, peach, anggur, tembikai dan banyak lagi. Hanya buah-buahan tropika seperti durian, rambutan dan manggis sahaja yang tiada di sini. Selainnya memang ada banyak yang ditanam di sini.

[ 1 ] Buah Mangga Jenis Sindhri Yang Masak Ranum | Karachi Co | Summer 2013 | Islamabad, Pakistan | 08 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saya suka dengan warna kuning mangga-mangga di sini. Terdapat berjenis-jenis mangga di sini. Mungkin melebihi 50 jenis rasanya. Di antara mangga-mangga yang terkenal adalah Chaunsa, Sindhri, Anwaretool, Langhra dan sebagainya. Setiap tahun saya akan ke Hotel Marriott di Islamabad untuk menyaksikan pameran buah mangga (beserta nama-namanya sekali). Musim mangga memang sedap kalau dapat minum jus mangga segar atau yang telah ditambah dengan susu dikenali sebagai lassi mangga. Ditambah pula bila diminum ketika musim panas membahang 48’c, umpama syurga dunia lagaknya!