Pengalaman Ngeri di Airport Skardu | Gilgit-Bastistan, Pakistan

Live Update: 2 Sep ’12, 10.08am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

alhamdulillah saya dan isteri selamat sampai ke islamabad dengan selamat setelah menempuh ketidakpastian tiket selama 48 jam di airport skardu. keadaan agak meruncing dan ramai orang terutamanya pelajar telah merusuh di airport. tiket adalah terhad. kami terpaksa tanggukan kepulangan sehari lewat apabila gagal mendapatkan seat walaupun tiket telah saya confirm pagi tersebut. sungguh menakutkan berada di dalam airport yang kucar-kacir, pengurusan kaunter check-in yang kelam kabut, rusuhan di luat airport, tingkap kaca pecah, askar dan polis berkawal di mana-mana. ngeri! taubat saya tak nak lagi ke utara pakistan dengan PIA. biarlah kita melalui jalan darat dengan prado sahaja, paling kurang kita masih dapat mengawal waktu perjalanan. nantilah saya coretkan dengan panjang lebar pengalaman ngeri ini.

Loading

Tasik Sadpara Yang Menghijau Dek Cairan Air Glacier Yang Teramat Sejuk | Skardu, Gilgit-Baltistan, Pakistan

Live Update: 29 Aug ’12, 7.39am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK

Ini kali ke-3 saya berkunjung ke tasik Sadpara ini. Warnanya memang cantik dan menawan. Tahun lepas terdapat pembinaan empangan hidro di sini. Airnya adalah dari salji yang mencair di Deosai Plateau. Saya juga pernah singgah ke Deosai Plateau, dan air salji cair di sana memang sungguh sejuk. Kaki saya boleh bertahan untuk beberapa minit sahaja, itupun untuk koleksi bergambar di dataran kedua tertinggi di dunia selepas dataran Tibet.

Loading

[2 Photos] The Old Rajah Palace, Aga Khan Foundation & New Serena Hotel | Summer 2012 | Hotel Khaplu Palace & Residence, Khaplu Valley | Gilgit-Baltistan, Pakistan

Saya kini berada di hotel Khaplu Palace & Residence, Lembah Khaplu, Gilgit-Baltistan, Pakistan.

Perjalanan dari Shangrila Skardu ke Khaplu mengambil masa dalam 3-4 jam, bergantung kepada keadaan jalan dan cuaca.

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.

Risau juga takut-takut ada halangan seperti tanah runtuh di sepanjang perjalanan.

Hotel ini sebenarnya adalah sebuah kubu lama yang telah dibaikpulih oleh Aga Khan Foundation dan dijadikan hotel.

Kubu yang berusia lebih kurang 200 tahun ini telah berjaya dibaikpulih pada 2010 dan kini telah diuruskan oleh Serena Hotel.

Setiap hasil daripada perkhidmatan hotel akan disalurkan terus kepada usaha-usaha untuk membaik-pulih kubu Khaplu ini.

Usaha Aga Khan Foundation ini haruslah dipuji.

Dengar cerita hasil pembaikan kubu lama ini telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa seperti anugerah UNESCO.

Nantilah kalau ada banyak masa akan saya coretkan sedikit pengalaman saya menginap di lembah Khaplu dah di hotel Khaplu Palace & Residence ini. Jangan tak tau segala pinggan mangkuk di restoran Serfar Khar menggunakan seramik pilihan “custom-made” daripada China Bone (CB)!

Loading

Video – The Dangers and The Impact of the Latest Amendments to Malaysia’s Evidence Act 1950, Section 114A, Not Only to The Tech Community But Even the Ordinary Aminah.

Perlu ke Akta sebegini?

Ada banyak lagi la akta2 yang lain yang perlu digubal.

Fokus la pada masalah ekonomi ke, sosial ke. Damn!

Loading

Kenangan Anda, Saya & LEGO – LEGO Kini Telah Berusia 80 Tahun!

Suatu ketika dahulu LEGO adalah permainan kesukaan saya

Bagaimana dengan anda? Pernah bermain dengan LEGO?

Tahukah anda yang LEGO telah berusia 80 tahun pada tahun ini?

Ya benar! LEGO telah mengharungi usia emas kali ini.

Sempena dengan usia emas 80 tahun LEGO, syarikat LEGO telah menerbitkan filem pendek di atas. Terima kasih LEGO. Anda telah berjaya mewarnai kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia. Kami lebih berimaginasi selepas bermain dengan LEGO (cewaaahhh!).

Jangan tak tahu akan ada Taman Tema berinspirasikan LEGO yang bakal dibuka di Johor pada September 2012 ini. Dengar ceritanya tiket pun telah hampir habis terjual. Kempunanlah saya untuk melawat taman tema tersebut bulan hadapan. Bukan kerna tiket habis, tetapi kerna saya tidak akan berada di Malaysia pada bulan hadapan. Jika anda melawat taman tema LEGO di Johor, sila instagramkan gambar-gambar anda untuk tatapan saya dan isteri 🙂

Suatu nostalgia yang tidak perlu diperkenalkan lagi, suatu sejarah tersendiri

Loading