Category Archives: Pakistan

Daun-Daun Pokok Maple Yang Bertukar Kemerahan, “Back-Lighting” Style Yang Penuh Keterujaan !

Entah kenapa penulis begitu teruja untuk merakamkan suasana musim luruh kali ini

Bukanlah pertama kali penulis menikmati musim luruh. Namun keterujaannya lain kali ini

Mungkin sebab dedaunan pokok maple yang indah di Burbhan cukup menarik perhatian

Musim luruh datang sekali dalam setahun. Dalam sebulan dua sahaja. Jangan dilepaskan !

Gambar di atas dirakamkan ketika matahari sedang meninggi di hotel PC Burbhan

Sinaran mentari memancar di belakang dedaunan pokok maple yang kemerahan. Cantik bukan?

Mungkin penulis akan meletakkan koleksi gambar-gambar Musim Luruh 2011 di sini nanti

Banyak juga gambar-gambar musim luruh yang dirakamkan kali ini. Yeay!

Loading

[12 Photos] Tanggal 21 Oktober 2011, Genaplah 2 Tahun Kembara Saya di Bumi Ajnabi Pakistan Ini – Sungguh Berwarna-Warni ! | Autumn 2012 | Islamabad, Pakistan

Rabu. Tepat jam 10.10 malam pesawat Thai Airways mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, Islamabad. Mata terpaku dek kerana terpegun dan menyangkakan saya mendarat di Lapangan Terbang tentera. Saya tidak tersilap. Benarlah ini rupanya lapangan terbang yang saya akan lalui saban kali pulang ke Malaysia nanti.

Cuaca sungguh sejuk pada Oktober 2009. Saya hanya ada blazer kerja sahaja. Menyesal pula tidak membeli jaket kulit atau jaket nike di Bangkok semasa transit sebelum itu. Mujur tidak hujan. Jika hujan, alamatnya bertambah sejuklah pada masa itu kan.

Pemeriksaan imigresen sungguh melemaskan. Terdapat beberapa borang yang perlu diisi. Barisan yag agak panjang memenatkan saya. Cuaca dingin yang mencengkam juga tidak membantu suasana di ruang pemeriksaan passport imigresen. Keadaan sebenarnya agak sedikit kucar kacir di lapangan terbang ini. Terdapat anggota polis dan askar lengkap bersenjata di ruang tertentu. Saya perhatikan tiada pula papantanda “Selamat Datang ke Pakistan” di dinding-dinding lapangan terbang ini. Mereka mungkin kurang mesra pelancong atau orang luar agaknya.

Tiada aero-gate di Lapangan Terbang Antarabangsa di ibu negara Pakistan ini. Nasib baik proses untuk mengambil bagasi berlalu dengan cepat. Manakan tidak, saya hanya membawa satu beg saiz sederhana sahaja ke Islamabad.

[1 Photo] Daun Pokok Anggur Telah Mula Kemerahan | Mega Mendung di Islamabad | Selamat Datang Musim Luruh Yang Sejuk! | Autumn 2011 | Islamabad, Pakistan

Pagi ni masa saya bangun pagi, terlihat akan pokok anggur di balkoni yang telah bertukar warna. Sungguh indah suasana di musim luruh di Islamabad. Ini hanyalah permulaan musim luruh. Nantikan set khas gambar-gambar musim luruh di Islamabad tidak lama lagi. Saya memang selalu teruja dengan kedatangan musim ini. Semacam nostalgia pula.

Jika ada yang berminat untuk muaturun jadikan wallpaper di desktop, klik sini untuk muaturun ya. Sungguh tak sabar-sabar rasanya nak buat photo shoot sempena musim luruh kali ini. Tak lama lagi kita akan bermain salji pula ya ! hehe 🙂 Setiap kali datangnya musim luruh saya akan lebih bernostalgia dan dramatik. Mungkin kerana saya sampai ke bumi Islamabad ini pada musim luruh 2009. Musim luruh di sini amat sejuk.

