Category Archives: Pakistan

[19 Photos] Kambing Golek Tea Party, Beef Chillies Fried Rice Kim Mun & Kambing Golek Tak Masak-Masak Selepas 4 Jam Digolek | Spring 2011 | Asri’s House, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan

3 April 2011.

Musim bunga di Islamabad.

Anda pernah merasa masak sendiri kambing golek ?

Susah sebenarnya nak menggolek kambing ni tau. Bukan senang. Inilah kali pertama saya dan Asri ingin menganjurkan makan-makan di Islamabad. Semuanya bermula apabila Asri telefon saya. Beliau nak buat makan-makan. Saya kata kena ada “something special”. Kambing golek! OK juga ada kambing golek kan. Bak kata orang putih selepas itu “the rest is history”.

[ 1] Shaheen Akhtar, Kolonel Roslan dan Asri Ismail Bertungkus Lumus Menyelamatkan Kambing Golek Yang Tak Masak-masak Setelah 4-5 Jam Digolek Mesra | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tak Cukup Beehoon Goreng 

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. iPhone saya berbunyi.

“Eh! Zam. Beehoon yang aku goreng ni macam tak cukup la. Masalah karo!” ujar Asri cemas.

“La. Macam mana boleh tak cukup? Kan dah budget semalam.” jawab saya (dalam nada kurang cemas).

“Beehoon ni tak cukup ni Zam. Rasa macam kena beli lagi ni” Asri mencelah.

“Adesssss. Mana ada kedai bukak der pepagi ni. Tapi takde. Nanti aku fikir macam mana.”

[14 Photos] Membeli Karpet Buatan Tangan di Pakistan, Biar Menyesal Membeli & Lembutnya Karpet-Karpet Kat Sini | Tips Membeli Karpet Di Pakistan | Afghan Carpet Shop, The Centaurus Mall | Winter 2014 | Islamabad, Pakistan

“Murah ke karpet di Pakistan ?” tanya rakan-rakan di Malaysia.

“Murah la jugak. Tapi takdelah murah macam RM100-200, mestilah lebih daripada itu.”

“Kat sini majority carpet nya adalah hand-made dan lembut. Jadi harga memang berpadanan dengan qualitinya.”

“Masih jauh lebih murah daripada di Malaysia ya.” jawab saya.

Ramai betul yang bertanya tentang perihal karpet di Pakistan. Ya memang murah. Murah daripada di Malaysia. Definisi murah adalah pelbagai ya. Murah tidak semestinya RM100-200. Kalau RM500 pun masih lagi murah, kerana jika di Malaysia, ianya akan jadi berganda-ganda sehingga RM1,000-4,000. Namun saya sukakan karpet-karpet di sini. Saya juga ada membeli beberapa karpet untuk koleksi sendiri. Memberi karpet dah jadi semacam “therapy” sebenarnya. Seronok melihat pelbagai jenis karpet.

[ 1 ] Shopping for Carpets Made in Pakistan, Iran, Uzbekistan etc | Winter 2014 | iPhoneography Adventure Trail | Afghan Carpet Shop, The Centaurus Mall | Islamabad, Pakistan | 24 02 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

“Zam. Biar menyesal membeli”.

Itulah pesan ex-boss saya di Pakistan suatu ketika dahulu.

Terkebil-kebil saya apabila pertama kali dibawa ke sebuah kedai karpet di Melody Market.

[19 Photos] Platform Bridge Yang Menggerunkan, Budak Sekolah di Battagram & Warga Pashtun di Alai Valley | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 8

Battagram. Mendengarkan namanya sahaja telah membuat saya teruja untuk singgah ke pekannya. Saya sepatutnya telah singgah dan menginap di Battagram pada Travelog Utara Pakistan pada 2010. Namun, segalanya tidak menjadi. Kami hanya melalui Battagram. Ya. Hanya lalu sahaja. Tidak singgah langsung. Mustahil tiada apa-apa yang boleh dipelajari di pekan kecil yang pelik namanya ini. Tetapi pada tahun 2013, saya telah berazam untuk memasukkan Battagram di dalam ititenari perjalanan Travelog Hunza Attabad Khunjerab Babusar 2013.

