Category Archives: Khyber Pakhtoonkhwa Province

Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV)

ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series

hehe enjoy!

– – – – –

No 11/40 – Oren Khanpur Yang Betul2 Warna Oren, Terbaek Dari Ladang

macam yang aku ceritakan, pemergian aku ke ladang oren mmg sebenarnya tidak dirancang. aku main belasah je sebenarnya. nak pergi ke empangan khanpur sekali nampak banyak giler oren kat tepi jalan. aku tanya la mana ladangnya, terus ke ladang. sekali peladang bagitau boleh bayar sket pastu boleh petik sendiri oren. perghhhh best wooooo

– – – – – – – – – –

No 12/40 –Jambatan Khanpur, Sungai Khanpur Yang Kering Kontang Semasa Musim Sejuk

jambatan ni kalau korang perasan mmg panjang siot. sungai kat bawah dia tuh nama dia sungai khanpur. takde air langsung sebab winter. memang kering kontang giler ah. ada aktiviti mengambil pasir sungai adjer kat situ. pemandangan menaiki van or trak mcm tuh mmg biasa kat sini. depa kata naik vana berjemaah lagi afdhal hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 13/40 –Pancuran Air di Waktu Malam Di PC Bhurban Hotel

Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV)

hehe aku dah empat bulan berada di bumi pakistan ni

aku rasa dah sampai masa aku buat compilation gambar2 menarik (bagi aku la) pasal pakistan ni

there’re so many other things about pakistan yang anda semua tidak tahu di malaysia

banyak lagi perkara2 berkenaan negara ini yang sengaja tidak dihebahkan di media

kita tinggalkan seketika situasi cemas di pakistan, kita layan dulu gambar2 yang aku amik kat pakistan

aku akan buat blog posting dalam 4 series. 1 series ada dalam 10 gambar

aku akan ceritakan sedikit cerita di sebalik gambar2 tersebut.

semoga bermanfaat ya !

– – – – – – – – – –

No 1/40 – Saujana Mata Memandang Pergunungan Kashmir di Hotel PC Bhurban

gambar ni aku amik masa bercuti ke bhurban. dok kat pc bhurban. sampai je mmg aku terpegun la dengan pemandangan saujana mata memandang ke arah pergunungan azad kashmir. memang superb wa cakap lu. tengah snow cap mountains dia yang cantik. semua ni boleh nampak daripada balkoni or bilik kat hotel ni. memang berbaloi2 la stay kat sini walaupun agak mahal rate hotel dia kan. aku akan singgah lagi ke sini masa summer nanti. hehe 🙂

Saujana Mata Memandang, Pemandangan Jauh Ke Arah Pergunungan Azad Kashmir (Himalaya) Yang Dilitupi Salji

siapalah yang tak teruja dapat menikmati pemandangan indah sebegini kan

memang saujana mata memandang. suasana yang sungguh mendamaikan

tak pernah aku dapat view mcm ni sebelum ni. hehe 🙂

direct from your hotel room. mmg superb la kan. bangun pagi terus nampak view mcm ni

click sini kalau nak view yang lebih besar. seluas pandangan mata

yang pasti aku mmg akan kembali la ke resort neh nak tengok view ni lagi

jalan ke resort agak bahaya juga dengan tanah runtuh, salji yang belum mencair walau seminggu berlalu

tuh belum hujan lebat lagi. surelah akan lagi banyak tanha runtuh kan. hehe 🙂

kalau salji tebal sangat pun x leh nak pergi ke resort ni tau

Loading

[21 Photos] Memetik Oren di Ladang Oren Khanpur (Daerah Haripur), Biji Gandum Yang Masih Hijau & Oren Pakistan Yang Kemerahan | Ladang Oren Khanpur | Winter 2010 | Punjab Province, Pakistan

Pernahkah anda terlintas yang Pakistan mempunyai ladang oren yang maha luas?

Saya seperti juga rakan-rakan rakyat Malaysia yang lain tidak terlintas di hati yang Pakistan sememangnya mempunyai ladang oren. Malah saya juga tidak tahu yang Pakistan sebenarnya adalah negara yang mempunyai empat musim sehinggalah saya menjejakkan kaki ke bumi Islamabad pada Oktober tahun lepas. Memang luas ladang oren yang saya singgahi kali ini. Penuh dengan buah oren yang masak ranum sungguhpun sudah sampai ke penghujung Musim Sejuk.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran di Pakistan adalah bermusim. Justeru jika mahu makan oren, paling sesuai ialah pada musim sejuk. Musim sejuk di sini biasanya berlangsung pada Oktober hingga ke Mac setiap tahun. Kalau terlepas menikmati buah oren yang masak ranum sebegini, jawabnya kenalah tunggu pada Musim Sejuk tahun hadapan sahaja. Pakistan tidak akan import buah oren dari negara luar ya.

[ 1 ] Pintu Masuk Ke Ladang Oren Khapur | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[1 Gambar & 1 Video] Salji Sudah Mula Turun Di Pergunungan Murree & Nathia Gali | Pakistan

Semalam saya tengok berita dah turun snow la kat area murree

Kat samaa news pun ada juga.

Sudah berkira-kira untuk singgah ke Murree hujung minggu ini.

Day trip rasanya kot. Malas nak duduk lama-lama dan membeku di Murree.

Depa bagitau kalau nak stay hotel, better choose hotel pc bhurban

Saya dah check website memang sungguh gah hotel ni, service tak tahu lagi la kan. hehe 🙂

Click kat gambar atas nak tengok banyak lagi ok.

Tapi tak pasti mahu singgah atau tidak ke Murree kali ini.

Rasa macam malas pun ada sebenarnya. Malas dek kerana suhu sejuk beku di sana.

Sekarang, mana pula perginya sarung tangan musim saya ya ?

Loading