Terasa seperti telah musim dingin. Hujan adalah petanda perubahan musim di sini. Jadi selagi belum hujan seminggu, alamatnya belum lagilah musim dingin di Islamabad. Kadang-kadang hujan akan datang dengan lambat sekali. Dah nak masuk pertengahan bulan Disember barulah turun hujan. Kebiasaannya musim dingin akan melarat sehingga ke bulan Mac setiap tahun. Rimas berpakaian pada musim luruh dan dingin. Saya lebih selesa berpakaian pada musim bunga dan panas :).

Loading

KaghanValley-BabusarPass-Gilgit-HunzaValley 2011 @ Part 1 – Perjalanan Dari Bumi Islamabad ke Mansehra, Pagi Yang Damai Sekali & Melalui Bandar Abbottabad Yang Terkenal

Macam dah lama pula penulis tidak menulis berkenaan dengan travelog yang panjang-panjang kan. Gambar memang banyak. Perjalanan pun memang jauh dah menarik belaka. Cuma masa dan ketika yang tiada. Kadang-kadang rasa malas mencengkam jiwa. Susah sebenarnya untuk konsisten berblog berkenaan dengan perjalanan hidup ini sebenarnya.

Kali ini penulis bersama dengan isteri telah menjelajah ke bumi Utara Pakistan. Ini adalah kali kedua untuk penulis dan kali pertama untuk isteri penulis. Kami bertolak dari Islamabad pada Hari Raya ke-3 yakni Hari Jumaat. Trip kali ini telah dirancang dengan lamanya selama lebih kurang 2-3 bulan sebelum tarikh bertolak. Kami pergi ke Utara Pakistan dengan menaiki Prado yang sama seperti tahun lepas, dan lebih menarik dipandu oleh pemandu yang sama seperti pada Julai 2010 lalu.

Penulis tidak sanggup untuk mengambil risiko untuk bertukar kenderaan malah bertukar pemandu. Bagi kami, pemandu pada tahun lepas cukup bagus dan tahu akan kehendak kami ketika dalam perjalanan. Nantilah kalau ada masa, penulis akan berbicara tentang tips memilih pemandu jika mahu berkelana di bumi Pakistan ini ya.

[4 Photos] Hujan Sudah Mula Turun Di Bumi Islamabad & Dedaunan Pokok Maple Sudah Mula Kekuningan Luruh Ke Bumi, Petanda Pertukaran Daripada Musim Panas ke Musim Luruh | Autumn 2011 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

Hujan Turun Di Islamabad

Malam tadi hujan turun dengan lebatnya di bumi ajnabi Islamabad ini.

Sudah dua hari berturut-turut hujan turun.

Ada kalanya lebat dan ada kalanya gerimis sahaja.

Hujan pembawa rahmat.

Saya suka dengan suasana ketika hujan, juga selepas hujan.

Udara segar yang disedut selepas hujan sedikit sebanyak akan membuatkan kita terleka dan terhibur dengan keindahan ciptaan Ilahi.

[ 1 ] Dedaunan musim luruh sudah mula bertukar warna keemasan. Saya memang suka dengan suasana di musim luruh sebegini.

Kaitan Hujan Dan Peralihan Musim Di Islamabad

Hujan petanda musim luruh bakal tiba.

Di bumi Pakistan ini, hujan adalah petanda pertukaran musim.

Musim panas yang membahang bakal kita tinggalkan.

Selamat datang kepada musim luruh.

Musim luruh membuatkan hati saya kembali berbunga-bunga.

Mungkin ini yang dikatakan autumn in my heart agaknya.

Dedaunan Pokok Mapel Berguguran Ke Bumi

Daun-daun pokok maple juga telah bertukar warna daripada hijau ke kekuningan, tidak lama lagi kemerahan dan keguguran jatuh ke bumi.

Indah sungguh suasana alam tatkala kita dapat menikmati suasana dedaunan maple jatuh ditiup angin.

Saya ada berhasrat untuk merakamkan keindahan musim luruh di Pakistan sedikit masa lagi.