Saya dah selalu jalan-jalan, samada memandu sendiri atau bersama pemandu saya di area sini.
Memang dah selalu nampak pokok bunga ni. cuma belum tahu apa nama pokok bunga ini.
Tadi masa jalan-jalan memang sahaja sahaja bawa kamera digital nak ambil gambar pokok misteri ini.

[ 1 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Memang cantik kan. Umpama hujan emas (golden shower) membasahi bumi sektor F7 lagaknya.
Memang cantik struktur bunganya sebab berwarna kuning emas dan jatuh mengurai ke bawah

[ 2 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 20 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)10 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010
Berdekatan pula dengan jinnah super market, betul2 dekat dengan rumah saya.
Memang cantik, dan pokok ini hanya akan berbunga pada musim panas sahaja.
Kalau terlepas mengambil gambarnya kenalah tunggu setahun lagi untuk dia berbunga.
Saya perasan lama juga musim bunga amaltas kuning ni sebenarnya. Dah dekat sebulan menguning.

[ 3 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Kesemua landskap adalah tanggungjawab capital development authority atau CDA.
Ala-ala macam DBKL di bandar Kuala Lumpur lah mereka ini.
Kesemua pokok-pokok yang ditanam pelbagai rupa. Dan akan mengeluarkan bunga-bunga tertentu.

[ 4 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Depan rumah saya pun ada pokok musim luruh sebenarnya. Daunnya akan bertukar warna nanti
Daunnya akan bertukar warna daripada warna kuning kepada oren kepada merah dan gugur ke bumi
Di bumi islamabad tiada salji yang turun. Ala2 dusty winter sahaja sebenarnya di bumi asing islamabad ini
Salji kali terakhir kelihatan turun di bumi islamabad pada tahun 2007. Salji nipis membasahi blue area

[ 5 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Hampir kesemua pokok-pokok di sini ada musim berbunganya. Cuma kena perasan musimnya sahaja.
Nanti saya snap pula pokok-pokok lain. Tak sabar rasanya nak tunggu musim luruh.
Musim luruh tahun lepas saya tak sempat nak tangkap banyak gambar sebab masih baru di Islamabad.
Padahal masa tuh daun-daun pokok mulberri tengah bertukar warna menjemput musim sejuk.
Siaplah tahun ni nanti. hehe 🙂
– – — – – – – – –
Untuk melihat gambar-gambar yang lebih besar & jelas sila klik di sini ya
Boleh juga baca lebih lanjut berkenaan pokok amaltas di blog tempatan sekali

10 responses to “[6 Photos] Pokok Bunga Amaltas Kuning Sedang Rancak Berbunga, Hati Juga Berbunga-Bunga Melihatnya, Umpama “Golden Shower” Membasahi Bumi | Jinnah Super Market di Sektor F7 | Islamabad, Pakistan”