Kalau di Malaysia kita ada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umumkan pasal raya dan puasa.
Di sini diumumkan oleh Pengerusi Ruet-e-Hilal Committe – Mufti Munibur Rahman.
Depa baru sahaja umumkan pukul 9 malam tadi. Kami dah sempat Solat Isya’ pun tadi.
Baru nak terawih juga.
Tengoklah pengumuman yang dilakukan malam tadi di TV Pakistan berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri di sini.
Lambat sangat depa ni umumkan tadi kan. hehe. Takpelah kalau raya esok pun dah selesai terawih semua bagai.
Kadang-kadang bila dah berada di luar negara ni mula la rindu macam-macam kan.
Termasuk lah rindu nak dengar dan lihat pengumuman puasa dan raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Nasiblah sekarang ni dah ada youtube bagai. Jadi dalam sekelip mata je dah masuk dalam internet.
Senang sedikit saya nak tengok pasal Malaysia. Kalau ada apa-apa berlaku di sini, kseejap je malaysia dah tahu.
Hebat kan !
– – – – – – – – –
Petang semalam masa saya tengok berita depa pi tengok anak bulan ni.
Lahore ngan Karachi telah mengumumkan tak nampak. Yang saya agak pelik dah tak nampak anak bulan apsal la tak umumkan tak jadi raya sahaja kan.
Akhirnya mereka bagitau nak bermesyuarat lagi esok, adessss mcm mana la boleh jadi lagu ni eh?
Haru biru sungguh la kat negara Islamic Republic of Pakistan ni.
Kalau dah nampak anak bulan, umum je la lusa raya, senang kan.
Yang paling best masa saya balik terawih Khyber-Pakhtunkhwa dah umumkan depa raya esok.
Boleh plak lagu tuh kan. Jadi Peshawar akan raya dulu la berbanding ngan Wilayah yang lain.
Sungguh tak bersatu dan sepakat la depa ni. Bersyukurlah kita di Malaysia kan. hehe 🙂
– – – – – – – – –
Saya dah tak puasa esok sebab saya dah puasa 30 hari. Jadi saya akan makan dengan senang lenang esok.
Tapi solat raya tetap raya ke-2 lah kan sebab sapa nak solat raya esok sorang-sorang di sini.
Lainlah kalau saya nak singgah ke masjid kat Khyber-Pakhtunkhwa tu kan. hehe 🙂
Jadi esok saya akan makan dan kemudian barulah menyambut raya bersama rakyat Malaysia yang lain di rumah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan di Islamabad.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
