[4 Photos & 1 Video] Dinner Pulao Rice, Musim Sejuk di Islamabad & Cili Hijau Potong Tak Pedas Langsung | Winter 2014 | Savour Foods Restaurant | Blue Area | Islamabad, Pakistan

Pulao Rice atau Nasi Pulao. Nasi yang dimasak dengan ghee (clarified butter) seumpama memasak nasi minyak tapi tidak berminyak. Di makan dengan ayam goreng rangup. Disulami dengan raita (nestle) dengan sedikit jintan putih, salad segar (tomato, timun dan lain-lain). Khusus untuk rakyat Malaysia, memang kena ada cili potong. Kalaulah ada kicap kipas udang, pasti lengkap.

[ 1 ] Dinner Time with Muzammir & Shaheen | Pulao Rice, Savour Foods Restaurant | Blue Area | Cold Spring 2014 | iPhoneography via iPhone5 | Islamabad, Pakistan | 28 02 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Ini bukanlah kali pertama saya singgah ke Savour Foods Restaurant di Blue Area. Dah berkali-kali rasanya. Biasanya saya bungkus sahaja. Saya pesan dengan driver saya. Dan biasanya saya akan beli 3 bungkus, satu untuk saya, satu untuk driver dan satu lagi untuk guard di depan rumah. Nasinya memang banyak. Dihidangkan dengan kebab sekali. Memang sedap. Lagi sedap bila saya padankan dengan cili padi tanam sendiri yang dipotong dan digaul sekali dengan kicap kipas udang. Memang syurga dunia seketika.

Kali ini saya singgah makan di Savour Foods terus. Dengan Muzammir dan Shaheen. Makan beramai-ramai memang seronok sekali kan. Makan pun kadang-kadang boleh siap bertambah-tambah. Nasinya memang sedap. Macam biasa saya akan meminta cili hijau potong. Cili hijaunya kadangkala pedas dan kadangkala tidak pedas langsung. Ikut nasib badanlah rasanya. Saya serius. Memang tak pedas langsung. Boleh gigit-gigit je cili hijau ni macam makan nasi.

[ 2 ] Dinner Time with Muzammir & Shaheen | Pulao Rice, Savour Foods Restaurant | Blue Area | Cold Spring 2014 | iPhoneography via iPhone5 | Islamabad, Pakistan | 28 02 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Dinner Time with Muzammir & Shaheen | Pulao Rice, Savour Foods Restaurant | Blue Area | Cold Spring 2014 | iPhoneography via iPhone5 | Islamabad, Pakistan | 28 02 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Dinner Time with Muzammir & Shaheen | Pulao Rice, Savour Foods Restaurant | Blue Area | Cold Spring 2014 | iPhoneography via iPhone5 | Islamabad, Pakistan | 28 02 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saksikan juga video yang saya ambil dengan iPhone5 di Savour Food Restaurant kali ini. Diupload di flickR dan embed ke sini. Harap-harap boleh click HD jika speed anda 15mbps (di Seoul). Sila jangan click HD jika speed anda masih lagi 2mbps (di Jasin) ya. Terima kasih

 

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.