[ 1 ] Platform Bridge & Warga Pashtn di Battagram | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

Battagram adalah bandar di dalam Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa. Ini adalah bandar besar terakhir yang kita akan lalui di dalam wilayah ini. Selepas Battagram kita akan memasuki Wilayah Indus Kohistan. Terdapat satu jambatan yang dinamakan sebagai “Friendship Bridge” yang memisahkan kedua-dua wilayah ini. Entah kenapa saya rasa teruja apabila memikirkan yang kami akan singgah di Battagram. Walaupun saya tidak tahu apa sebenarnya akan saya lalui di sini. Selepas makan pagi di Abbottabad, kami memecut laju merentasi Lebuhraya Karakoram kembali.

[39 Photos] Berpiknik Di Stesen Keretapi, Muzium Keretapi Golra Sharif Oleh British Raj 1882 & Gadis Comel Red Riding Hood | Winter 2012 | Golra Sharif Railway Station, Sector E-11 | Islamabad, Pakistan

Pada pagi 14 Januari 2012, ketika Islamabad masih lagi diselubungi dengan kabus musim sejuk yang kering, saya mengajak beberapa rakan-rakan warganegara Malaysia untuk singgah dan berpiknik di Stesen Keretapi Golra Sharif. Terletak di Sektor E-11, stesen keretapi ini adalah 1 jam perjalanan sahaja dari rumah saya di Sektor F-7/4. Musim sejuk yang dingin beku. Waktu pagi pula tu. Memang terketar-ketar lah sewaktu keluar dari kereta setibanya di Stesen Keretapi Golra Sharif ini.

[ 1 ] Papan Tanda Station Golra Sharif Yang Bersejarah | Weekend Visit to See The Train | Winter 2012 | Golra Sharif Railway Museum | Golra Sharif, Sector E-11 | Islamabad, Pakistan | 14 01 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Stesen Keretapi Golra Sharif ini telah dibina sekitar tahun 1882 oleh British Raj atau Kerajaan British pada ketika itu. Pakistan dan India masih lagi satu kawasan jajahan oleh British. Saya lihat stesen keretapi ini agak cantik dan bersih. Terdapat sebuah muzium keretapi di sini. Muzium ini dibuka setiap hari. Namun anda perlu memberitahu Station Master untuk melawat dan mendapatkan kunci muzium. Station Master Office hanya bersebelahan sahaja dengan bangunan utama di sini. Ini bukan pertama kali saya datang ke sini. Ini adalah kali ketiga saya singgah ke sini. Itu yang saya tahu akan hal dan perihal pembukaan stesen keretapi dan muzium keretapi di Golra Sharif ini.

[22 Photos] Mendarat Di Airport Skardu (KDU), Panasnya Kat Skardu Ni! & Padang Pasir Rupanya Kat Sini | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | Day 1/4 Part 3

Alhamdulillah setelah 45 minit di udara, kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Skardu di Utara Pakistan. Skardu terletak di dalam Wilayah Gilgit-Baltistan. Berdekatan dengan Tibet di China. Lapangan terbang ini terletak bersebelahan dengan gunung-ganang yang masih lagi dilitupi salji memutih. Pilot memberitahu suhu di Skardu adalah 30’c. Hah! Panas tu. Ingatkan suhunya bawah 15’c di Skardu. Baru rasa nak lari daripada suhu yang panas membahang 48’c di Islamabad.

[ 1 ] Airport Yang Dikawal Ketat Oleh Askar Pakistan. Askar tersebut Bukan Melambai Mengucapkan Selamat Datang ke Skardu. Tetapi Dia Melambai Memberi Amaran Supaya Jangan Mengambil Gambar di Lapangan Terbang Skardu | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Semasa mendarat saya dapati juruterbang begitu berhati-hati. Seriau sebenarnya masa mendarat tadi. Inilah kali pertama saya singgah ke Skardu melalui Pakistan International Airlines (PIA). Pada 2010 saya telah singgah ke Skardu melalui jalan darat, dari Jaglot (Gilgit) ke Skardu melalui Karakoram Highway. Perjalanan yang penuh berliku, selama berjam-jam, dengan pengalaman tanah runtuh dan sebagainya telah dipendekkkan dengan hanya 45 minit perjalanan melaui pesawat PIA Islamabad-Skardu (ISB-KDU).