Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part III of IV)

ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series

hehe enjoy!

– – – – – – – – —

No 21/40 – Masjid Khanpur (lama) Yang Ditenggelamkan Di dalam Empangan Khanpur

masa aku sampai ke khanpur dam, masjid ni lah yang aku singgah dulu. masa ni tengah winter so air surut, bolehlah pergi ke masjid ni. kalau summer nanti masa air tengah banyak, masjid ni akan tenggelam setengah di tengah2 empangan ni. masjid ni mmg dibiarkan begitu sahaja sebagai tinggalan sejarah. masjid yang baru telah di bina di new town khanpur

– – – – – – – – – –

No 22/40 –Daun Pokok Maple Mula Bertunas di F9 Park, Islamabad

ini adalah park untuk beriadah yang terbesar di islamabad. seluruh sector f9 dibina untuk dihijaukan sahaja. ada pelbagai species pokok di sini. aku x sempat lagi nak explore. tunggu la bila pokok2 semua dah ada daun, aku datang lagi. kat sini ada kawasan permainan kanak2 yang baru. memang besar dowh taman kat f9 park ni ok. siap dengan trek jogging bagai la. kalau ada tasik mesti lagi cun kan. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 23/40 –Saujana Mata Memandang di Kashmiri Point Murree Hills

ni antara gambar paling aku suka. bukan sebab apa. sebab ada bebayang pokok dengan burung sebelah kiri tuh. bila dah transfer kat laptop baru aku perasan burung2 tuh. hehe 🙂 tapi pemandangan from chatters park di murree hills ni memang saujana mata memandang la kan. memang hebat ciptaan Ilahi. kita je yang kadang2 tak mengerti kan. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 24/40 – Banyak Sejarah Yang Boleh Dipelajari Di Taxila Ruins

masa aku melawat taxila sempat melawat ke salah satu daripada 9 tapak arkeologi dia. yang ni kat tapak arkeologi sirkap. memang besar giler ok tapak arkeologi ni. berpeluh gak la nak cover the whole area. it’s like a township gitu. yang tak bestnyer tourist guide aku x leh cakap english. so most of the time. dia akan explain dalam urdu, pastu driver aku translate untuk aku dalam english. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 25/40 –Penjual Manisan Di Tepi Jalan, Abbottabad

ini adalah salah satu daripada pemandangan biasa di pakistan. kali ni aku snap masa aku singgah ke abbottabad. memang banyak manisan yang dijual di sini. ada yang boleh masuk mulut. ada yang so-so. ada yang kureng la bagi aku. tapi dari segi kaler mmg cool la. macam2 aku tengok ada kat sini ok. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 26/40 – Hiburan Sementara di Chatters Park Murree Hills

masa sebelum sampai kat murree hills aku sempat singgah kat chatters park ni. macam2 la ada hiburan kat sini. mamat dua orang ni tengah negotiate dengan kitaorang price nak charge. itu mcm pumpgun je kan. nak tembak belon je tuh sebenarnya ok. yang kuda tuh aku respect la kan, sebab nampak kuda tuh sihat dan bersih adjer. bagus gak depa kat sini jaga2 binatanag neh kan. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 27/40 –Pemandangan Ke Arah Azad Kashmir, Pergunungan Salji di PC Bhurban

ni pemandangan dari balkoni di pc bhurban hotel di bhurban hills. memang saujana mata memandang ke pergunungan azad khasmir la kan. tengok la pool tuh, bentuk mickey mouse lagi ok. masa ni tengah winter so orang giler je la yang larat mandi dalam tuh kan. hehe 🙂 aku dok semalam. rate mahal tapi pemandangan mmg superb la. puas hati sebab dapat menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 28/40 –Chai Satu! Siap Ada Ala2 Chappuchino Tarik Beb!

kat murree hills, terutamanya di mall road memang banyak street hawkers yang jual chai (teh) ni. mcm ala2 teh tarik la jugak sebab ada buih ala2 chappuchino kan. sedap gak sebab dia pakai coklat cadbury tuh. dia mix semua benda. sedap la jugak. so far aku takde la kena sakit perut ke apa kan. oh btw kalau sakit perut kat pakistan ni mmg melampau ok. mmg lembik punya la sampai 2 hari ok

– – – – – – – – – –

No 29/40 –Manisan Standard Di Mana2 Di Bumi Pakistan, Murree Hills

manisan neh aku tengok kat mana2 ada kat pakistan ni. almost semua kedai ada jual. aku selalu pergi rana market nampak penjual tuh buat manisan neh. nampak senang je cara nak buat dia. mula2 buat macam maruku tuh, goreng rangup pastu salut je ngan air gula. angkat toskan sedia untuk dihidang. hehe 🙂

– – – – – – – – –

No 30/40 –Kashmiri Point di Chatters Park, Murree Hills

ni adalah antara signboard urdu yang aku sempat amik kat murree hills. senang je nak baca dia kan. dia sebut kashmiri point. macam tulisan jawi sket2 la cuma urdu neh lagi banyak alphabet dia. baca tulisan urdu bolehlah. cakap belum lagi. hehe 🙂

– – – – – – – – – –

nantikan episode terakhir top 40 gambar2 pakistan selepas ini

tunggguuuuuuuuuuuuuuuu!

– – – – –

recap semua series kat bawah ni ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 responses to “Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part III of IV)

  1. 23/40 get my best vote bro! nice collision of silhouette framing & scenery..

    hehe..aduh..ni kamera ape bro pakai ni?

    Reply

    KNizam Reply:

    hazwan : pakai digicam je. sony dscw1 beli tahun 2004. byk jasa tuh hehe 🙂 kadang2 live blog pakai nokia e71 je

    Reply

  2. Boleh masuk dalam 8 Keajaiban Dunia ni…Sekejap tenggelam, sekejap timbul…Unik.

    Reply

    KNizam Reply:

    zainal : x perlu masuk list pun. hehe 🙂

    Reply

  3. bro,
    pic 23, suka tengok sky dier biru jer…jeleessss nya aku!
    pic 28, aku rasa mamat tu tengah buat kopi la tu ek? sbb yg bertulis kat situ mcm dibaca kopi jer… hehehe diar buat mcm mane chai tu bro?bole terang ckit…curious lagi ni sbb bro cakap sedap

    Reply

    KNizam Reply:

    tangor : yep buat chai. dia campur2 mcm buat teh tarik. tapi takde tarik la hehe 🙂

    Reply

  4. Pingback: Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV) — KNizam Artwerk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge