Bazaar Ramadhan di Kedai Samosa Siddique | Rana Market, Islamabad, Pakistan

Live Update: 23 Jul ’12, 7.59pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

Menjelang bulan puasa kedai samosa ini akan diubahsuai menjadi semakin besar. Ramai juga pengunjung yang singgah di satu-satunya kedai samosa di Pasar Rana ini. Tertarik dengan ramainya manusia berkunjung ke sini, saya juga datang untuk melihat apa yang istimewanya kedai ini kan. Kedai ni masih menjual hidangan berbuka yang sama dijualnya setiap hari, cuma di dalam kuantiti yang banyak. Tahun ni mereka pakai topi Masterchef Pakistan lah!

Loading

Sinaran Mentari Petang Di Balik Bukit Margalla | 1 Hari Sebelum 1 Ramadhan | Islamabad, Pakistan

Live Update: 23 Jul ’12, 12.32am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Di Islamabad ni bukan senang untuk kita lihat gelagat awan gemawan dan matahari terbenam yang indah sebegini. Gambar dirakam menggunakan iPhone sahaja, tertinggal dSLR di rumah. Malas nak balik rumah kerana saya tahu saat sebegini hanya datang beberapa minit sahaja. Petang itu adalah waktu melihat anak bulan Ramadhan. Saya yakin dengan cuaca yang cerah di musim panas mencengkam, anak bulan pastinya akan kelihatan. Tepat tekaan saya, Pakistan mula berpuasa sama dengan Malaysia pada hari Sabtu.

Loading

Jalebi Adalah Dessert Utama Di Sini | Aabpara Market, Islamabad, Pakistan

Live Update: 22 Jul ’12, 2.23am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Kalau di Pakistan ini, inilah manisan atau dessert yang paling popular. Di mana-mana sahaja kita boleh nampak manisan ini. Ia dipanggil Jalebi. Di masak macam rupa maruku kemudiannya direndam di dalam air gula. Rasanya amat manis. Kebiasaannya penjual dapat menjual berloyang-loyang sebegini. Dengar cerita jalebi ini juga terkenal di negara-negara lain di South Asia.

Loading

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H Untuk Semua Ummat Islam Di Dunia

Saya dengan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Puasa atau Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433h kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan kali ini akan dapat dihayati dan dinikmati dan mampu membersihkan jiwa kita. Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Di mana anda semua solat terawih kali ini? Tetiba saya terasa teringin nak menunaikan solat terawih di dua masjid yang paling indah di dunia yakni Masjid Faisal di Islamabad dan Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Insya-Allah.

Loading

[11 Photos] Pemandangan di Sekitar Tasik Saiful Mulook | Summer 2012 | Naran, Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Perjalanan dari Islamabad ke Bandar Naran mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Di waktu puncak ketima Musim Panas, perjalanan akan lebih lama disebabkan oleh banyaknya kenderaan yang ingin memasuki Bandar Naran. Bandarnya kecil sahaja. Namun cantik dek kerana berada di altitud yang tnggi. Suasananya amat nyaman. Bandar ini akan dilitupi salji sepenuhnya pada Musim Sejuk setiap tahun. Jalan-jalan akan terus ditutup. Dari Bandar Naran anda perlu menaiki jeep usang (tapi bertenaga) naik ke Tasik Saiful Mulook. Perjalanan dengan jeep ini mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Bukan masa yang difikirkan tapi perjalanan umpama menaiki kerusi Ogawa ++ yang dikisahkan.

[ 1 ] Airnya Sungguh Sejuk, Air Glacier Yang Mencair | Jheel (Lake) Saiful Mulook Facing Malika Parbat Mountain | 3,224m | Summer 2012 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 24 06 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)