[7 Photos] Jeritan “Pakistan Zindabad!”, Kawad Kaki Naik Ke Kepala 90′ & Pengalaman Unik/Menarik Mengiringi Upacara Menurunkan Bendera Di Sempadan Wagah di Lahore (Pakistan) & Amritsar (India) oleh Rangers Army (Pakistan) & Border Security Force (India) | Spring 2010 | Waghah, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan

Debaran setelah mengalami sendiri (dengar & rasa) letupan bom di Jinnah Super Rabu lepas masih lagi terasa. Namun seperti yang saya ungkapkan sebelum ini, hidup perlu diteruskan. Jika kita fikirkan sangat akan suasana genting di pakistan, kita tidak akan mampu berani ke mana-mana. Takkan nak duduk di rumah sahaja kan. bosan bakal melanda.gundah gulana tidak terkata. Minggu ini saya ke Lahore lagi. Urusan bisnes seperti biasa. Melawat WAPDA House bersebelahan Hotel Avari.

[ 1 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tapi kali ini setelah selesai urusan di WAPDA House, saya bersama dengan seorang lagi Expat Malaysia singgah ke Sempadan Wagah atau Wagah Border di dalam bahasa penjajah kita. Perjalanan ke sempadan Wagah hanya mengambil masa dalam setengah jam sahaja dari Bandar Lahore. Kita akan melalui bandar lama Lahore atau dikenali sebagai Old Lahore. Sepanjang perjalanan dari Hotel Avari ke sana akan dijamu mata dengan pemandangan terusan Lahore (Lahore canal). Menarik sungguh terusan Lahore ini kerasa saya sempat menyaksikan warga Pakistan mandi-manda di sana. Lagi menarik apabila diketemukan juga dengan kerbau2 yang turut mandi-manda bersama manusia di terusan yang sama! Perjalanan ke sempadan Wagah diteruskan dan kami diketemukan dengan suasana jalan yang sungguh berdebu sebelum tiba ke jalan besar dua lorong ke arah sempadan Wagah.

Setibanya kami, baru kami perasan yang kami telah terawal tiba. Pintu besar ke sempadan wagah hanya akan dibuka jam 4 petang. Dan kami telah tiba tepat pada pukul 2.30 petang. ada lagi 1 setengah jam masa menunggu. Apa yang kami akan buat di sini ? Pekenalah chai (teh ala2 pakistan dengan susu kerbau/lembu)  la agaknya kan. Hehe 🙂 Saya dapati di sini terdapat beberapa gerai di kiri dan kanan pintu masuk sempadan. Namun kebanyakkan daripada gerai-gerai di sini dipenuhi dengan lalat. Keadaan agak tidak bersih di sini. Khuatir akan terkena taun atau sakit perut melampau, saya memilih gerai pertama yang saya dapati terdapat meja yang tidak dihurungi lalat.

Kebiasannya kalau berada di pakistan dan anda tidak mahu meminum chai, silalah pesan air mineral atau air botol yang lain. Janganlah sesekali cuba memesan minuman lain atau air kosong sekalipun. Kebarangkalian untuk anda terkena sakit perut yang melampau agak tinggi di sini. Di sini kebersihan memang menjadi suatu yang tidak dititikberatkan. Sila berhati-hati sekiranya ingin menjamu selera di gerai-gerai di pakistan. Kelak nanti akan merana dek kerana selalu ke tandas sahaja.

[ 2 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kami membeli tiket yang berharga 10 rupees. Agak murah bukan? Berkali-kali saya bertanya kepada pemandu sahaja bahawa betulkah harganya begitu murah? Saya risau sekiranya harga tersebut hanyalah untuk rakyat tempatan dan agak mustahil harga untuk rakyat asing seperti saya adalah 10 rupees sahaja. Namun saya percaya kepada pemandu saya. saya melalui pemeriksaan terakhir di pintu masuk utama. Selepas melalui pintu masuk utama, anda perlu berjalan sejauh kira-kira 100 meter sebelum ke kawasan tempat duduk utama mengadap ke sempadan india-pakistan di Wagah ini.

