Category Archives: Islamabad

[2 Photos + 1 Video] Pengerusi Pusat Ruet-e-Hilal, Mufti Munibur Rahman Mengumumkan Tarikh Hari Raya Aidilfitri Pada Hari Sabtu! | Islamabad | Pakistan

Kalau di Malaysia kita ada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umumkan pasal raya dan puasa.

Di sini diumumkan oleh Pengerusi Ruet-e-Hilal Committe – Mufti Munibur Rahman.

Depa baru sahaja umumkan pukul 9 malam tadi. Kami dah sempat Solat Isya’ pun tadi.

Baru nak terawih juga.

Tengoklah pengumuman yang dilakukan malam tadi di TV Pakistan berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri di sini.

Lambat sangat depa ni umumkan tadi kan. hehe. Takpelah kalau raya esok pun dah selesai terawih semua bagai.

Kadang-kadang bila dah berada di luar negara ni mula la rindu macam-macam kan.

Termasuk lah rindu nak dengar dan lihat pengumuman puasa dan raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Nasiblah sekarang ni dah ada youtube bagai. Jadi dalam sekelip mata je dah masuk dalam internet.

Senang sedikit saya nak tengok pasal Malaysia. Kalau ada apa-apa berlaku di sini, kseejap je malaysia dah tahu.

Hebat kan !

– – – – – – – –  –

Petang semalam masa saya tengok berita depa pi tengok anak bulan ni.

Lahore ngan Karachi telah mengumumkan tak nampak. Yang saya agak pelik dah tak nampak anak bulan apsal la tak umumkan tak jadi raya sahaja kan.

[1 Photo] Malam-Malam Terakhir Ramadhan di Islamabad | Masjid Al-Faisal | Islamabad, Pakistan

Tadi selepas mengerjakan solat terawih di rumah Malaysia di Jalan F-8/2, saya bergegas balik ke rumah. Tukar kain pelikat kepada seluar jeans. Dengan crocs merah saya segera ke Masjid Faisal. Semalam saya cuba singgah ke masjid ni tapi tak boleh masuk sebab polis buat sekatan jalanraya betul-betul ke jalan masuk Masjid Faisal. Kalau nak pergi juga terpaksa pula parking kereta jauh dan kemudian naik bas.

Tak berani saya beb! Bas-bas tu pula nampak macam uzur semacam sahaja. Ramai pula yang bersesak-sesak menaiki bas. Di Islamabad, kalau boleh sila elakkan kawasan yang sesak. Malang tidak berbau. Lebih baik mencegah daripada merawat kan.

Jadi malam ini selepas terawih terus saya singgah ke E7. Letak kereta kat hujung sekali selepas itu berjalan kaki sahaja ke Masjid Faisal. Menuju ke Masjid Faisal yang besar ini. Dilimpahi cahaya neon dan lampu sinar begermalapan. Memang cantik. Tak pernah saya lihat Masjid Faisal secantik ini sebelum ini.

Indah bro! Terus saya snap sana snap sini. Malam-malam terakhir ini ramai betul manusia dalam kawasan masjid ini. Saya perhatikan hanya beberapa saf sahaja yang dipenuhi, ramai yang datang ke masjid untuk berehat. Jumlah manusia di luar masjid lebih ramai daripada dalam masjid mengerjakan terawih malam ini. Agaknya inilah masalah depa menikmati dan berehat melihat keindahan Masjid Faisal yang besar ini. Di luar masjid siap ada bazaar menjual makanan dan minuman.

Siapa Kata Takde Kad Raya di Pakistan, Ada OK ! Eid Mubarak Greeting Cards from Pakistan

tu dia lepas aku buat entry pasal kad raya from pakistan hari tu

ramai la plak yang bagitau nak tengok contoh kad2 raya yang lain

oklah aku dah scan kad2 raya kat sini, ni ha mempersembahkan kad2 raya from pakistan

jangan tanya aku makna bahasa urdu yang depa pampangkan kat kad ni, bukannya aku paham dowh

tunggulah kalau aku ada masa nanti aku tanya la kat mamat2 pakistani kat sini apakah maknanya

hehe till then, layan kan je lah kesemua kad2 raya yang aku sempat beli dan scan ni

semuanya dibeli di saeed book bank (besar giler kedai buku mcm bank hehe) kat jinnah super, islamabad

ada sapa2 nak kad raya  ni diposkan ke ?

minta maaf, gua mmg tak sanggup nak singgah ke pejabat post (post pakistan), xde kerja la aku nak pergi sana

malas dowh. haha korang tengok kad tuh kat sini je lah ok. hehe 🙂

tu dia siap pakai chapal dan salwar khameez lagi sambil bagi ucapan raya

siap la raya ni nanti gua nak buat salwar khameez dan kurta nak pakai pagi raya hehe

Sambil Jalan-Jalan di Saeed Book Bank, Jinnah Super, Ternampak Plak Eid Mubarak Greeting Card or Kad Raya Pakistan Ni. hehe :)

tu dia siapa kata kat pakistan takde kad raya eh ?

ada tau, kalerful powderful lagi okey. hehe i like the maroon colour. cun kan!

best gak beli kad raya kat sini, nak hantar mmg aku rasa mcm dah x sempat la kan

so aku beli je la buat kenangan kat pakistan.

kalau aku post ke malaysia surelah akan sampai lepas raya

hehe 🙂 nantilah aku snap terus from rak kad raya tuh, gua mmg dah buddy ngan tokei kedai

eh radio kat malaysia dah mula pasang lagu raya eh ?

Loading

[2 Gambar] Pengalaman Berterawih Bersama Jemaah Pakistan | Masjid Faisal | Islamabad, Pakistan

Pada kali ini saya nak coretkan sesuatu tanpa gambar yang banyak. Seperti yang kalian sedia maklum saya baru sahaja pulang ke Islamabad hari Jumaat malam yang lepas. Justeru saya sempat untuk berterawih bersama rakan-rakan warga Malaysia di rumah Malaysia pada Sabtu dan Ahad malam. Entah kenapa hari ini saya rasa seperti mahu berterawih di Masjid Faisal pula. Masjid yang menjadi tempat saya solat Jumaat setiap minggu.

Masjid Faisal adalah masjid terbesar di Islamabad. Rekabentuknya umpama kubah atau khemah arab berwarna putih. Masjid ini didermakan oleh Raja Faisal (King Faisal) dari Arab Saudi kepada kerajaan Pakistan, sebab itulah namanya Masjid Faisal. Rekebentuk masjid ini memang tak pernah saya lihat sebelum ini. Sungguh indah, lebih indah disirami lampu limpah di waktu malam. Jika anda bernasib baik anda dapat bergambar dengan Masjid Faisal yang dilatari pokok-pokok bunga mawar merah dan putih pada musim bunga. Setakat ini saya masih tidak bernasib baik lagi. Terlupa gamaknya untuk bergambar di Masjid Faisal semasa musim bunga yang lepas.