Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV)

hehe aku dah empat bulan berada di bumi pakistan ni

aku rasa dah sampai masa aku buat compilation gambar2 menarik (bagi aku la) pasal pakistan ni

there’re so many other things about pakistan yang anda semua tidak tahu di malaysia

banyak lagi perkara2 berkenaan negara ini yang sengaja tidak dihebahkan di media

kita tinggalkan seketika situasi cemas di pakistan, kita layan dulu gambar2 yang aku amik kat pakistan

aku akan buat blog posting dalam 4 series. 1 series ada dalam 10 gambar

aku akan ceritakan sedikit cerita di sebalik gambar2 tersebut.

semoga bermanfaat ya !

– – – – – – – – – –

No 1/40 – Saujana Mata Memandang Pergunungan Kashmir di Hotel PC Bhurban

gambar ni aku amik masa bercuti ke bhurban. dok kat pc bhurban. sampai je mmg aku terpegun la dengan pemandangan saujana mata memandang ke arah pergunungan azad kashmir. memang superb wa cakap lu. tengah snow cap mountains dia yang cantik. semua ni boleh nampak daripada balkoni or bilik kat hotel ni. memang berbaloi2 la stay kat sini walaupun agak mahal rate hotel dia kan. aku akan singgah lagi ke sini masa summer nanti. hehe ๐Ÿ™‚

– – – – – – – – – –

No 2/40 – Menikmati Oren Khanpur Yang Kemerahan Di Dalamnya, Laksana Sunkist Tapi Tak Masam

masa winter adalah masa yang paling sesuai untuk menikmati oren pakistan. kali ni aku singgah di ladang oren di khanpur pakistan. memang sedap dowh. petik sendiri oren. memang terbaek dari ladang lah! sedap oren ni. ada jalur2 kemerah-merahan kat dalam dia. bentuk adalah mcm ala2 limau sunkist tapi senang nak longkah ala2 limau mandarin. memang pengalaman yang tak ternilai dengan kata2 dapat menikmati oren khanpr di ladang.

– – – – – – – – – –

No 3/40 – Papan Tanda di Empangan Khanpur Yang Luas

ini adalah antara empangan terbesar di pakistan. aku datang time winter so air dah surut sket. kat sini ada masjid yang sengaja dibiarkan semasa empangan di bina. empangan diselenggara oleh pihak water and power authority pakistan (wapda). ala2 tnb di malaysia yang mengelenggara empangan hidro. ramai manusia datang ke sini untuk berehat. cuaca agak sejuk. nanti masa summer nak datang sini nak naik boat plak. hehe ๐Ÿ™‚

– – – – – – – – – –

No 4/40 – Gandum Yang Masih Lagi Hijau, Menunggu Musim Panas Untuk Bertukar Ke Warna Emas

pakistan memang terkenal dengan ladang gandum. mana tidaknya dah semua makan roti je kan. roti adalah makanan asasi di sini, kalau kita makan nasi setiap hari, depa makan roti setiap hari. tanpa jemu. tanpa bosan. aku plak yg bosan. hehe ๐Ÿ™‚ apa2 pun permintaan gandum memang besar di sini. sekarang gandum ni warna hijau. masa summer nanti akan bertukar keemasan dans edia untuk dituai.

– – – – – – – – – –

No 5/40 – Hotel PC Bhurban Dari Dalam Kolam Renang di Waktu Musim Sejuk

aku nak amik gambar hotel kat pc bhurban ni. punyalah banyak gambar aku snap tapi semua mcm dull je. angle x kenalah. colour hampeh la. dah musim winter so susah nak dapat vivid colours kan. sekali aku ternampak reflection gambar pc bhurban dalam pool dia. xde sapa la nak mandi pool tengah2 winter neh kan. so aku snap sebijik. walla not bad. haha ๐Ÿ™‚

– – – – – – – – – –

No 6/40 – Kenderaan Roda Tiga di Raja Bazaar Rawalpindi, Diharamkan di Islamabad Ya

inilah kenderaan yang paling famous di pakistan. kenderaan roda tiga. sungguh efficient dan laju giler. setakat rempit tuh takde hal lah ok. hehe ๐Ÿ™‚ kenderaan ni diharamkan di bandar islamabad sebab nanti congested plak. kat rawalpindi ngan karachi berlambak2 sampai rimas aku kalau ada kat jalanraya hehe ๐Ÿ™‚

– – – – – – – – – –

No 7/40 – Perkampungan Beratus2 Tahun di Saidpur Islamabad

perkampungan yang berusia 500 tahun ni mmg wajar untuk dikunjungi. memang bagus struktur kampung ni. dengan warna2 tanah yang memukau. pakistan tengah usha kampung neh nak dijadikan unesco heritage site. aku estimate lagi 5 tahun saidpur village ni akan famous macam monal at pir sohawa

– – – – – – – – – –

No 8/40 – Chicken Tikka dan Chicken Botti Hidangan di Hotel Serena Islamabad

ini adalah makanan pakistan yang pertama yg aku jamah. lepas dah perah lemon tuh rasa mcm sedap plak. tapi sekarang ni aku dah muak dah. dah tak larah dah nak makan pakistani food lagi ok. nak makan makanan malaysia adjer. kalau nak chicken tikka yang paling sedap kat monal pir sohawa mmg sedap giler siot

– – – – – – – – – –

No 9/40 – Hiasan Dining Yang Sungguh Berseni di Perkampungan Saidpur Islamabad

ukiran ni kat luar muzium di pir sohawa. memang cantik. dah la halus warna warni plak tuh kan. mmg sedap je mata memandang. hehe siapalah yang buat hasil seni ni kan. memang lawa. bangunan muzium neh dipenuhi dengan corak2 mcm ni la. memang cantik, tertarik ko mmg da bomb! haha

– – – – – – – – – –

No 10/40 – Bunga-Bunga Putih Mulus Pokok Epal Memutik di F8 Islamabad

aku baru je buat entri pasal pokok epal yang sedang rancak berbunga neh kan. korang cari la sendiri kat mana entri tu ok. hehe ๐Ÿ™‚ apa2 pun mmg tak sangka pokok2 epal boleh berbunga dengan rancak sekali. dah macam ala2 bunga sakura la plak. aku dengar cerita ni pokok epal hijau. surelah akan masam giler nanti. hehe ๐Ÿ™‚

– – – – – – – – – –

ok lah dah habis part 1/4 travelogue series aku

nanti kemunculan top 40 pakistan travel travelogue series part II nanti ya. hehe ๐Ÿ™‚

– – – – –

recap semua series kat bawah ni ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 responses to “Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV)

  1. Pingback: Top 40 Pictures of Pakistan Travels โ€“ My Own Travelog Series (Part IV of IV) — KNizam Artwerk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.