Tag Archives: malaysians at skardu

[22 Photos] Mendarat Di Airport Skardu (KDU), Panasnya Kat Skardu Ni! & Padang Pasir Rupanya Kat Sini | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | Day 1/4 Part 3

Alhamdulillah setelah 45 minit di udara, kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Skardu di Utara Pakistan. Skardu terletak di dalam Wilayah Gilgit-Baltistan. Berdekatan dengan Tibet di China. Lapangan terbang ini terletak bersebelahan dengan gunung-ganang yang masih lagi dilitupi salji memutih. Pilot memberitahu suhu di Skardu adalah 30’c. Hah! Panas tu. Ingatkan suhunya bawah 15’c di Skardu. Baru rasa nak lari daripada suhu yang panas membahang 48’c di Islamabad.

[ 1 ] Airport Yang Dikawal Ketat Oleh Askar Pakistan. Askar tersebut Bukan Melambai Mengucapkan Selamat Datang ke Skardu. Tetapi Dia Melambai Memberi Amaran Supaya Jangan Mengambil Gambar di Lapangan Terbang Skardu | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Semasa mendarat saya dapati juruterbang begitu berhati-hati. Seriau sebenarnya masa mendarat tadi. Inilah kali pertama saya singgah ke Skardu melalui Pakistan International Airlines (PIA). Pada 2010 saya telah singgah ke Skardu melalui jalan darat, dari Jaglot (Gilgit) ke Skardu melalui Karakoram Highway. Perjalanan yang penuh berliku, selama berjam-jam, dengan pengalaman tanah runtuh dan sebagainya telah dipendekkkan dengan hanya 45 minit perjalanan melaui pesawat PIA Islamabad-Skardu (ISB-KDU).

[14 Photos] Makan Karipap di Airport, Flight PIA Delay & Semua Kepanasan Dalam Flight PIA | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | Day 1/4 Part 1

Perghhhhh akhirnya kami semua selamat sampai ke bumi Islamabad yang panas ni kembali. Trip kali memang dah lama kami rancang, maunyer dalam 3 bulan sebelumnya kot. Macam-macam rintangan, banyak benda berubah, flight ticket takdelah, resort dah fully book lah. Macam-macam, namun pada 25 Jun 2011 kitaorang dalam 13 orang, termasuk seorang bayi berlepas ke Lapangan Terbang Benazir Bhutto Islamabad untuk ke Skardu. Yahoooo!

[ 1 ] Amy Zuraina, Amiri Bakar & Baby Raqeem Setibanya Di Airport | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Erick Pedro & Anaknya Pening Memikirkan Flight Ke Skardu Yang Telah Delay | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tu la dia baby yang ikut trip kali ni. memang power baby ni. kenapa power? Nanti la saya cerita kemudiann ya. Eleh. Tak sabar2 ler tew nak tahu kan. Bukan sebab apa, sebabnya dalam trip ni ada menjelajah ke Deosai Plains. Deosai Plains ni above 4,200m di atas paras laut. Saya pun dah terkena altitude sickness (tahun lepas rileks je). Sekali baby ni dengan selambanya survive, tiada apa-apa pun. Hehe tuh yang power beb !