Monthly Archives: October 2011

Korban Percintaan – Julie Remie

perghhhhh suara minah ni mmg lunak2 merdu la. berhantu suara dia ni 🙂

lagu dulu2 mmg betul2 best la kan. mmg sungguh layan

no wonder la zaman2 rock kapak pun best. senang nak ingat lirik sampai sekarang ni

mula2 dengar lagu ni kat sinar.fm mcm pelik je sebab suara dia lain plak

Duhai kanda rayuan hati
Rayuan kasih cinta abadi
Tiga tahun peristiwa berlalu
Batin tersiksa dipasung rindu

Tapi kini apa ‘kan daya
Aku hanya insan biasa
Pada Tuhan aku berserah
Menyerah diri di atas sejadah

( korus )
Aku tahu kau tak bersalah
Takdir Tuhan tiada terduga
Hanya doa dan air mata
Mengiringi perpisahan kita

Padamu kasih aku berpesan
Kira jasadku meninggalkan badan
Di atas nisan tolong tuliskan
Inilah kubur korban percintaan

( ulang dari korus )

Loading

[1 Photo] Daun Pokok Anggur Telah Mula Kemerahan | Mega Mendung di Islamabad | Selamat Datang Musim Luruh Yang Sejuk! | Autumn 2011 | Islamabad, Pakistan

Pagi ni masa saya bangun pagi, terlihat akan pokok anggur di balkoni yang telah bertukar warna. Sungguh indah suasana di musim luruh di Islamabad. Ini hanyalah permulaan musim luruh. Nantikan set khas gambar-gambar musim luruh di Islamabad tidak lama lagi. Saya memang selalu teruja dengan kedatangan musim ini. Semacam nostalgia pula.

Jika ada yang berminat untuk muaturun jadikan wallpaper di desktop, klik sini untuk muaturun ya. Sungguh tak sabar-sabar rasanya nak buat photo shoot sempena musim luruh kali ini. Tak lama lagi kita akan bermain salji pula ya ! hehe 🙂 Setiap kali datangnya musim luruh saya akan lebih bernostalgia dan dramatik. Mungkin kerana saya sampai ke bumi Islamabad ini pada musim luruh 2009. Musim luruh di sini amat sejuk.

Terasa seperti telah musim dingin. Hujan adalah petanda perubahan musim di sini. Jadi selagi belum hujan seminggu, alamatnya belum lagilah musim dingin di Islamabad. Kadang-kadang hujan akan datang dengan lambat sekali. Dah nak masuk pertengahan bulan Disember barulah turun hujan. Kebiasaannya musim dingin akan melarat sehingga ke bulan Mac setiap tahun. Rimas berpakaian pada musim luruh dan dingin. Saya lebih selesa berpakaian pada musim bunga dan panas :).

Loading

SIMI, Singapore Version of SIRI via iPhone4SG – Mr Brown Show. Muhahahahahahaha!

muhahahahaha lawak giler siot SIMI, singapore version of SIRI via iPhone4SG

memang lawak giler, x larat nak gelak lagi dah malam ni. hahahahahaha

Mr Brown Show ni la yang buat lawak dengan lagu Nobody But Chewwwwwww!

ngaliaq ayaq mata cek gelaq naaaaa. hangpa cer nengok kat bawah ni

Mr Brown Show click here lorrrrrrrrr ! haha

boleh download MP3 version sekali kat sana. hahahahahaahahaha

Loading

KaghanValley-BabusarPass-Gilgit-HunzaValley 2011 @ Part 1 – Perjalanan Dari Bumi Islamabad ke Mansehra, Pagi Yang Damai Sekali & Melalui Bandar Abbottabad Yang Terkenal

Macam dah lama pula penulis tidak menulis berkenaan dengan travelog yang panjang-panjang kan. Gambar memang banyak. Perjalanan pun memang jauh dah menarik belaka. Cuma masa dan ketika yang tiada. Kadang-kadang rasa malas mencengkam jiwa. Susah sebenarnya untuk konsisten berblog berkenaan dengan perjalanan hidup ini sebenarnya.

Kali ini penulis bersama dengan isteri telah menjelajah ke bumi Utara Pakistan. Ini adalah kali kedua untuk penulis dan kali pertama untuk isteri penulis. Kami bertolak dari Islamabad pada Hari Raya ke-3 yakni Hari Jumaat. Trip kali ini telah dirancang dengan lamanya selama lebih kurang 2-3 bulan sebelum tarikh bertolak. Kami pergi ke Utara Pakistan dengan menaiki Prado yang sama seperti tahun lepas, dan lebih menarik dipandu oleh pemandu yang sama seperti pada Julai 2010 lalu.

Penulis tidak sanggup untuk mengambil risiko untuk bertukar kenderaan malah bertukar pemandu. Bagi kami, pemandu pada tahun lepas cukup bagus dan tahu akan kehendak kami ketika dalam perjalanan. Nantilah kalau ada masa, penulis akan berbicara tentang tips memilih pemandu jika mahu berkelana di bumi Pakistan ini ya.

Ayam Golek Pantai Dalam Yang Best ! Berasap-asap Lagi Masa Digolek Tuh!

perghhhhh tengah surfing2 tadi ternampak video ni kat youtube

dah selalu gak la aku melantak ayam golek pantai dalam ni

kat area bukit kerinchi ni, memang dah lama ada kat sini

memang sedap beb! siap la balik malaysia nanti nak lunch kat sini la

Loading