kadang2 orang kata kalau nak menikmati pemandangan yang luas dan mensyukuri nikmat Allah, kena pergi jalan2 jauh, kena pergi holiday sakan ke luar negara.
bagi saya tak perlu semua tuh. kadang2 kita terlupa yang keindahan di depan mata lebih banyak
kita sahaja yang tak perasan bukan. contoh paling dekat kat halaman rumah sahaja
bila saya bangun pagi tadi dan ternampak keindahan bunga2 merah kecil di taman saya neh, man !
memang cantek banget ok. ntah apa lah nama bunga2 kecil warna merah garang neh
memang lawa dowh. x pernah terlintas akan sebegini indah musim bunga kali ini
paling berharga sebab saya menyambut usim bunga kali ini di bumi asing di islamabad pakistan
perasan fobia untuk keluar ke kedai masih terasa lagi selepas berlaku letupan bom di jinnah super minggu lepas
belum pun reda letupan tersebut, berlaku lagi satu letupan berhampiran sekolah tengah hari tadi
apakan daya hidup perlu diteruskan. fobia2 juga namun kita masih perlu ke sana ke mari kan
kesemua bunga2 neh mmg berada betul2 di hadapan laman rumah
memang cantik kan. sungguh indah ciptaan Allah, hanya berada di depan mata kita sahaja
memang Tuhan ciptakan sesuatu yang indah untuk kita beringat dan mensyukuri nikmatnya
kesemua benda diciptakan bersebab. tiada yang Tuhan ciptakan untuk sia2 sahaja penyebabnya kan
nikmatilah keindahan alam ciptaan Allah sementara mata masih mampu melihat
sementara telinga masih mampu mendengar (termasuk mendengar bunyi kabbommmmm)
sementara tangan masih boleh merasa (merasa gegaran di rumah ketika kabboooommm)
sementara badan masih sihat dan boleh berjalan2 di laman sendiri
sementara belum tertutup mata dan tertinggallah nikmat dunia.
renung2kan lah!

11 responses to “Musim Bunga Adalah Masa Paling Berharga Untuk Kita Menyaksikan Sepenuhnya Keindahan Alam Ciptaan Allah swt.”