ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series
hehe enjoy!
– – – – – – – – —
No 31/40 –Bunga Putih Pokok Epal Hijau & Awan Yang Membiru Di Bumi Islamabad
ini adalah pengalaman pertama menyaksikan bunga2 epal berkembang mekar di bumi islamabad. memang cantik ok. memang cukop menarik. kau memang da bomb la bunga! haha. lepas ni aku plan nak shoot gambar bunga pokok plum, walnut, apricot plak la. tapi kena singgah ke northern pakistan la dulu kan. hehe 🙂 anyway lepas ni plak mmg x sabar2 la nak menunggu bunga2 neh jadi epal hijau plak kan. surelah akan manis buahnya.
– – – – – – – – —
No 32/40 –Pakora Sayur, Telur Rebus & Samosa di Murree Hills
pemandangan biasa di mana2 di pakistan. samosa dan pakora adalah hidangan wajib di sini. memang menarik dan garing. tambah2 plak kalau baru digoreng. tak perlu tanya digoreng dengan minyak apa ya. hehe. janji selepas makan tidak sakit perut sudah. tapi serius memang sedap la pakora sayur tuh. kena plak dengan telur rebus tuh kan. memang terkentut2 la lepas tuh. haha
– – – – – – – – —
No 33/40 –Penjual Dried Fruits Yang Memuncung di Raja Bazaar Rawalpindi
giler masam je pakcik neh masa aku nak beli dried fruits. mandom ke hapa. hehe lepas aku dah beli terus manis muka dia ok. mungkin dia x dapat buang air besar kot pagi tadi kan. ni adalah salah satu daripada keistimewaan di pakistan. dried fruits neh ada di mana2. kalau tak silap aku dried fruits neh berasal dari province balochistan. semua memang best dried fruits neh. sedap dowh. aku selalu gak la bawak balik msia nak kasi makan kat orang malaysian hehe 🙂
– – – – – – – – —
No 34/40 –Kesibukan Di Tengah Bandar di Mall Road, Murree Hills
ini adalah suasana di tengah2 bandar murree di murree hills. terletak di jalan yang dipanggil mall road. takde shopping mall pun hanya kedai2 biasa dua tingkat yang menjual pelbagai barangan. di tengah2 bandar ada pejabat pos, bangunan dengan signboard merah seperti di atas. banyak pelancong datang ke murree ni masa musim panas nanti. semua nak lari daripada suasana terik mentarik masa musim panas ke murree hills yang sejuk nyaman adjer. ala2 cameron highlands gitu 🙂
– – – – – – – – —
No 35/40 –Popcorn Masin Yang Dimasak Dengan Sea Salt
aku perasan ramai sangat penjual jagung dengan popcorn di raja bazaar rawalpindi. terus aku singgah kat salah satu gerai ni dan tanya driver aku whether ok ke idak kalau aku nak makan ni. dia cakap ok je. aku bukannya nak makan sangat pun, just nak tengok mcm mana la dia buat popcorn ni. sekali dia pakai sea salt siot. memang dah pakai garam mestilah end product nya rasa masin kan. 1st time siot aku makan popcorn yang rasa masin. dulu2 selalu makan yang manis adjer sebelum nak masuk wayang kan. hehe 🙂 apa2 pun lepas makan tuh takdelah plak rasa sakit perut. alhamdulillah. hehe 🙂
– – – – – – – – —
No 36/40 –Musim Luruh Di Depan Mata, Di Halaman Rumah di Islamabad
apa perasan anda apabila dapat menikmati ciptaan Ilahi betul2 di depan mata seperti di atas. bagi sesetengah orang nampak macam biasa saja bukan. tapi bagi aku ini sesuatu yang perlu disyukuri. sebab pokok di betul2 berada di depan rumah aku. memang cantik la suasana musim luruh dengan warna2 pokok yang mula bertukar warna kan. sungguh indah sekali dowh. x perlu pergi jauh nak menikmati keindahan alam. kadang2 cukup dengan memerhatikan suasana keindahan alam di depan rumah sahaja. hehe 🙂
– – – – – – – – —
No 37/40 –Menyaksikan Mentari Pagi Menampakkan Diri di PC Bhurban
penat aku tunggu sunrise neh ok. selepas suboh je terus la terkedek2 nak cari angle yang cun nak snap gambar neh. since aku pakai digicam cap ayam je so kenalah main dengan angle dengan composition sket kan. kalau pakai dslr snap2 gitu je dah rasa gambar surela akan cun gilos. tapi memang best la dapat menyaksikan mentari pagi naik pada pagi di pc bhurban ni. memang indah. tambah plak dengan snow cap mountains di pergunungan azad kashmir depan mata anda kan. hehe 🙂
– – – – – – – – —
No 38/40 –Menaiki Chairlift Yang Merbahaya di Patriata, New Murree Hills
ni suasana semasa menaiki chairlift kat patriata new murree hills dulu. memang merbahaya sebab chairlift neh tak akan berhenti masa hang nak naik dan hang nak turun. hang ready je la bontot, terus kerusi tuh sapu bontot hang terus naik. open space je bawah kaki tuh. hehe 🙂 kalau jatuh mmg sungguh la horror kan. yang gayat memang takleh la nak naik neh ok hehe 🙂
– – – – – – – – —
No 39/40 –Pakora Sayur, Pakora Lempeng di Patriata New Murree Hills
pakora lagi, tapi kali neh ada style pakota sayur yang dimasak ala2 lempeng gitu. sedap dowh. makan tengah hari aku dengan pakora neh la masa singgah naik chairlift kat patriata dulu. memang sedap. hehe garing giler. healthy ke idak belakang kira. haha. ada kobis, ada kentang ada la broccoli gak. healthy ke eh ? hehe 🙂
– – – – – – – – —
No 40/40 –Rohtas Fort Yang Tersergam Indah, Kubu Kuat Sultan Sher Shah Suri
ini adalah antara fort yang pertama yang aku singgah. memang besaq giler fort rohtas ni. dok kat tengah2 hutan nun. sekarang tengah hutan la kan. dulu2 surelah tengah bandar. memang sungguh strategik kedudukan fort neh sebab susah nak serang fort neh ok. no wonder sultan shah suri arahkan buat fort neh, dah la sebelah sungai so bekalan air senang la kan. anyway memang penat woooo kalau pergi jalan2 kat fort neh. mujurlah aku singgah masa winter, kalau pergi masa summer mestilah lencun baju aku dengan peluh2 semua bagai kan. hehe 🙂
– – – – –
ok sekian sahaja series gambar2 pakistan yang sempat aku amik selama lebih kurang 4 bulan di sini
lepas ni mungkin akan ada banyak lagi gambar
tengok la keadaan kan. janji safety ok, aku akan berjalan lagi
kalau idak just jalan2 kat depan rumah adjer la. hehe 🙂
recap semua series kat bawah ni ok
- Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV)
- Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV)
- Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part III of IV)
- Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part IV of IV)

Pingback: Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV) — KNizam Artwerk
Pingback: Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part III of IV) — KNizam Artwerk