Monthly Archives: January 2012

Terpaksa La Layan Urdu News Channel Bila Express247 Dah Takde Ni Kan | Islamabad, Pakistan

Live Update: 19 Jan ’12, 11.13am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

semenjak express247 dah xde ni kan mmg payah sket la
dah xde local english news channel yang boleh tengok
so nak tak nak terpaksa la tengok local urdu news channel

Loading

Udang Masak Sambal Tomato | Islamabad, Pakistan

Live Update: 19 Jan ’12, 10.53am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

perghhhh semenjak dua menjak memang lapar giler ah
dah la suhu pun dah makin menurun kat isloo ni, dah -2’c
makin sejuk dah, kalau malam keluar pergi kedai pun sejuk
wajib pakai jaket. seb baik ada heater dalam kereta kan 🙂

Loading

Dato’ Siti Nurhaliza Biography – On History Channel (Full Version) – Perghhhhh Dah Ada Biography, Cool! Hehe :)

perghhhh dah ada biography la dato’ siti nurhaliza ni eh

dah keluar dalam history channel pun, x sempat nak tengok

nasib baik ada full version dalam youtube. zamz on the blog mesti suker lettew! haha

Loading

Happy Chinese New Year 2012 – Cool TV Advertisement from PETRONAS

Loading

[9 Video] Puncak Bukit Margalla Diselaputi Salji Setelah Enam Tahun! – Pir Sohawa Bermandi Salji Putih di Pagi Sabtu 7 Januari 2012

Siapa sangka siapa menduga, setelah enam tahun berlalu akhirnya salji turun juga di bumi Islamabad.

Sungguhpun tidak turun di atas jalan-jalan raya di Islamabad, namun sekurang-kurangnya salji meliputi Pir Sohawa, puncak Bukit Margalla.

Bukit Margalla yang diselaputi salji berdiri betul-betul di hadapan saya pada pagi 7 Januari 2012 lepas.

Pada pagi itu, saya dan beberapa rakan dari Malaysia sedang bersiap-siap untuk bermain salji di Pergunungan Murree, Galiyat.

Hujan yang tidak henti-henti di bumi Islamabad pada hari Khamis dan Jumaat memungkinkan untuk suhu turun dengan mendadak.

Salji sungguh tebal kali ini di Pergunungan Murree.

Jika Islamabad hujan, itulah tandanya Murree akan bersalji.

Suatu petua yang boleh digunapakai sehingga kini.

Murree telah bersalji seawal pada hari rabu lagi.

Justeru ketika hujan turun tanpa henti pada Jumaat, bolehlah dianggarkan yang salji akan turun dengan lebat di Murree pada hari Sabtu.

Namun saya tidak menyangka yang salji akan begitu lebat dan menjangkau ke Bukit Margalla pula.

Diberitakan yang salji telah lama tidak turun di puncak Bukit Margalla.

Kali terakhir hanya hujan batu yang turun mencurah-curah di bumi Islamabad pada 2006.

Hujan batu dan salji jauh bezanya ya.