Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV)

ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series

hehe enjoy!

– – – – –

No 11/40 – Oren Khanpur Yang Betul2 Warna Oren, Terbaek Dari Ladang

macam yang aku ceritakan, pemergian aku ke ladang oren mmg sebenarnya tidak dirancang. aku main belasah je sebenarnya. nak pergi ke empangan khanpur sekali nampak banyak giler oren kat tepi jalan. aku tanya la mana ladangnya, terus ke ladang. sekali peladang bagitau boleh bayar sket pastu boleh petik sendiri oren. perghhhh best wooooo

– – – – – – – – – –

No 12/40 –Jambatan Khanpur, Sungai Khanpur Yang Kering Kontang Semasa Musim Sejuk

jambatan ni kalau korang perasan mmg panjang siot. sungai kat bawah dia tuh nama dia sungai khanpur. takde air langsung sebab winter. memang kering kontang giler ah. ada aktiviti mengambil pasir sungai adjer kat situ. pemandangan menaiki van or trak mcm tuh mmg biasa kat sini. depa kata naik vana berjemaah lagi afdhal hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 13/40 –Pancuran Air di Waktu Malam Di PC Bhurban Hotel

tu dia dah lama plak aku tak amik gambar waktu malam pakai night mode kan. aku nampak ada fountain kat pc bhurban ni. memang cantek la kan. aku biarkan je camera kat atas batu pastu set kan night mode. kalau amik pakai tangan surelah akan bergoyang2 pastu gambar akan jadi blur je. buat sakit hati je bila transfer ke laptop nanti kan. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 14/40 –Pokok Epal Mula Berbunga Menyambut Musim Bunga di Islamabad

ni la dia kawasan pokok epal yang sedang rancak berbunga. tabik spring pada capital development authority (cda), mcm majlis perbandaran la kat sini sebab tanam pokok epal. pokok ni tanam kat green belt, suatu kawasan hijau di tepi kiri jalan adjer. bagus kan kalau ada pokok2 buah2an ditanam macam ni. bunga pun lawa. boleh menarik pelancong yg teruja mcm aku ni hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 15/40 –Rohtas Fort Binaan Sultan Shah Suri Yang Gah Berdiri Ke Hari Ini

aku dah terlupa la nama gate neh. ni kat rohtas fort. fort yang dibina kat lokasi yang sungguh strategik sekali. dibina oleh sultan sher shah suri ketika pemerintahan baginda. memang lawa fort ni. dijaga rapi dan sesuai untuk dikunjungi. memang tempat2 bersejarah mcm ni la yang patut kita jaga dan pelihara untuk anak cucu kita belajar sejarah nanti kan. dapat tengok real life kubu sebenar kan. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 16/40 –Strawberi Farm di Shahzad Town Yang Masak Ranum & Segar Sekali

aku rasa ni gambar paling terbaru la. dalam minggu lepas adjer aku singgah kat ladang strawberi shahzad town nak petik sendiri strawberi dan makan segar adjer. seb baik la takde kedai strawberi milk shake kat sini kan. hehe kalau tak dah belasah milkshake perisa stawberi. surelah best giler. memang segar. kaler merah giler. rasa pun manis2 masam sket. tapi sedap woooooo

– – – – – – – – – –

No 17/40 –Panoramic View Abbottabad Dari Shimla Hills

ni la 1st time aku singgah ke abbottabad ni. nak melawat keluarga driver aku yang baru je kematian nephew dia masa tuh. kampung dia kat shimla hills. so kena naik bukit. sekali nampak pemandangan yang indah mcm ni. apa lagi. amik kamera snap sana sini la kan. hehe. abbottabad ni bandar tentera. banyak giler canttonment kat sini ok

– – – – – – – – – –

No 18/40 –Meniup Badan Kambing Semasa Korban Aidiladha

ni la kali pertama aku berpeluang nak beraya di bumi islamabad. satu pengalaman yang mmg tak dapat dilupakan. terutamanya bila menyaksikan aksi meniup kambing mcm ni. lepas dah sembelih, aku tengok pakistani ni siap belah sket kat sendi kambing patu tiup kambing. then tepuk2 sket sampai kembung kambing tuh. pastu dia gantung kambing tuh, pastu terus seluk2 tangan nak tanggalkan kulit kambing. memang nampak senang giler ah. macam bukak baju je kambing tuh masa tuh. tapi nak meniup tuh kena kudrat power woooo. aku tengok sampai nak terkeluar urat2 kepala mamat pakistani ni ok. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 19/40 –Daun Mula Bertukar Warna Menandakan Musim Luruh Akan Menjelma

aku suka dengan gambar neh sebab gambar ni mengingatkan aku pada permulaan musim sejuk. masa sampai islamabad tengah peak musim luruh. so dauh2 pokok mula bertukar warna. pokok ni kat laman rumah adjer. seronok tengok kaler merah dia kan. memang best wooooo tengok pokok2 bertukar warna ke merahan kan. hehe 🙂

