Macam dalam entri sebelumnya yang saya dah bagi tahu kan, penerbangan flight PIA PK451 ni dari Islamabad ke Skardu ni akan mengambil masa tak sampai pun 1 jam. Sila pastikan anda memakai talipinggang masing2 kerana kita akan berlepas sebentar lagi. Minta maaf di atas kesulitan tiadanya aircond tadi. Loadshedding meh! Hampeh je kan. Haha
Macam yang saya bagitau tadi, masa mula-mula lagi bila saya beli ticket, dalam buku Lonely Planet Guide Book to Pakistan dia ada bagitau kalau nak beli ticket Islamabad ke Skardu, make sure beli ticket duduk kat seat belah kanan. sebab nanti akan ada pemandangan yang sungguh amazing, jaws dropping, tersengih dan sebagainya. Sekali memang betul daaaaaaa. Memang puas hati jugak la naik flight kali ni sebab saya tak pernah naik flight dengan pemandangan ke arah rooftop of the world tuh.
So antara tips paling berguna, masa book ticket, make sure minta seat belah kanan kalau ke Skardu ya!
Masa melalui kawasan pergunungan ni, pilot akan buat annoucement, so semua akan toleh-toleh ke tingkap. Dengan dSLR masing2 semua cuba nak merakam sebaik mungkin gambar Nanga Parbat ni. Memang lawa seh. Tak pernah lagi saya nak flight dengan pemandangan macam ni kan. Kat pakistan some more hokey! Memang lawa. Tak dapat saya bayangkan betapa lawanya alam kejadian Ilahi kali ni. Memang mata tak lekang menatap cermin flight masa ni. Kalau korang pun memang korang akan terpana, terpukau lantas tak tercapai akalmu. hehe 🙂
Ni nama gunung dia ialah Nanga Parbat atau dikenali juga sebagai the Killer Mountain. Memang tinggi. No 9 tertinggi di dunia. Kalau nak check details ketinggian, siapa pernah naik, bila boleh naik bagai semua sila google sendiri ya. Tak kuasa la saya nak bagi details kat sini. Sila jangan malas. Haha. Tapi memang tinggi la gunung Nanga Parbat ni. Umpama ternganga melihat Nanga Parbat *rhymes kan*. Salji menutupi gunung ni sepanjang tahun. So memang sentiasa mode snow-capped mountains la kat sini. Memang hebat pemandangan dan alam ciptaan Ilahi kan. Hanya manusia sahaja yang jarang mensyukurinya *Mode imam muda*. Tengs!
Yang kat atas warna hijau tuh ialah tasik Saiful Muluk atau pun jheel (tasik) Saif-ul Malook dalam bahasa urdunya. memang lawa tasik ni. Now tengah summer tuh yang kaler air dia warna hijau je. Last year masa saya pergi tasik ni, masa tuh 80% tasik dipenuhi dengan salji dan glacier lagi. So kaler air dia masa winter ialah biru turqoise gitew. Memang menawan kalbu. Memang ternganga hokey. Kalau tak percaya, sila tempah tiket ke Islamabad dan akan saya bawa kalian ke sana.
Ni antara snap or pictures Nanga Parbat or pergunungan di Lembah Kaghan atau Kaghan Valley yang terbaik saya boleh tangkap. Ala pakai iPhone4 je pun bukannya 5DMII hokey. So kena la edit sket gambar tuh kasi mode cun melecunz meletopz kan. Hehe :). Saya nak print gambar ni dah simpan buat kenangan pergi ke Skardu. Masa balik awan putih memenuhi ruang angkasa so tak nampakla Nanga Parbat masa balik. Tapi takpe we all dah puas menatap gunung no. 9 tertinggi di dunia ni masa pergi Skardu tadi. Hehe 🙂
Masa nak sampai tuh pilot buat announcement yang suhu di Skardu ialah 32’c. What the ? Kami hengatkan suhu kat Skardu dlm 20’c macam tuh kan. Dah la Islamabad dalam 45’c. So panas giler, tujuan kami singgah Skardu ni nak lari dari kepanasan semua. Sekali lebih kurang sahaja. Hehe 🙂
Travelogue seterusnya pasal ketibaan we all ke lembah padang pasir Skardu. Tungggguuuu!
Catatan Pengalaman Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 bersambung lagi di edisi selepas ini ….. sabar ya !