[9 Gambar] Musim Bunga Menjelma Lagi, Debunga Pokok Paper Mulberry Yang Menyesakkan Ruang Udara | Islamabad, Pakistan

Musim bunga telah kembali ke Islamabad Pakistan. Musim sejuk kali ini agak panjang. Kalau nak diikutkan sepatutnya pada awal bulan Mac, cuaca selalunya akan hujan dan tidak sejuk lagi. Namun tahun ini nampaknya musim sejuk agak panjang di Islamabad. Suhu pada waktu malam masih sejuk walaupun pada penghujung Mac 2013. Agaknya terkesan dengan perubahan suhu di kawasan Siberia agaknya. Di Eropah juga masih sejuk. Cold Spring katanya 🙂

[ 1 ] Bunga-bunga kecil berwarna-warni mula berkembang mekar di musim panas kali ini| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Cantik dedaunan pokok mulberi merah ni. Kalau boleh ulam kan bagus| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kehidupan di negara yang mempunyai empat musim sebegini memungkinkan untuk kita melihat pelbagai spesies bunga yang akan akan bertukar setiap 3 bulan sekali. Penat juga sebenarnya untuk menukar bunga-bunga di taman depan rumah. Bunga-bunga yang ditanam akan hanya dapat bertahan selama beberapa bulan sahaja. Kemudiannya perlu diganti dengan segera mengikut peredaran musim seterusnya.

[ 3 ] Nampak macam bunga carnation. entah betul entah tidak| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di Islamabad ini setiap kali musim bunga akan ada masalah allergik kepada debunga-debunga yang beterbangan. Kuantiti debunga dikatakan agak tinggi menyebabkan allergik yang agak kronik dan menyebabkan warga Pakistan di Islamabad terpaksa memakai topeng muka berwarna putih (sama macam kes bila KL dilanda jerebu dahulu).

[ 4 ] Bunga pokok mulberi merah di laman rumah| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di antara pokok penyebab tersebarnya debunga (pollen) adalah pokok paper mulberry. Pokok ini telah ditanam di Islamabad seawal tahun 1970an dahulu. Dikhabarkan kepada saya pokok ini bukanlah pokok asal (native) di sini. Pokok ini telah dibawa dari luar Islamabad, ditanam untuk mencantikkan halwa pemandangan di Islamabad. Mungkin tiada siapa yang perasan akan natijah daripada kemunculan pokok-pokok paper mulberry ini.

[ 5 ] Pokok mulberi ni tumbuh di celah-celah pokok buluh kuning Jepun| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pokok paper mulberry ini seperti pokok bunga raya. Daunnya agak sama. Namun buahnya sudah pastilah buah mulberry. Pokok ini adalah pokok mulberry betina. Buahnya berwarna merah dan kelihatan seperti buah hutan sahaja. Rasanya belum manis lagi ketika ini. Mungkin perlu menunggu untuk beberapa hari lagi. Kebiasaannya buah paper mulberry ini tidaklah sesedap buah mulberry yang dibeli di pasar. Mungkin faktor cuaca agaknya.

[ 6 ] Bunga-bunga musim bunga di Islamabad. Beli di nurseri di Peshawar Mor| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Pokok mulberi ini mengeluarkan debunga (pollen) yang boleh menyesakkan pernafasan| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Pokok daun kari juga akan mengeluarkan bunga berwarna putih| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Pokok mulberi merah yang sedang rancak mengeluarkan buah dan debunga| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 responses to “[9 Gambar] Musim Bunga Menjelma Lagi, Debunga Pokok Paper Mulberry Yang Menyesakkan Ruang Udara | Islamabad, Pakistan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.