Pulao Rice atau Nasi Pulao. Nasi yang dimasak dengan ghee (clarified butter) seumpama memasak nasi minyak tapi tidak berminyak. Di makan dengan ayam goreng rangup. Disulami dengan raita (nestle) dengan sedikit jintan putih, salad segar (tomato, timun dan lain-lain). Khusus untuk rakyat Malaysia, memang kena ada cili potong. Kalaulah ada kicap kipas udang, pasti lengkap.
Ini bukanlah kali pertama saya singgah ke Savour Foods Restaurant di Blue Area. Dah berkali-kali rasanya. Biasanya saya bungkus sahaja. Saya pesan dengan driver saya. Dan biasanya saya akan beli 3 bungkus, satu untuk saya, satu untuk driver dan satu lagi untuk guard di depan rumah. Nasinya memang banyak. Dihidangkan dengan kebab sekali. Memang sedap. Lagi sedap bila saya padankan dengan cili padi tanam sendiri yang dipotong dan digaul sekali dengan kicap kipas udang. Memang syurga dunia seketika.