Saya perhatikan yang terdapat juga beberapa pelancong asing (saya juga asing!) yang memenuhi kerusi di bahagian hadapan jalan di sempadan Wagah. Lantas saya bertanyakan pemandu saya untuk bertanya kepada rangers pakistan yang mengawal di jalan masuk utama samada saya boleh duduk di sana. Alhamdulillah kami (rakyat asing) di sini diberi tempat duduk yang selesa betul2 di hadapan jalan utama upacara hari ini. Anda hanya perlu menyatakan anda dari negara mana dan tunjukkan passport merah anda kepada pengawal Rangers Pakistan itu. Kami menunggu sehingga ke pukul 5 petang untuk menantikan acara bermula.

[ 3 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Gambar di atas menunjukkan pintu masuk kedua setelah berjalan kira-kira 100 meter melepasi pintu masuk utama. Indah juga senibina di sempadan Wahga ini kan. Tertulis perkataan dalam Urdu yang berbunyi Babul-Azadi di atas. Perkataan urdu tersebut bermaksud pintu (Babul – ingat Ahmad Albab = Ahmad Pintu) dan Azadi (free = bebas). Saya perhatikan orang ramai telah berpusu-pusu menuju ke tempat duduk di bahagian atas yakni grand stand. Makin lama makin ramai manusia yang memenuhi tempat duduk di bahagian sempadan pakistan ini. Namun saya agak terkejut apabila saya dapati di sempadan india di sebelah sana lagi lah ramai manusia. Lebih ramai daripada sempadan di Pakistan ini.

Saya agak pintu masuk ke sempadan India pastinya dibuka lebih awal, jika tidak takkan terdapat lebih ramai manusia yang telah sedia ada duduk di grand stand di sebelah sana kan? Tekaan saya meleset apabila saya bertanyakan hal ini kepada pemandu saya. Beliau memberitahu yang terdapat perkhidmatan bas percuma di sebelah sempadan india yang membolehkan orang ramai di sebelah sana datang ke sempadan Wahga-Amritsar ini.

Suasana orang ramai yang begitu ramai kadang-kala meresahkan hati saya. Mana tidaknya, inilah kali pertama dalam sejarah hidup saya di bumi asing Pakistan saya bersama-sama dengan rakyat Pakistan yang begitu ramai. Harap-harap tiadalah apa-apa yang tidak baik berlaku di sini. Kami di sini hanya ingin menyaksikan upacara menurunkan bendera oleh kedua-dua negara dengan aman dan damai. Suatu pengalaman yang bagi saya amat unik dan susah untuk terdapat di mana-mana. Mungkin ada juga upacara yang sama di negara lain, namun masih tidak sama dengan suasana unik di sempadan wahga kali ini

[ 4 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Maaf kerana kualiti gambar adalah tidak seperti di posting sebelum ini. Saya terlupa membawa kamera digital saya! Dalam keadaan kelam kabut pada pukul 5 pagi sebelum bertolak ke Lahore pagi tadi saya lupa kesemuanya. Namun saya masih ada lagi telefon bimbit saya, ada dua sebenarnya. Saya membawa telefon bimbit nokia e71 dan juga nokia n97 ke sini. Bukannya mahu menunjuk namun perlu di bawa keduanya kerana keduanya menggunakan bateri yang sama. Justeru jika bateri telefon bimbit nokia  n97 saya habis, saya hanya perlu memindah bateri yang ada di telefon bimbit nokia e71 sahaja. Mudah bukan. masih praktikal di saat bateri telefon bimbit kita kehabisan.

