Category Archives: Pakistan

Bom Blasts di Lahore & Karachi Sebelum Iftar, Kehidupan di Bumi Asing Islamabad Ini Memang Menuntut Kita Untuk Menurut Gerak Hati, Jangan Berada Di Tempat & Masa Yang Salah, Selebihnya Hanyalah Tawakkal & Doa Sahaja

kehidupan di pakistan semakin hari semakin menarik. menarik bukan sebab apa. sebab kehidupan di sini penuh dengan warna-warni. banyak yang buruk daripada yang balik sebenarnya. namun saya kadang-kadang cuba juga untuk bersangka baik. acapkali saya berpesan kepada diri ini, takkan tiada perkara baik atau sesuatu yang saya minta di bumi asing pakistan ini?

semalam sesuatu yang penting berlaku pada diri saya. anda pasti tidak percaya jika saya katakan yang kehidupan di islamabad sebenarnya banyak diatur dengan gerak hati dan selebihnya adalah tawakkal dan doa sahaja. nanti saya ceritakan kenapa

malam tadi sebelum iftar bumi karachi bergolak lagi. beberapa tembakan kedengaran di empress market di karachi. terdapat beberapa siri letupan di sana. macam biasa media di sini akan cepat melabelkan ini sebagai low intensity explosion. sehinggalah terdapat kematian barulah media akan membalas dengan berita sebenar.

selang sejam daripada kejadian di karachi, timbul pula episod pengebom berani mati di lahore. pengikut syiah yang sedang berarak untuk upacara yaoum-e-ali di sana telah dikejutkan dengan 3 siri letupan pengebom berani mati. peristiwa sedih sebelum berbuka puasa ini berlaku di karbala gamay shah & bhati chowk lahore. saya belum pernah mendengar tempat ini lagi sebelumnya. lebih 20 orang telah mati malam tadi. suasana agak hingar bingat di kawasan perarakan tersebut. saya yakin akan ramai lagi mangsa cedera yang akan meninggal dunia. 3 siri letupan melibat IED iaitu improvised explosive device. kepala dua pengebom berani mati telah ditemui di tempat kejadian.

Siapa Kata Takde Kad Raya di Pakistan, Ada OK ! Eid Mubarak Greeting Cards from Pakistan

tu dia lepas aku buat entry pasal kad raya from pakistan hari tu

ramai la plak yang bagitau nak tengok contoh kad2 raya yang lain

oklah aku dah scan kad2 raya kat sini, ni ha mempersembahkan kad2 raya from pakistan

jangan tanya aku makna bahasa urdu yang depa pampangkan kat kad ni, bukannya aku paham dowh

tunggulah kalau aku ada masa nanti aku tanya la kat mamat2 pakistani kat sini apakah maknanya

hehe till then, layan kan je lah kesemua kad2 raya yang aku sempat beli dan scan ni

semuanya dibeli di saeed book bank (besar giler kedai buku mcm bank hehe) kat jinnah super, islamabad

ada sapa2 nak kad raya  ni diposkan ke ?

minta maaf, gua mmg tak sanggup nak singgah ke pejabat post (post pakistan), xde kerja la aku nak pergi sana

malas dowh. haha korang tengok kad tuh kat sini je lah ok. hehe 🙂

tu dia siap pakai chapal dan salwar khameez lagi sambil bagi ucapan raya

siap la raya ni nanti gua nak buat salwar khameez dan kurta nak pakai pagi raya hehe

Towards Pakistan – A Digital Magazine Promoting Pakistan Tourism, Akhirnya Jumpa Juga Dengan Magazine Yang Promote Pakistan, Especially the Beautiful Northern Areas !

semenjak aku sampai ke islamabad pada oktober tahun lepas, aku perasan satu benda je

aku perhatikan pakistan ni banyak sangat tempat pelancongan yang menarik untuk aku explore

tapi sayangnya bila aku tengok local tv dan local magazines, takde satu pun yang promote tourism pakistan

xde langsung rancangan jalan-jalan cari makan or cuti-cuti pakistan di tv

susah nak jalan-jalan kat sini sebenarnya. kalau nak jalan kena buat research kat internet adjer

tu pun kadang2 dapat info kadang tak dapat. so ended up dengan buku lonely planet travel pakistan and the karakoram highway je

seb baik la info dalam buku tu banyak membantu aku nak jalan2 kat pakistan ni

almost semua hotel dan tempat jalan2 menarik ada dalam buku tuh ok

kali ni aku perasan ada group pakistan photog yang buat digital magazine pasal tourism pakistan

memang boleh dipuji la sket kan. hehe download la this travel magazine pakistan kat sini

mmg respect dengan gambar depa yang stunning dan menarik wooooo hehe

selamat berpuasa !

Loading

Sambil Jalan-Jalan di Saeed Book Bank, Jinnah Super, Ternampak Plak Eid Mubarak Greeting Card or Kad Raya Pakistan Ni. hehe :)

tu dia siapa kata kat pakistan takde kad raya eh ?

ada tau, kalerful powderful lagi okey. hehe i like the maroon colour. cun kan!

best gak beli kad raya kat sini, nak hantar mmg aku rasa mcm dah x sempat la kan

so aku beli je la buat kenangan kat pakistan.

kalau aku post ke malaysia surelah akan sampai lepas raya

hehe 🙂 nantilah aku snap terus from rak kad raya tuh, gua mmg dah buddy ngan tokei kedai

eh radio kat malaysia dah mula pasang lagu raya eh ?

Loading

[2 Gambar] Pengalaman Berterawih Bersama Jemaah Pakistan | Masjid Faisal | Islamabad, Pakistan

Pada kali ini saya nak coretkan sesuatu tanpa gambar yang banyak. Seperti yang kalian sedia maklum saya baru sahaja pulang ke Islamabad hari Jumaat malam yang lepas. Justeru saya sempat untuk berterawih bersama rakan-rakan warga Malaysia di rumah Malaysia pada Sabtu dan Ahad malam. Entah kenapa hari ini saya rasa seperti mahu berterawih di Masjid Faisal pula. Masjid yang menjadi tempat saya solat Jumaat setiap minggu.

Masjid Faisal adalah masjid terbesar di Islamabad. Rekabentuknya umpama kubah atau khemah arab berwarna putih. Masjid ini didermakan oleh Raja Faisal (King Faisal) dari Arab Saudi kepada kerajaan Pakistan, sebab itulah namanya Masjid Faisal. Rekebentuk masjid ini memang tak pernah saya lihat sebelum ini. Sungguh indah, lebih indah disirami lampu limpah di waktu malam. Jika anda bernasib baik anda dapat bergambar dengan Masjid Faisal yang dilatari pokok-pokok bunga mawar merah dan putih pada musim bunga. Setakat ini saya masih tidak bernasib baik lagi. Terlupa gamaknya untuk bergambar di Masjid Faisal semasa musim bunga yang lepas.