Live Update: 23 Jul ’12, 12.32am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
Di Islamabad ni bukan senang untuk kita lihat gelagat awan gemawan dan matahari terbenam yang indah sebegini. Gambar dirakam menggunakan iPhone sahaja, tertinggal dSLR di rumah. Malas nak balik rumah kerana saya tahu saat sebegini hanya datang beberapa minit sahaja. Petang itu adalah waktu melihat anak bulan Ramadhan. Saya yakin dengan cuaca yang cerah di musim panas mencengkam, anak bulan pastinya akan kelihatan. Tepat tekaan saya, Pakistan mula berpuasa sama dengan Malaysia pada hari Sabtu.

8 responses to “Sinaran Mentari Petang Di Balik Bukit Margalla | 1 Hari Sebelum 1 Ramadhan | Islamabad, Pakistan”