Saya dah selalu jalan-jalan, samada memandu sendiri atau bersama pemandu saya di area sini.
Memang dah selalu nampak pokok bunga ni. cuma belum tahu apa nama pokok bunga ini.
Tadi masa jalan-jalan memang sahaja sahaja bawa kamera digital nak ambil gambar pokok misteri ini.

[ 1 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Memang cantik kan. Umpama hujan emas (golden shower) membasahi bumi sektor F7 lagaknya.
Memang cantik struktur bunganya sebab berwarna kuning emas dan jatuh mengurai ke bawah

[ 2 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 20 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)10 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010
Berdekatan pula dengan jinnah super market, betul2 dekat dengan rumah saya.
Memang cantik, dan pokok ini hanya akan berbunga pada musim panas sahaja.
Kalau terlepas mengambil gambarnya kenalah tunggu setahun lagi untuk dia berbunga.
Saya perasan lama juga musim bunga amaltas kuning ni sebenarnya. Dah dekat sebulan menguning.











