[4 Photos] Salam Aidiladha | Bakra-Eid Mubarak ! | Bakra Mandi | Islamabad, Pakistan

Salam Aidiladha dari bumi Islamabad, Pakistan. Sambutan Aidiladha di sini dikenali juga sebagai “Bakra Eid”. Bakra adalah haiwan ternakan. Kita biasa menyebut sebagai Hari Raya Korban sahaja. Di sini biasanya Pakistan akan gazette cuti selama 3-4 hari. Memang lama dan sambutan Aidiladha di sini memang agak meriah. Di mana-mana sahaja akan kita ketemu dengan haiwan-haiwan ternakan untuk dijadikan korban pada Hari Raya Aidiladha nanti. Kambing-kambing banyak kelihatan di rumah-rumah juga. Hatta di rumah sendiri. Saya biasa melihat tuan rumah membeli kambing dan memberi makan selama seminggu di laman rumah. Bila tiba Hari Raya Aidiladha, tuan rumah akan menjemput tukang sembelih untuk diberi upah menyembeli binatang korbannya. Di Pakistan, permintaan untuk tukang sembelih adalah amat tinggi pada musim-musim sebegini.

[ 1 ] Bakra Mandi (Animal Market) at Night | Eve of Eid-ul Azha Mubarak | Autumn 2012 | Bakra Mandi Near I-10 & METRO | Islamabad, Pakistan | 25 10 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Roti Canai Banjirrrrr Saatuuuuu! | Syed Nasi Kandar, Lucky Garden | Bangsar, KL MY

Live Update: 15 Oct ’12, 3.27am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

Tiada kata sechantek bahasa. Tiada kata2 yang dapat diungkap tatkala dapat pulang ke tanahayer sendiri. Dapat menikmati juadah sebegini. Oh! Syurga dunia lagaknya. Percayalah hidangan sebegini lebih dirasai kenikmatannya apabila kita menerobos ke ruang lingkup udara luar tanahayer terchenta. Terjunan stratosfera telah berjaya. Tahniah Felix! Jika anda di Malaysia, pasti disanjung bak pahlawan. Terjun di atas awan. Boleh sawan!

Loading

[1 Photo] Yummilicious Red Apricots of Skardu Valley | Summer 2012 | Kachura Lake, Shangrila Skardu | Gilgit-Baltistan, Pakistan

These juicy red apricots are yours when you check-in at the Shangrila (Heaven on Earth) Hotel at the Lower Katchura Lake, Skardu. No words can describe how fortunate I am to taste these fruits. Apricots are like gold in this Baltitan Region (Little Tibet). Apricots are everywhere. Apricots are like Bananas in Malaysia. You can find every house with their own apricot trees. The Balti People even dried these apricots and make apricot soups in winter!

[ 1 ] Red Apricots of Skardu Valley | Summer 2012 | Shangrila Skardu Orchard | Near Lower Kachura Lake | Skardu Valley | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 23 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Loading

Laksa Penang di Mirpur Mathelo | Ghotki District, Sindh Province, Pakistan

Live Update: 11 Sep ’12, 9.26am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

Siapa sangka kami akan dihidangkan dengan laksa di kawasan terpencil sepencil Mirpur Mathelo. Setelah beberapa kali percubaan akhirnya kami berjaya mengajar tukang masak tempatan untuk membuat laksa. laksa penang lagi! Cukuplah untuk melepas rindu untuk menjamah authentic malay cuisine lagaknya. hehe 🙂

Loading

Punyalah Jauh Merantau, Maggi Kari Jugak Yang Dibelasahnya | Shigar Fort Residence, Shigar Valley | Gilgit-Baltistan, Pakistan

Live Update: 6 Sep ’12, 12.30pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

perghhhhhhh setelah dekat seminggu tak makan pedas, akhirnya berjaya juga makan pedas. Sedap betul maggi kari ni makan panas2 pagi2 macam ni. Makan tepi sungai bawah pepohon anggur plak tuh kan. Memang heaven!

Loading