Category Archives: Pakistan

[4 Photos] Mereka Memang Gila Kriket Di Sini, Boom Boom Afridi & Pakistan Zindabad ! | Spring 2011 | Marvi Rd & Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Tatkala saya menaip coretan di malam hari ini, pasukan kriket Sri Lanka telah pun melangkah ke perlawanan akhir kriket Piala Dunia 2011. Sri Lanka menewaskan New Zealand di dalam satu perlawanan yang cukup sengit. Perlawanan berlangsung dari jam 2 petang sehingga hampir ke jam 10 malam. Bagi saya New Zealand memang telah mempamerkan permainan terbaik mereka. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka kali ini. Seperti Australia yang tewas kepada India di perlawanan suku akhir tempohari.

Daripada suratkhabar online tribune.pk – klik di sini

Esok Pakistan akan bertemu dengan musuh tradisi mereka, India. Ini adalah perlawanan yang dinantikan oleh kesemua peminat kriket seluruh dunia. Perlawanan yang dijangka akan sengit dan sukar bagi kedua-dua negara berjiran ini. Saya perhatikan di mana-mana sahaja di Islamabad, malah di seluruh negara ini, rakyatnya memang tergila-gilakan kriket. Di mana-mana sahaja anda akan ketemu dengan warga Pakistan yang asyik bermain kriket. Mereka akan bermain kriket sambil bersalwar khameez (pakaian kebangsaan) mereka. Sarung sahaja kasut sukan, dan anda telah bersedia untuk bermain kriket di mana-mana. Tidak kira tua muda, miskin kaya, semuanya memang gila kriket di sini. Tidak kira di padang kriket sebenar, di jalanraya, di tepi jalan, di tepi kawasan lapang berpokok, depan rumah, malah depan kedai di Jinnah Super sekalipun mereka akan bermain kriket. Pernah juga bola kriket mereka hampir-hampir terkena saya ketika aku sedang membeli barangan runcit di kedai di Jinnah Super tahun lepas.

Lembah Swat Yang Sungguh Indah Di Musim Bunga 2011

bila aku tengok video yang Express247 tayang pasal Swat Valley dalam musim bunga ni terus teringat kat trip aku ke Northern Pakistan tahun lepas. memang best wooooo. mana tak best, trip 6H5M yang sungguh mencabar merentasi ke Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai. kali ni aku nak pergi ke Swat Valley plak la. kalau ada rezeki sampai la ke sana June ni kan. hehe 🙂

Dulu Lembah Swat ni memang aman damai. Memang ramai yang datang melawat. Sekali bila sampai perang dengan Taliban, terus Taliban kuasai Lembah Swat ni. Aku check gambar-gambar di FlickR memamg lawa-lawa la gambar kat Lembah Swat ni tau. Adessssss geram la plak nak singgah ke Northern Pakistan ni kan. hehe 🙂

Loading

[2 Videos] India Melangkah ke Separuh Akhir, Bakal Bertemu Pakistan Pada 30 Mac 2011, ICC Piala Dunia Kriket 2011 – Mother Of All Classic Cricket Match ! | Spring 2011 | Marvi Rd & Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Perghhhh hebat jugak game India vs Australia tadi kan. memang sungguh mendebarkan. Pada satu masa Australia dah nampak macam nak menang mudah, dah la Sachin Tendulkar terkeluar awal. hehe. Sekali last minit depa kejar balik masa dengan Yuvraj dengan Raina. Terus menang beb dengan Australia.

Memang cool la game tadi India vs Australia. Saya memang expect India akan menang. Nak bagi India vs Pakistan masa semi finale nanti. Bagi power sket game kan. Mestila ala-ala el-classico match Real Madrid dengan Barcelona. Mother of all Matches ini nanti di antara India lawan Pakistan.

Pakistan pun memang mengharapkan akan jumpa ngan India semi nanti, memang clash of the titans lah kali ini. Game pasti menarik dan tertarik, mungkin dabomb! Surelah akan ada riot kat sini kan. haha. Whether Pakistan menang atau kalah surelah ramai yang akan tengok game kat Jinnah Supermarket F-7 nanti kan.

Loading

Ini Adalah Cubaan Berani Untuk Meletak Caption Gambar Ala2 The Big Picture Boston.com Hehe :)

saya selalu melawati big picture di paparan laman web boston.com

mmg menarik gambar-gambarnya di sana kan. kadang2 terasa hendak memilik dSLR pula

saya perhatikan caption gambar mereka agak jelas dan agak standard

jadi kali ini saya nak cuba juga gaya2 caption ala2 big picture pula. mempersembahkan!

A local Pathan man is busy preparing doodhpati chai (buffalo milk tea) at Sabzi Mandi (fruit and vegetable market) near Sector I10, Islamabad, Punjab Province, Pakistan on 23 March, 2011 (Khairulnizam Omar/KNIZAM ARTWERK)

Loading

Wedding Reception Nizam & Erlena @ Islamabad 2011 – Live Webcast via Freedocast

live broadcast of wedding reception – nizam & erlena at serena hotel, islamabad @ 12.3.11 @ 1900hrs (pakistan time) or 2200hrs (malaysia time). theme – traditional malay wedding theme 🙂

just click “close ad” below to see the live webcast yo!

Loading