Musim Sejuk di Pakistan ?
Semasa saya belum tiba di bumi Islamabad dahulu, saya juga seperti anda semua.
Tidak menyangka yang bumi Pakistan ini adalah sebenarnya mempunyai cuaca dan suasana empat musim.
Di sini ada musim panas, sejuk, bunga dan luruh, tidak lupa juga akan musim hujan seperti di Malaysia.
Musim-musim ini akan silih berganti tanpa jemu.
Hanya manusia yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan beroleh manfaat daripada kedatangan setiap musim di sini.
Sejuk Sehingga Ke Tulang Sum-Sum
Sampaikan ada ketika saya hanya berbekalkan jaket pejabat sahaja lantas menaiki pesawat TG ke Islamabad pada Oktober 2009.
Sesampainya di lapangan terbang, sejuknya ya amat.
Menyesal pula tidak membawa baju sejuk ketika itu.
Suhu pada malam 22 Oktober 2009 adalah dalam 2’c sahaja.
Sejuk mencengkam ke tulang lagaknya!
Suhu di sini pada musim sejuk memang agak sejuk boleh mencecah ke -2’c di malam hari.
Boleh kebas tangan jika tidak disarung dengan sarung tangan apabila berada di luar rumah pada malam hari.
Suhu Mencecah ke -10’c Di Malam Hari
Itu adalah kisah kira-kira dua tahun lepas semasa saya menjejakkan kaki ke bumi Islamabad ini.
Telah berlalu dua musim dingin.
Dan kali ini musim dingin datang lagi.
Semalam telah hujan di bumi Islamabad.
Seperti yang telah saya lakarkan sebelum ini, hujan adalah petanda awal akan pertukaran musim.
Sama juga pada kali ini, hujan adalah petanda pertukaran musim daripada musim luruh kepada musim dingin.
Musim yang sungguh sejuk sehingga mencecah -10’c di waktu malam.
Saya sukakan hujan dan suasana yang sungguh segar selepas hujan.
Abbottabad Telah Memutih Dengan Salji
Pada pagi ini, saya diberitakan oleh rakan saya di Abbottabad yang puncak gunung Nathiagali telah kelihatan memutih dengan salji.
Suasana sungguh sejuk di bumi Abbottabad.
Kalau anda rasa bumi Islamabad sejuk, sejuk lagi bumi Abbottabad sebenarnya.
Tahun lepas salji juga turun di Abbttabad. Jarak di antara Abbottabad dan Islamabad adalah hanya tiga jam perjalanan sahaja.
Saya selalu juga singgah untuk melawat rakan saya di Abbottabad. Kadangkala bermalam sekali di sana.
Turunnya Salji Di Pergunungan Galiyat
Maka bermulalah secara rasmi musim sejuk dan musim salji di kawasan pergunungan Galliyat.
Saya menjangkakan akan turun salji juga di Murree tidak lama lagi.
Saya suka akan suasana di awal musim salji, di mana tidak banyak salji yang turun.
Salji jika sudah tebal boleh jadi bencana sebenarnya.
Kenderaan akan susah bergerak di musim salji lebat.
Sejuk yang amat mencengkam tulang.
Sakit-sakit sendi dibuatnya, sakit kepala juga. nak bergerak pun susah juga.
Perlu memakai baju tebal, topi salji dan juga sarung tangan keluar rumah.
Hidup Berpaksikan Gas Heater
Musim sejuk di sini memang sungguh sejuk.
Di rumah saya memerlukan gas heater untuk memanaskan badan dan hawa di dalam rumah.
Tanpa gas heater memang tidak boleh hidup di dalam rumah.
Sejuk sekali.
Nak memasak pun kadangkala agak sukar kerana suasana sejuk di dapur.
Tukang masak saya telah lengkap berbaju sejuk dengan winter cap sekali!
Bayangkan jika kita memasak sup, apabila kita hendak menjamah sup tersebut, terus sahaja lemak sup mengeras dan melekat di bibir.
Dan ini berlaku di meja makan saya tatkala menikmati hidangan makan malam.
Kenangan Bermain Salji 2009
Mungkin hujung minggu ini saya akan singgah ke Nathiagali untuk menyaksikan permulaan suasana musim dingin di sana.
Mungkin juga saya akan bertemu dengan orang salji (snowman) yang ala-ala warga Pakistan seperti pada tahun 2009 dahulu.
Minta maaf kerana tiada kenangan bergambar semasa penulis bermain salji sekitar tahun 2009 kerapa komputer riba penulis telah hilang pada Ogos 2010.
Sayang betul tak berblog awal-awal.
Jika saya tidak bertangguh untuk berblog dengan cepat, pastilah saya akan ada gambar-gambar yang saya pernah ambil ketika pertama kali menjejakkan kaki untuk merasai nikmat Musim Sejuk di Murree.
“Mega mendung di angkasa, hembusan salji kian terasa!”
Nampak tak salji turun memutih di skrin komputer anda di blog saya?
4 responses to “[13 Photos] Hari Ini Adalah Hari Pertama Salji Turun di Pergunungan Murree | Winter 2011 | The Galliyat | Punjab Province, Pakistan”