22.09.2008 @ 1345hrs
aku sampai kat gleneagles. kl jam giler
ingatkan kalau ikut elevated highway tak jam, sekali tersekat jugak kat ampang
jalang ampang mmg sungguh menyesakkan
parking pun penuh kali neh
kena parking kat tingkat 6, open space parking.
ah persetankan semua ini. hehe
22.09.2008 @ 1350hrs
aku bergegas ke tingkat 1
separa terlambat sebenarnya
cuaca sungguh panas di luar
terasa terik sekali
dah tak boleh jumpa my uncle coz lagi 20 minit nak transfer ke op centre
makcik ada. nenek ada. anak pakcik pun ada
mak ngah dan pak lang pun datang
takpelah. dah nak wat camner dah x sempat jumpa kan
last sekali aku jumpa semalam la.
harap2 aku akan dapat berborak kembali selepas beliau sedar nanti
22.09.2008 @ 1420hrs
pembedahan bermula di op centre
semua sabar menanti
ada yang membaca yaasin. ada yang bertafakur
ada yang termanggu2 seketika
aku hanya terkumat-kamit membaca al-fatihah dan surah2 yang aku hafal
mata makcik dan mak ngahku kembali berkaca
semuanya menanti jam 1900hrs nanti
pembendahan dijangka berlalu sehingga 4-5 jam
ku harap doktor yang menjalankan pembedahan dapat memainkan peranan beliau
22.09.2008 @ 1545hrs
semua masih menanti
sekali-sekala terdengar lagu2 hari raya berkumandang
tiada penyanyi, rupa2nya hanya instrumental sahaja
22.09.2008 @ 1550hrs
owh lupa nak bagitahu. internet di sini tidak percuma
ada 2 syarikat pembekal yang mengenakan bayaran di sini
aku pun pelik. apsal la tak percuma je kan
or at least pakailah hotspot ot broadband zone tmnet
mujur aku ada maxis broadband. boleh aku connect ke blog
adakah ini live blogging dalam kesedihan ?
22.09,2008 @ 1555hrs
aku sedang mendengar mp3 al-quran daripada hp pavilion ku
sungguh merdu rasanya kata-kata Allah kali ini
alunan merdu surah2 al-quran mengubat duka di kala ini
—
this is live blogging from level 1, gleneagles intan ampang. 🙄
will update later….
12 responses to “Silent Mode @ Gleneagles Intan IV”