Category Archives: Khyber Pakhtoonkhwa Province

[4 Photos] Don’t Hate Me Coz I’m Beautiful | Gujjars of Kaghan Valley & Their Colourful Mountain Goats | Summer 2011 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Ini patutnya entry untuk #WordlessWednesday or dalam bahasa melayu #TerkeduRabu. Tapi takpe, gua postkan juga entry bergambar ni ya. ramai reader yang suka tengok gambar kan? Ni kambing gurun ni. masa nak winter depa akan travel ke southern part of pakistan. Masa summer depa balik kg! kambing gurun yang bulu cantik ni pun kadang2 tak tahan sejuk wooo. Tapi memang lawa la kambing-kambing gurun ni siap dengan warna-warni lagi kan.

[ 1 ] Gujjars of Kaghan Valley & Their Colourful Mountain Goats | Summer 2011 |Kaghan Valley, Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | Naran Babusar Gilgit Hunza 2011 | 02-07 09 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Diperhatikan kambing-kambing yang diternak di kawasan ini memang sihat-sihat belaka. Mana tak sihatnya, kambing-kambing ini minum air glacier gunung, memang air mineral asli. Makan pula rumput-rumput segar pada musim bunga. Ala-ala penternakan kambing dan lembu fernleaf di New Zealand! Penternak dan gembala kambing biasanya akan mewarnakan kambing-kambing mereka dengan bermacam-macam warna untuk memudahkan mereka mengenali kambing-kambing mereka. Saya diberitau mereka ini akan merantau dengan kambing-kambing mereka ke Islamabad dan Abbottabad dari kawasan sejauh di Gittidas di Lembah Kaghan. Memang jauh!

Daun-Daun Pokok Maple Yang Bertukar Kemerahan, “Back-Lighting” Style Yang Penuh Keterujaan !

Entah kenapa penulis begitu teruja untuk merakamkan suasana musim luruh kali ini

Bukanlah pertama kali penulis menikmati musim luruh. Namun keterujaannya lain kali ini

Mungkin sebab dedaunan pokok maple yang indah di Burbhan cukup menarik perhatian

Musim luruh datang sekali dalam setahun. Dalam sebulan dua sahaja. Jangan dilepaskan !

Gambar di atas dirakamkan ketika matahari sedang meninggi di hotel PC Burbhan

Sinaran mentari memancar di belakang dedaunan pokok maple yang kemerahan. Cantik bukan?

Mungkin penulis akan meletakkan koleksi gambar-gambar Musim Luruh 2011 di sini nanti

Banyak juga gambar-gambar musim luruh yang dirakamkan kali ini. Yeay!

Loading

KaghanValley-BabusarPass-Gilgit-HunzaValley 2011 @ Part 1 – Perjalanan Dari Bumi Islamabad ke Mansehra, Pagi Yang Damai Sekali & Melalui Bandar Abbottabad Yang Terkenal

Macam dah lama pula penulis tidak menulis berkenaan dengan travelog yang panjang-panjang kan. Gambar memang banyak. Perjalanan pun memang jauh dah menarik belaka. Cuma masa dan ketika yang tiada. Kadang-kadang rasa malas mencengkam jiwa. Susah sebenarnya untuk konsisten berblog berkenaan dengan perjalanan hidup ini sebenarnya.

Kali ini penulis bersama dengan isteri telah menjelajah ke bumi Utara Pakistan. Ini adalah kali kedua untuk penulis dan kali pertama untuk isteri penulis. Kami bertolak dari Islamabad pada Hari Raya ke-3 yakni Hari Jumaat. Trip kali ini telah dirancang dengan lamanya selama lebih kurang 2-3 bulan sebelum tarikh bertolak. Kami pergi ke Utara Pakistan dengan menaiki Prado yang sama seperti tahun lepas, dan lebih menarik dipandu oleh pemandu yang sama seperti pada Julai 2010 lalu.

Penulis tidak sanggup untuk mengambil risiko untuk bertukar kenderaan malah bertukar pemandu. Bagi kami, pemandu pada tahun lepas cukup bagus dan tahu akan kehendak kami ketika dalam perjalanan. Nantilah kalau ada masa, penulis akan berbicara tentang tips memilih pemandu jika mahu berkelana di bumi Pakistan ini ya.

[8 Photos] Aircond Takde Hati Panas Membara, Stuffy Dalam Flight PIA PK451 Islamabad-Skardu & Pemandangan Indah Lagi Menakjubkan Nanga Parbat di Kaghan Valley | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | Day 1/4 Part 2

Macam dalam entri sebelumnya yang saya dah bagi tahu kan, penerbangan flight PIA PK451 ni dari Islamabad ke Skardu ni akan mengambil masa tak sampai pun 1 jam. Sila pastikan anda memakai talipinggang masing2 kerana kita akan berlepas sebentar lagi. Minta maaf di atas kesulitan tiadanya aircond tadi. Loadshedding meh! Hampeh je kan. Haha

[ 1 ] That Is Nanga Parbat or The Killer Mountain, No 9 Highest Mountain In The World | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Spectacular View of the Mountains at Kaghan Valley | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Macam yang saya bagitau tadi, masa mula-mula lagi bila saya beli ticket, dalam buku Lonely Planet Guide Book to Pakistan dia ada bagitau kalau nak beli ticket Islamabad ke Skardu, make sure beli ticket duduk kat seat belah kanan. sebab nanti akan ada pemandangan yang sungguh amazing, jaws dropping, tersengih dan sebagainya. Sekali memang betul daaaaaaa. Memang puas hati jugak la naik flight kali ni sebab saya tak pernah naik flight dengan pemandangan ke arah rooftop of the world tuh.

Deadliest Journey – Travelling Along the Road from The Remote City of Dir to The Mountainious City of Chitral via Lowari Pass

perghhhhh hangpa tengok la perjalanan dari bandar Dir ke Chitral (150 miles Lowari Pass) bawah ni

ni antara episod dalam rancangan Deadliest Journeys kat TV nun

memang scary, memang menakutkan. seriaaaau beb kalo dok sebelah tingkap ngadap gaung tuh

ni baru sket ni. hangpa belum lagi pi jelajah ke Karakoram Highway yang lagi la scary woooo

kalau aku memang tak berani la nak naik jeep ataupun multi-coloured trucks ni kan

ni antara sebabnya yang aku malas la nak pergi ke northern area pakistan via karakoram lagi

memang cukup menakutkan bro. cukuplah sekali melaluinya kan. hehe 🙂

kalau siapa2 nak ke northern pakistan melalui swat valley ataupun melalui chitral mmg akan melalui lowari pass ni

last year masa aku singgah ke northern pakistan memang nyaris2 nak melalui babusar pass

walaupun takla sehebat lowari pass, namun masih menakutkan wooooo

Loading