Category Archives: Pakistan

Islamabad – Taxila – Havelian – Abbottabad Town – Mansehra – Balakot – Kaghan Valley – Naran – Lake Saif-ul Muluk

terasa mcm nak pergi trip lagi la nanti. hehe kali neh nak menjelajah ke tasik saif-ul muluk

dengar cerita ada ramai pari2 turun kat tasik tuh malam2. entah betul entah idak

kalau tengok gambar2 kat google pasal tasik saif-ul muluk ni mmg lah cun kan

tapi mmg dengar cerita tasik tuh cantik giler ah

x sabar dowh gua nak pergi. mungkin akan bermalam kat naran la kot

mungkin juga kena menapak dalam 2-3 jam sebelum sampai ke tasik tuh

tuh pun sebab kedudukan tasik tuh mmg atas gunung la. hehe 🙂

kalau ada peluang nak white water rafting sekali la

sure best kan. melintasi sungai yang airnya sejuk giler macam air batu dowh hehe

harap2 dapatlah sekali view nanga parbat from sana kan. ke tempat lain eh?

View Directions to saiful muluk in a larger map

Loading

Musim Bunga Adalah Masa Paling Berharga Untuk Kita Menyaksikan Sepenuhnya Keindahan Alam Ciptaan Allah swt.

kadang2 orang kata kalau nak menikmati pemandangan yang luas dan mensyukuri nikmat Allah, kena pergi jalan2 jauh, kena pergi holiday sakan ke luar negara.

bagi saya tak perlu semua tuh. kadang2 kita terlupa yang keindahan di depan mata lebih banyak

kita sahaja yang tak perasan bukan. contoh paling dekat kat halaman rumah sahaja

bila saya bangun pagi tadi dan ternampak keindahan bunga2 merah kecil di taman saya neh, man !

memang cantek banget ok. ntah apa lah nama bunga2 kecil warna merah garang neh

memang lawa dowh. x pernah terlintas akan sebegini indah musim bunga kali ini

paling berharga sebab saya menyambut usim bunga kali ini di bumi asing di islamabad pakistan

perasan fobia untuk keluar ke kedai masih terasa lagi selepas berlaku letupan bom di jinnah super minggu lepas

belum pun reda letupan tersebut, berlaku lagi satu letupan berhampiran sekolah tengah hari tadi

apakan daya hidup perlu diteruskan. fobia2 juga namun kita masih perlu ke sana ke mari kan

kesemua bunga2 neh mmg berada betul2 di hadapan laman rumah

memang cantik kan. sungguh indah ciptaan Allah, hanya berada di depan mata kita sahaja

[7 Photos] Jeritan “Pakistan Zindabad!”, Kawad Kaki Naik Ke Kepala 90′ & Pengalaman Unik/Menarik Mengiringi Upacara Menurunkan Bendera Di Sempadan Wagah di Lahore (Pakistan) & Amritsar (India) oleh Rangers Army (Pakistan) & Border Security Force (India) | Spring 2010 | Waghah, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan

Debaran setelah mengalami sendiri (dengar & rasa) letupan bom di Jinnah Super Rabu lepas masih lagi terasa. Namun seperti yang saya ungkapkan sebelum ini, hidup perlu diteruskan. Jika kita fikirkan sangat akan suasana genting di pakistan, kita tidak akan mampu berani ke mana-mana. Takkan nak duduk di rumah sahaja kan. bosan bakal melanda.gundah gulana tidak terkata. Minggu ini saya ke Lahore lagi. Urusan bisnes seperti biasa. Melawat WAPDA House bersebelahan Hotel Avari.

[ 1 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tapi kali ini setelah selesai urusan di WAPDA House, saya bersama dengan seorang lagi Expat Malaysia singgah ke Sempadan Wagah atau Wagah Border di dalam bahasa penjajah kita. Perjalanan ke sempadan Wagah hanya mengambil masa dalam setengah jam sahaja dari Bandar Lahore. Kita akan melalui bandar lama Lahore atau dikenali sebagai Old Lahore. Sepanjang perjalanan dari Hotel Avari ke sana akan dijamu mata dengan pemandangan terusan Lahore (Lahore canal). Menarik sungguh terusan Lahore ini kerasa saya sempat menyaksikan warga Pakistan mandi-manda di sana. Lagi menarik apabila diketemukan juga dengan kerbau2 yang turut mandi-manda bersama manusia di terusan yang sama! Perjalanan ke sempadan Wagah diteruskan dan kami diketemukan dengan suasana jalan yang sungguh berdebu sebelum tiba ke jalan besar dua lorong ke arah sempadan Wagah.

[11 Photos] Hail Storm Hit Islamabad – Peribahasa “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri…” Dah Tak Boleh Pakai di Bumi Islamabad Malam Ni | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super market F-7 | Islamabad, Pakistan

Anda mesti biasa dengar pasal peribahasa “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri” tu kan.

Kali ini memang dah tak boleh pakai la peribahasa tu sebab hujan batu bukan sahaja turun di negara sendiri.

Malah turun jugak di negara orang, hujan batu dah melanda bumi Islamabad tadi.

Ni memang betul-betul hujan batu ya!

[ 1 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Daun pokok neem pun jatuh juga malam ini | Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sedang saya sedap-sedap mentelaah pelajaran, Haha. Tengah bloghopping tetiba angin bertiup dengan kencang. Saya terkasima, lantas ketakutan seketika, terdapat bunyi-bunyi pelik di celahan dedaunan di belah bawah rumah. Apa kes ? Takkan ada orang main baling-baling batu malam-malam ni kan. Hujan pula turun dengan lebat. Saya buat derk sahaja, walaupun dalam hati gundah gulana. Ni apa cerita hujan dan ribut malam-malam ni kan. Memang kebiasaannya di Islamabad, masa pertukaran musim akan hujan dengan lebat, kurang-kurang pun selama seminggu.

Summer Flowers Start to Bloom, Islamabad Nursery Centre, near Peshawar More!

lepas berjogging kat fatima jinnah park F9 aku terus pergi beli air mineral

perghhhh penat giler beb. lama giler gua tak berjogging pepagi mcm ni

kat islamabad neh kul 8 pagi lagi dah start panas nak mampus woooo

kena pakai topi ok. sebab baik la lady gaga ada temankan gua dengan bad romance masa jogging haha

lepas jogging terus menapak ke nursery berhampiran

hari tuh masa gua lepak2 kat serena hotel, ada perasan kat area pastry cafe tuh ada tanam pokok bunga lawa giler dowh

gua hengatkan bunga rose sekali bukan. mamat pastry tuh cakap tuh bunga2 musim panas di pakistan

memang lawa siot. terus gua teruja. bunga2 chenta layu di udara. eh ternyanyi bersama misha omar plak

ye lah kan dah nama pun musim bunga so kenalah meramaikan produk bebungan kat rumah kan

nanti bosan la palk. lagipun nanti senang la kalau nak lepak2 kat taman bunga

sambil menghirup teh elaichi dengan madu.

perghhhh harus boleh lepas seharian kat laman gua nanti ok

gua ada satu lagi target lepas neh

nak mengunjungi plak ladang pokok bunga matahari