Category Archives: Khyber Pakhtoonkhwa Province

10 Tips Untuk Dapat Gambar Travel Yang Mengasyikkan & Puas Hati Dengan Kualiti Gambar Travel

ramai orang suka pergi jalan-jalan

tak kiralah jalan-jalan cari makan ke, jalan-jalan melancong

ramai orang ingat jalan-jalan ni memerlukan banyak wang ringgit

sebab itu tak ramai yang nak jalan-jalan aka travel

ramai orang suka ambil gambar

tapi tak ramai yang suka dengan gambar sendiri (setelah pulang dari jalan-jalan)

ramai orang suka tengok gambar jalan-jalan orang lain

tapi tak ramai orang yang berusaha lebih sedikit untuk mengambil gambar (macam orang lain di atas)

justeru. meh sini aku bagi 10 tips nak ambil gambar travel

tidak. aku travel tak pakai dSLR. aku hanya ada iPhone4 dan digicam Sony sahaja

kadang-kadang ianya bukan sebab kamera, tapi sebab tangan yang memegang kamera ya. hehe 🙂

1. ambil gambar dari angle semut merah – korang pernah tengok semut? kecil je kan. kalau biasanya kita snap pic dengan tangan ke atas, cuba kali ni amik digicam. turunkan sket, nak meniarap pun ok. pastu snap gambar dari level semut. level rumput pun ok. gambar bangunan akan jadi lebih besar. gambar yang tinggi lutut je akan jadi seperti gergasi. memang bukan level mata kasar. gambar korang pasti akan dabomb!

Lembah Swat Yang Sungguh Indah Di Musim Bunga 2011

bila aku tengok video yang Express247 tayang pasal Swat Valley dalam musim bunga ni terus teringat kat trip aku ke Northern Pakistan tahun lepas. memang best wooooo. mana tak best, trip 6H5M yang sungguh mencabar merentasi ke Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai. kali ni aku nak pergi ke Swat Valley plak la. kalau ada rezeki sampai la ke sana June ni kan. hehe 🙂

Dulu Lembah Swat ni memang aman damai. Memang ramai yang datang melawat. Sekali bila sampai perang dengan Taliban, terus Taliban kuasai Lembah Swat ni. Aku check gambar-gambar di FlickR memamg lawa-lawa la gambar kat Lembah Swat ni tau. Adessssss geram la plak nak singgah ke Northern Pakistan ni kan. hehe 🙂

Loading

Islamabad Telah Mula Hujan, Pergunungan Murree Telah Mula Bersalji | Murree & Islamabad | Punjab Province, Pakistan

perghhhh aku mmg sentiasa la letak weather widget kat desktop ni kan

aku perasan now dah mula hujan di islamabad, dan hujan rahmat ni

winter di islamabad mmg winter yang menyesakkan sebab dusty winter

xde salji tapi penuh berabuk, pokok2 pun berabuk wooooo

so bila dah hujan, lega la sket kan. hujan juga petanda yang salji dah mula turun di murree

murree ni 1 jam perjalanan dari islamabad, dekat je. mmg aku singgah last year nak main snow

so tahun ni pun mungkin akan singgah lagi, nak tidur kat pc bhurban la plak kan hehe 🙂

Loading

Menanti Salji Turun Di Murree, Nathiagali – Terasa Seperti Mahu Menari Ala2 Boney M Dengan Tarian Kapak Metal Versi Lagu Daddy Cool !

perghhhh kejap je dah masuk bulan november dah kan. dah nak habis bulan november pun sebenarnya

lagi dua bulan nak nikah, banyak giler benda x buat lagi ni. haru biru ni. hehe

tapi xpe sementara nak balik malaysia kita layan dulu lagu boney M daddy cool ni

kat bawah ni daddy cool versi atas salji, pakai baju tebal giler buat stylo sambil mengapak member sebelah

memang cool giler sebab ni version ala2 metal gitew. mmg sungguh cool dengan tarian ala2 rock kapak

bukan mcm rock kapak mendayu, tapi style menari sebenar menggunakan kapak ke kanan dan kiri

jangan segan untuk mencubanya di rumah ya. tiada siapa nak larang, hehe 🙂

kat bawah ni daddy cool version metal siot. mmg ala2 metallica pun ada gak ni hehe

tak lama lagi akan tiba musim salji di pakistan. dekat je kalau nak main salji kat sini

drive dlm 1.5 jam dah sampai ke murree dan nathiagali. tahun ni mcm winter lambat la sket turunnya

snowfall aku rasa akan berlaku dalam end of december nanti kot. so seswai la nak pergi ke murree

Islamabad – Rawalpindi – Taxila – Hassan Abdal – Haripur – Havelian – Abbottabad – Mansehra – Battagram – Thakot Bridge – Besham – Pattan – Komila/Dasu – Shatial – Chilas – Raikot Bridge – Jaglot – Thalichi – Gilgit – Naltar Valley – Danyore Valley – Minapin – Karimabad – Hunza Valley

ini adalah project jalan2 terbaru. bakal menjelma dalam sedikit masa lagi

bukannya dekat tuh dowh ! dalam 1,200 km jugak la. dengan glaciers/tanah runtuh segala bagai

siapa la nak drive jauh2 tuh kan. semua flight ticket dah habis ditempah sampai ke puasa

so nak tak nak, kena la jugak drive nak sampai ke area gilgit / hunza neh kan. hehe 🙂

Loading