Hujan Turun Di Islamabad
Malam tadi hujan turun dengan lebatnya di bumi ajnabi Islamabad ini.
Sudah dua hari berturut-turut hujan turun.
Ada kalanya lebat dan ada kalanya gerimis sahaja.
Hujan pembawa rahmat.
Saya suka dengan suasana ketika hujan, juga selepas hujan.
Udara segar yang disedut selepas hujan sedikit sebanyak akan membuatkan kita terleka dan terhibur dengan keindahan ciptaan Ilahi.

[ 1 ] Dedaunan musim luruh sudah mula bertukar warna keemasan. Saya memang suka dengan suasana di musim luruh sebegini.
Kaitan Hujan Dan Peralihan Musim Di Islamabad
Hujan petanda musim luruh bakal tiba.
Di bumi Pakistan ini, hujan adalah petanda pertukaran musim.
Musim panas yang membahang bakal kita tinggalkan.
Selamat datang kepada musim luruh.
Musim luruh membuatkan hati saya kembali berbunga-bunga.
Mungkin ini yang dikatakan autumn in my heart agaknya.
Dedaunan Pokok Mapel Berguguran Ke Bumi
Daun-daun pokok maple juga telah bertukar warna daripada hijau ke kekuningan, tidak lama lagi kemerahan dan keguguran jatuh ke bumi.
Indah sungguh suasana alam tatkala kita dapat menikmati suasana dedaunan maple jatuh ditiup angin.
Saya ada berhasrat untuk merakamkan keindahan musim luruh di Pakistan sedikit masa lagi.


