Silent Mode @ Gleneagles Intan V

22.09.2008 @ 1730hrs

semua dah tak sabar2 nak menunggu jam 1900hrs

aku dengan adik aku dah gundah gulana

dah tak senang duduk dibuatnya

tiada khabar berita dari bilik bedah. doktor sibuk agaknya

aku berjalan2 sekeliling gleneagles hospital ini

duduk2 kat depan. menikmati angin segar sebentar

lama2 duduk kat waiting area level 1 pun pening juga

karang aku plak yang sakit kepala. hehe

aku lepak2 depan fountain tuh. melihat orang sekeliling

aku perhatikan di gleneagles neh takde plak nampak atau terdengar ambulans nenoneno (bunyi ambulans ok). tak aku melawak. ini memang kisah benar ok.

mungkin tiada kes2 kecemasan yang serius agaknya

22.09.2008 @ 1830hrs

memang lama masa berjalan

kami telah menunggu sedari jam 1430hrs tadi lagi

tiada apa yang kami boleh lakukan melainkan menunggu

tunggu. tunggu. dah terus menunggu

saja aku onkan mp3 al-quran dalam laptop aku

untuk memenuhi ruang udara hening di level 1 gleneagles medical centre ini

tiada siapa yang peduli untuk juadah berbuka lagi

bagi aku juga. juadah berbuka sudah tidak primer lagi bagi aku

aku hanya ingin meneguk air kotak sahaja berbuka nanti

takde selera rasanya nak menikmati apa2 makanan

tidak seperti biasa. rasa kelat sungguh. rasa kering tekak ini

22.09.2008 @ 1900hrs

aku dan adik aku membeli 15 air kotak teh di kedai select, shell berdekatan

anak buah aku ada yang volunteer nak ke pasar ramadhan keramat nak membeli juadah berbuka

kami akan berkampung di sini dan terus menunggu

ntah sampai bila ya

masing2 tak dapat menjangka

22.09.2008 @ 1913hrs

azan maghrib berkumandang

terasa sepi ruang lingkup udara di gleneagle kali ini

aku tengok langit. langit makin kelam

aku hanya mampu meneguk air kotak tadi.

masih menunggu nasi sampai

alhamdulillah dapat juga kami berbuka beramai2 di level 1

aku ada belikan nenek teh panas di cafe tadi.

ada juga air mineral untuk nenek

22.09.2008 @ 1930hrs

doctor memberitahu yang proses pembedahan akan selesai

mungkin kena tunggu dalam 1-2 jam lagi

mungkin dalam pukul 2100hrs nanti

alhamdulillah.

kami menunggu lagi. solat maghrib di surau gleneagles lagi

22.09.2008 @ 2030hrs

doctor ravi keluar daripada bilik pembedahan

tak sabar rasanya nak mendengar taklimat daripada beliau ❗

doctor ravi bagitahu yang proses pembedahan berjalan lancar

pakcik aku akan dipindahkan ke icu padal pukul 2100hrs nanti

alhamdulillah semua selamat buat masa ini

kami memanjatkan kesyukuran

terasa mata ini tetiba berkaca kembali

syukur pada mu Allah. alhamdulillah

22.09.2008 @ 2130hrs

pakcik aku dipindahkan ke icu

selesai sudah kesemuanya

kini hanya menunggu pakcik aku sedar sahaja

blodd vein yang pecah telah berjaya dikeluarkan

3-4 jam selepas pakcik aku sedar adalah masa yang paling kritikal

apa2 sahaja boleh berlaku

doktor ravi bagitau yang kami tidak boleh melawat lagi

tambahan pula jam dah pukul 2200hrs

masa melawat dah tamat

kami akur. kami pasrah

aku balik ke melawati. adik aku balik ke sg buloh dengan aman

22.09.2008 @ 2215hrs

aku sampai ke melawati

penat giler. nak mandi pun rasa tak larat ni….

terasa dingin seketika. terasa aman juga

aku syukur sebenarnya.

sekarang aku nak mandi. nak solat isya’

nak solat sunat dan sujud syukur.

esok aku akan kembali ke gleneagles selepas kerja

insyaAllah

terima kasih kepada rakan2 yang sudi berdoa untuk pakcik aku

doa kalian tidak akan dapat aku balas sampai bila2

hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya ya

TERIMA KASIH….

aku x sempat lagi nak menjawab comments2 anda semua

nak menjenguk shoutbox pun aku tak mampu

nantilah ya….

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 responses to “Silent Mode @ Gleneagles Intan V

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.