Category Archives: Sector F-7

[6 Photos] Pokok Bunga Amaltas Kuning Sedang Rancak Berbunga, Hati Juga Berbunga-Bunga Melihatnya, Umpama “Golden Shower” Membasahi Bumi | Jinnah Super Market di Sektor F7 | Islamabad, Pakistan

Saya dah selalu jalan-jalan, samada memandu sendiri atau bersama pemandu saya di area sini.

Memang dah selalu nampak pokok bunga ni. cuma belum tahu apa nama pokok bunga ini.

Tadi masa jalan-jalan memang sahaja sahaja bawa kamera digital nak ambil gambar pokok misteri ini.

[ 1 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Hasil kajian di internet saya perasan nama pokok bunga ni ialah pokok amaltas

Memang cantik kan. Umpama hujan emas (golden shower) membasahi bumi sektor F7 lagaknya.

Memang cantik struktur bunganya sebab berwarna kuning emas  dan jatuh mengurai ke bawah

[ 2 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 20 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)10 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010

Pokok bunga ini memang ditanam secara khusus di sepanjang jalan di sektor F7 ini.

Berdekatan pula dengan jinnah super market, betul2 dekat dengan rumah saya.

Memang cantik, dan pokok ini hanya akan berbunga pada musim panas sahaja.

Kalau terlepas mengambil gambarnya kenalah tunggu setahun lagi untuk dia berbunga.

Saya perasan lama juga musim bunga amaltas kuning ni sebenarnya. Dah dekat sebulan menguning.

[11 Photos] Hail Storm Hit Islamabad – Peribahasa “Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri…” Dah Tak Boleh Pakai di Bumi Islamabad Malam Ni | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super market F-7 | Islamabad, Pakistan

Anda mesti biasa dengar pasal peribahasa “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri” tu kan.

Kali ini memang dah tak boleh pakai la peribahasa tu sebab hujan batu bukan sahaja turun di negara sendiri.

Malah turun jugak di negara orang, hujan batu dah melanda bumi Islamabad tadi.

Ni memang betul-betul hujan batu ya!

[ 1 ] Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Daun pokok neem pun jatuh juga malam ini | Hujan Batu Melanda Islamabad Malam Ini | Spring 2010 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 |Islamabad, Pakistan | 29 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sedang saya sedap-sedap mentelaah pelajaran, Haha. Tengah bloghopping tetiba angin bertiup dengan kencang. Saya terkasima, lantas ketakutan seketika, terdapat bunyi-bunyi pelik di celahan dedaunan di belah bawah rumah. Apa kes ? Takkan ada orang main baling-baling batu malam-malam ni kan. Hujan pula turun dengan lebat. Saya buat derk sahaja, walaupun dalam hati gundah gulana. Ni apa cerita hujan dan ribut malam-malam ni kan. Memang kebiasaannya di Islamabad, masa pertukaran musim akan hujan dengan lebat, kurang-kurang pun selama seminggu.

Macam Biasa Terbeli Buku Lagi kat Saeed Book Bank – Travel Spain, Travel France & Banker to the Poor!

aku dah agak dah, setiap kali aku pergi dinner kat kim mun kat jinnah super, mesti akan tersinggah ke saeed book bank kat area depan tuh kan

bukan pertama kali tapi dah banyak kali neh ok

aku rasa by the time aku pindah from islamabad, surelah akan ada satu rak buku penuh dengan buku2

aku memang minat la nak baca buku2 travel neh

siap la nanti aku tempah rak buku khas pakai furniture pakistan

rosewood lagi beb! siap dengan ukiran ala2 style islamabad gitu ok

– – – – –

ada tempat yang aku dah singgah ada yang belum

kiranya kalau baca buku2 travel neh akan jadi lebih teruja nak travel

boleh jadi theraphy minda gitu ok

aku hengat lepas neh nak beli kerusi taman, nak lepak2 sambil minum teh kat taman

sambil tuh layan buku2 travel neh kan

hehe 🙂 mai sechawannnn !

hehe apa class teh ngan kopi, kat pakistan kita sebut mai chai secawan!

– – – – –

buku neh aku rasa mcm pernah nampak la

buku pasal skim micro credit yang famous kat sri lanka kalau x silap aku