– – – – – – – – —

No 20/40 –Di Tengah Bandar Abbottabad

masa singgah ke abbottabad sempat aku singgah kat town dia. xde mende pun just nak tengok suasana sekeliling adjer. pakistani ni mmg hampir semua pakai salwar khameez mcm kat atas tuh ok. memang 24hrs dengan pakaian tu je la. jarang la nampak pakai jeans ke. baju melayu jgn harap la kan. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

recap semua series kat bawah ni ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 responses to “Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV)

  1. bile nak pergi sana entah? blog ni makin buat aku jeles dowh. asyik jenjalan jer…

    Reply

    KNizam Reply:

    man : ala man ko pun selalu apa jenjalan. hehe 🙂

    Reply

  2. jenjalan mendenye.. aku ni dok asyik terperap jer bawah tanah kat klcc tuh. bosan betoi. kalau keluar pon jumpe customer… bukan best. pergi deliver barang je. haha.. mujur aku tak kene angkut. kalau tak.. abes la lemak aku.

    Reply

    KNizam Reply:

    man : habis weekend takkan kerja gak kot. hehe 🙂

    Reply

  3. ahad je la cuti bro. itu pon dengar citer lepas ni ade manager baru nak mai.. manager sengal dari store lain. buta kayu tak tau satu ape. tapi naik manager sebab bodek. dia nak ubah timetable untuk non operation. dia dengki sebab dia operation tak bleh off hari ahad. wat da ffffff… stupid manager.

    P/S: tengah carik alternatif kerja lain. untuk mengelakkan darah tinggi dan sakit jantung sebab hari-hari maki boss

    Reply

    KNizam Reply:

    man : la susah la mcm tuh. tempat cari rezeki tu man. kena byk bersabar. hehe 🙂

    Reply

  4. haha pasal aku dok sabor je la yang kerap terjadi maki hamun kat blog. pasal nak release tension. kalau tak.. konfem boss aku dah terbelah dua aku fire.. muehehe

    Reply

    KNizam Reply:

    man : hehe seb baik la ada blog kan. hehe 🙂

    Reply

  5. Wah makin teruja tengok gambar-gambar yang dipaparkan.

    Ulasan gambar:

    1. Harap tak ada “virus oren” merebak di sana.
    2. JPJ diorang tak saman ke naik lebih muatan?
    3. Kalau di Malaysia, dah tentu ada ramai pasangan bercekerama di kawasan seperti ini dapat kita saksikan. Yang ni nampak sunyi saja.
    4. Kalau di Malaysia, jangankan tanam pokok buah, pokok bunga yang pihak bandaran tanam pun lesap kena sapu.
    5. Hhmm..Seteguh janji yang diKOTA.
    6. Merah ranum, seranum cinta bersalut rindu…
    7. Tengok kampung orang, tak rindu ke kampung halaman?
    8. Ingatkan buat CPR dari mulut ke…..(hehhehheh….)
    9. Merah. MErah. MERah. MERAh. MERAH. Hmm, teringat kumpulan berbaju merah tengah mengamuk di Thailand. Hari ni mereka simbah darah di pagar rumah PM Abisit.
    10. Tunggu KNizam promosi baju Melayu di sana sepanjang perjalanan nanti..hehhehheh…Ops, papan tanda kat kedai tu JAOOON, spesis cerita hantu korea JO ON tu ke?

    Reply

    KNizam Reply:

    zainal : hehe gambar2 menarik je dipaparkan di sini ya. hehe 🙂

    1. muka pun dah oren masa tuh tau
    2. depa plak saman jpj depa ok
    3. ni sebab winter. sejuk wooooo
    4. tu la kan. kalau ada pokok buah kan bagus
    5. hehe
    6. merah habis tangan aku masa makan tuh
    7. rindu wooooooo haha
    8. no la haha
    9. aku risau kalau balik via bangkok org merah la ni
    10. joon pun x sanggup kat sini wooooo

    Reply

  6. Nak sikit..
    Aku minat makan oren.
    Kat sini nasib2.. dpt yg manis dan masam

    Reply

    KNizam Reply:

    zool : amik la. murah2 je tuh. hehe 🙂

    Reply

  7. Kalau aku gi sana, sure aku contact ko jadi tourist guide berbahasa Melayu… 🙂

    Reply

    KNizam Reply:

    sam : sure2 aku bagi red carpet treatment lagi ok. hehe 🙂

    Reply

  8. Terkesima melihat gambar2 yang di pos memang menarik sekali. Bila agaknya aku akan sampai di bumi Pakistan ni….

    Reply

    KNizam Reply:

    badang : ada rezeki pasti akan sampai la. hehe 🙂

    Reply

  9. ko ada tak tanya driver ko, sbb mamat tu tiup kmbing tu? curious gak aku nih

    Reply

    KNizam Reply:

    tangor : la penat je aku taip cerita kenapa dia tiup kamben kat atas tuh. hehe. dia tiup sebab lepas tuh senang la dia nak melapah kulit kamben tuh hehe 🙂

    Reply

  10. Pingback: Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV) — KNizam Artwerk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge