Tag Archives: shaheen akhtar

[4 Photos & 1 Video] Dinner Pulao Rice, Musim Sejuk di Islamabad & Cili Hijau Potong Tak Pedas Langsung | Winter 2014 | Savour Foods Restaurant | Blue Area | Islamabad, Pakistan

Pulao Rice atau Nasi Pulao. Nasi yang dimasak dengan ghee (clarified butter) seumpama memasak nasi minyak tapi tidak berminyak. Di makan dengan ayam goreng rangup. Disulami dengan raita (nestle) dengan sedikit jintan putih, salad segar (tomato, timun dan lain-lain). Khusus untuk rakyat Malaysia, memang kena ada cili potong. Kalaulah ada kicap kipas udang, pasti lengkap.

[ 1 ] Dinner Time with Muzammir & Shaheen | Pulao Rice, Savour Foods Restaurant | Blue Area | Cold Spring 2014 | iPhoneography via iPhone5 | Islamabad, Pakistan | 28 02 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Ini bukanlah kali pertama saya singgah ke Savour Foods Restaurant di Blue Area. Dah berkali-kali rasanya. Biasanya saya bungkus sahaja. Saya pesan dengan driver saya. Dan biasanya saya akan beli 3 bungkus, satu untuk saya, satu untuk driver dan satu lagi untuk guard di depan rumah. Nasinya memang banyak. Dihidangkan dengan kebab sekali. Memang sedap. Lagi sedap bila saya padankan dengan cili padi tanam sendiri yang dipotong dan digaul sekali dengan kicap kipas udang. Memang syurga dunia seketika.

[13 Photos] Hari Ini Adalah Hari Pertama Salji Turun di Pergunungan Murree | Winter 2011 | The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

Musim Sejuk di Pakistan ?

Semasa saya belum tiba di bumi Islamabad dahulu, saya juga seperti anda semua.

Tidak menyangka yang bumi Pakistan ini adalah sebenarnya mempunyai cuaca dan suasana empat musim.

Di sini ada musim panas, sejuk, bunga dan luruh, tidak lupa juga akan musim hujan seperti di Malaysia.

Musim-musim ini akan silih berganti tanpa jemu.

Hanya manusia yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan beroleh manfaat daripada kedatangan setiap musim di sini.

[ 1 ] Winter Trip to Murree with Malaysians | Kashmir Point | Murree Hills, Galliyat Tehsil | Punjab Province, Pakistan | 15-16 01 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Winter Trip to Murree with Malaysians | Kashmir Point | Murree Hills, Galliyat Tehsil | Punjab Province, Pakistan | 15-16 01 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Road Guide Yang Diedarkan Oleh Polis Tempatan di Murree | Winter Trip to Murree with Malaysians | Kashmir Point | Murree Hills, Galliyat Tehsil | Punjab Province, Pakistan | 15-16 01 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Sejuk Sehingga Ke Tulang Sum-Sum

Sampaikan ada ketika saya hanya berbekalkan jaket pejabat sahaja lantas menaiki pesawat TG ke Islamabad pada Oktober 2009.