tadi masa bloghopping aku tersinggah ke laman web kegemarana aku pakistaniat
biasa aku menjenguk ke aras ruangan travel, mencari idea di mana nak jalan2 melancong di pakistan
namun tadi aku terperasan ada satu video yang dipaparkan di dalam lamanweb tersebut
video berkenaan lawatan 1st lady of usa ke pakistan pada 1962
saksikanlah rentetan video di sini, lawatan semasa presiden ayub memerintah pakistan
memang best tengok video ni kan. suasana aman damai dirakamkan melalui lensa video di sini
1st lady usa melawat bazaar yang sibuk di peshawar dan menikmati pemandangan di kybher pass yang indah
suatu perkara yang aku tak mampu nak buat hari ini
from peshawar to lahore, to karachi to kybher pass to rawalpindi
1st lady usa dapat melawat dengan aman bumi pakistan ini
tanpa ada suicide bomber dan tanpa ada sebarang letupan
bumi pakistan ni memang kaya dengan sejarah, bentuk mukabumi menarik
banyak kawasan pelancongan yang boleh dilawati, namun kebanyakkan tidak selamat
terutamanya kepada foreigner seperti saya. suasana cemas dan ketakutan sentiasa melanda ok
dek kerana ancaman suicide bomber dan letupan di sana dan sini
kalaulah semua ini tiada, nescaya aku dah menjelajah ke peshawar, kybher pass dan swat valley hari ini juga!
– – – – – – – – –
saksikanlah juga snapshot suasana di waghah border di lahore-amritsar
saya sempat menyaksikan upacara tersebut.

2 responses to “Bumi Pakistan Ini Pernah Dahulunya Aman Damai, Tiada Sengketa – Hinggakan 1st Lady of USA, Jacqueline Kennedy Boleh Melawat Peshawar, Rawalpindi, Swat Valley, Karachi, Lahore & Kybher Pass, Tanpa Ada Letupan Di Sana Sini!”