baru sahaja terdengar satu letupan yang sungguh kuat menggegar dinding rumah tadi
aku keluar bertanyakan kepada pemandu apa yang berlaku?
beliau dan pembantu rumah ternganga dan tidak tahu nak berkata apa2
gegaran yang terasa memang cukup kuat. tapi belum cukup kuat untuk memecahkan cermin dan tingkap kaca
harap2 tiada apa yang serius berlaku di kejiranan aku kali ini


pengawal aku sekarang sedang berhubung dengan rakan2 nya di jinnah super market (deretan kedai)
harap2 janganlah ada kematian malam ini kan.
kalau bulan lepas aku berada di lahore semasa berlaku beberapa siri letupan di sana
masa tu aku dalam mesyuarat penting, jadi tidak kedengaran bunyi bom dari dalam bilik meeting
namun dalam hati aku hanya tuhan sahaja yang tahu ya
perasan gundah gulana pasti akan menjelma tatkala menerima berita akan pengeboman di mana2
lagi gundah jika anda berada lebih kurang 5km dari tempat kejadian
gulananya tidak dapat diungkapkan dengan kata2 biasa. hanya mereka yang pernah merasa sahaja boleh bercerita
– – – – – – – – – –
tadi bila terdengar letupan dan terasa gegaran, barulah betul2 berlaku di depan mata kan