[ 5 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Majlis dimulakan dengan alunan muzik bhagra yang sungguh memukau. Diselang-seli dengan jeritan “Pakistan, Zindabad!”. Ada banyak lagi jeritan-jeritan dalam bahasa urdu yang saya tidak paham. Pemandu saya duduk di sebelah atas dan tiada translator urdu untuk saya pada kali ini. Namun saya dapat rasakan adrenalin memuncak tatkala mereka bersama-sama cuba menandingi suara siapakah yang paling kuat di antara satu sama lain. Kadang2 sayup-sayup juga kedengaran suara di sebelah sempadan India sana

Namun disebabkan saya berada di sempadan Pakistan, saya akan lebih dengar akan apa yang berlaku di sempadan Wahga Pakistan. Kita lupakan seketika apa yang berlaku di Amritsar sebelah sana ya. Memang seronok dapat bersama-sama dengan rakyat Pakistan menyaksikan upacara bersejarah ini. Saya memang recommend anda untuk datang ke sini menyaksikan upacara gilang-gemilang ini. Inilah yang saya cari di Pakistan, pengalaman yang saya tidak akan dapat rasai di negara Malaysia.

[ 6 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Nampak kah anda dengan pakcik tua (memakai ketayap) di atas ? Pakcik tersebut memang sangat tua, namun semangatnya masih lagi muda. Beliau kelihatan menjerit2 melaungkan Pakistan Zindabad tanpa jemu dan bosan. Terhibur juga saya dengan lagaknya itu. Keempat mereka di atas saya gelarkan cheer leader di sini. Manakan tidak mereka bertungkus lumus menghidupkan suasana di sini. Riuh rendah dan hiruk pikuk juga dibuatnya di sini. Buat pertama kalinya saya dapat lihat rakyat pakistan bersatu di bawah satu panji-panji bersempena dengan upacara menaikkan bendera di sempadan Wahga kali ini.

Harap maklum yang saya masih lagi belum berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan kriket antarabangsa secara langsung di stadium kriket ya. Mereka kata semangat rakyat pakistan amat tinggi ketika pasukan kriket mereka bertanding di peringkat dunia. Kemenangan pasukan kriket Pakistan semasa kejohanan duni t20 tahun lepas disambut dengan perarakan di mana-mana di Pakistan. Bagi mereka, cricket is my religion, hockey is our hope.

[ 7 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

– – – – –

Sila klik di sini untuk mempelajari sedikit sebanyak berkenaan sejarah sempadan Wahga ini. Kesemua ayat-ayat saya di atas adalah nukilan saya sendiri, malas untuk merujuk ke Wikipedia kali ini.

Wagah (Punjabi: ਵਾਘਾ, Hindi: वाघा, Urdu: واہگہ) is the only road border crossing between India and Pakistan[1], and lies on the Grand Trunk Road between the cities of Amritsar, India and Lahore, Pakistan.

Wagah itself is a village through which the controversial Radcliffe Line was drawn. The village was divided by independence in 1947.

Today, the eastern half of the village remains in India whilst the western half is in Pakistan.

The Wagah border, often called the “Berlin wall of Asia”,[2] is a ceremonial border on the India–Pakistan Border where each evening there is a retreat ceremony called ‘lowering of the flags’.[3]

At that time there is an energetic parade by the Border Security Force (B.S.F) of India and the Pakistan Rangers soldiers. It may appear slightly aggressive and even hostile to foreigners.[1][4][5]

Troops of each country put on a show in their uniforms with their colorful turbans.[6]India-Pakistan relations over the years.[1]

Border officials from the two countries sometimes walk over to the offices on the other side for day to day affairs.

The happenings at this border post have been a barometer of the

Jika anda ingin menyaksikan banyak lagi klip video berkenaan sempadan Wahga, sila klik di sini. Atau jika ingin melihat gambar-gambar jurugambar professional, sila click di sini. Gambar-gambar mereka lebih cantik, menarik dan da bomb!

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to “[7 Photos] Jeritan “Pakistan Zindabad!”, Kawad Kaki Naik Ke Kepala 90′ & Pengalaman Unik/Menarik Mengiringi Upacara Menurunkan Bendera Di Sempadan Wagah di Lahore (Pakistan) & Amritsar (India) oleh Rangers Army (Pakistan) & Border Security Force (India) | Spring 2010 | Waghah, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.