Monthly Archives: April 2012

[8 Photos] Bunga-Bunga Peach & Pear Hijau Berkembang Mekar Bak Sakura di Musim Bunga Jepun | Spring 2012 | Perkampungan Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Pakistan adalah negara empat musim. Suhu di musim sejuk boleh mencecah sehingga ke -20’c terutamanya apabila berada di Bahagian Utara Pakistan. Bila ada empat musim, pastilah akan ada Musim Bunga. Musim Bunga di sini agak pendek tapi cantik sekali. Sepanjang empat tahun saya berada di Pakistan, inilah kali pertama saya berjaya merakamkan gambar-gambar keindahan Musim Bunga di Pakistan. Bak sakura cantiknya. Berikut adalah bunga-bunga pokok peach yang berwarna merah jambu dan bunga-bunga pokok pear hijau yang berwarna putih. Saya hanya perlu memandu selama dua jam sahaja untuk menikmati pemandangan sebegini. Pokok-pokok sebegini memang banyak di perkampungan Bhurban di Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa, Pakistan.

[ 1 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Bunga-bunga indah ini memang agak singkat mekarnya. Kalau terlepas merakamkannya, alamatnya kenalah tunggu pada tahun hadapan pula. Di Pakistan yang mempunyai 4 musim, memang agak mudah untuk kita ketemu dengan suasana musim bunga yang indah terutamanya di sebelah Utara Pakistan. Saya memang bercita-cita untuk bercuti ke Utara Pakistan pada musim bunga di sekitar Mac-April setiap tahun. Namun masih lagi tidak berkesampaian nampaknya. Kadang-kadang masa yang mencemburui saya, kadang-kadang keadaan politik dan situasi semasa yang menggagalkannya.

It’s Feel Good To Be Back Again to My Country | Malaya

Live Update: 6 Apr ’12, 3.30am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Perghhhhh aku tak tau la. Walau pun dah 2 tahun di luar negara, setiap kali balik Malaya, setiap kali flight masuk ruang udara tanahair terchenta ni, ada suatu perasaan yang sungguh gembira. Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata2. Teringat bila kali pertama aku pulang ke tanahair setelah 2 bulan di Islamabad, ketika pilot mengumumkan yang pesawat telah memasuki ruang angkasaraya Malaya, memang rasa nak menangis pun ada. Betullah kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Asam pedas ikan merah here I come!

Loading

Cenderahati Dari Bukit Margalla | The Monal Restaurant, Margalla Hill | Islamabad, Pakistan

Live Update: 1 Apr ’12, 10.10pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Biasanya bila singgah makan kat Monal jarang saya singgah di kedai cenderahati ni. Entah macam mana boleh tersinggah pula tadi. Memang banyak cenderahati yang menarik untuk dibeli di sini. Ada shawl, loceng, replika kayu dan banyak lagi cenderahati.

Loading

Merak Kayangan Singgah ke Sakura Blossom | PC Hotel, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

Live Update: 1 Apr ’12, 9.42pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Tak tahu plak yang kat PC Bhurban ni ada burung merak selama ni. Dulu masa stay kat sini takde la pulak depa lepaskan burung2 merak ni kat taman. Burung merak ni nampak je macam jinak tapi kalau hulur tangan, terus nak mematuk macam angsa hehe. Perasan jugak merak ni siap ke pintu bilik hotel sekali. Cantik bulu dia kan.

Loading

Peach Flowers In Full Bloom | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

Perghhhhhh tak pernah rasanya dapat tengok bunga yang ala-ala Sakura ni kan. Ni bukan di Jepun, bukan juga di Korea. Tapi di Pakistan! Inilah dia pokok buah peach yang tengah rancak berbunga warna merah jambu. Memang seperti sakura lagaknya kan. Kat Utara Pakistan lagilah berlambak pokok bunga macam ni. Sekarang tengah kemuncak musim bunga. Bunga pokok apricot pun dah gugur ke bumi. Sekarang giliran bunga peach dan ceri. Lagi 2 minggu giliran pokok epal pula untuk berbunga!

Loading